Panduan Menyeluruh Jenis Perniagaan Di Malaysia
Terdapat empat jenis entiti perniagaan utama di Malaysia:
- Pemilikan tunggal
- Perkongsian
- Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Masing-masing datang dengan kelebihan dan kekurangan tertentu dari segi undang-undang, kewangan, dan operasi.
Artikel ini menjelaskan ciri-ciri ini agar para pembaca boleh membuat pilihan tepat tentang jenis perniagaan yang paling sesuai untuk keperluan mereka.
Bagi yang kesuntukan masa, jadual di bawah menunjukkan perbezaan yang paling penting.
Perniagaan Perseorangan | Perkongsian Am | Syarikat (Sdn Bhd) | Perkongsian Tanggungjawab Terhad (LLP) | |
---|---|---|---|---|
Kewajipan Undang-Undang | Penyimpanan Rekod 7 tahun | Penyimpanan Rekod 7 tahun | 1. Pulangan Tahunan 2. Penyata Kewangan Diaudit 3. Penyimpanan Rekod 7 tahun | 1. Pulangan Tahunan 2. Penyata Kewangan Diaudit 3. Penyimpanan Rekod 7 tahun |
Pemilikan | Pemilikan oleh seorang individu | Pemilikan oleh dua orang atau lebih | Pemilikan oleh sehingga 50 pihak melalui saham | Pemilikan langsung oleh dua orang atau lebih |
Cukai | Cukai Pendapatan (0-30%) | Cukai Pendapatan (0-30%) | Cukai Korporat (17-24%) | Cukai Korporat (17-24%) |
Liabiliti | Liabiliti tidak terhad untuk pemilik | Liabiliti tidak terhad untuk semua rakan kongsi | Liabiliti terhad untuk pemegang saham & pengarah | Liabiliti terhad untuk semua rakan kongsi |
Yuran Pendaftaran | RM30-70 | RM30-70 | RM1000 | RM500 |
Yuran Pembaharuan | Pembaharuan: RM30-70 | Pembaharuan: RM30-70 | 1. Pulangan Tahaunan: RM150 2. Penyata Kewangan: RM50 | Pengakuan Tahunan: RM200 |
Yuran Profesional Tahunan | RM0 – RM1,000 (Akauntan + Ejen Cukai) | RM0 – RM1,000 (Akauntan + Ejen Cukai) | RM4,000 (Setiausaha Syarikat, Juruaudit & Ejen Cukai, Akauntan) | RM500-2000 (Pegawai Pematuhan, Akauntan + Ejen Cukai) |
1. Pemilikan Tunggal / Enterprise

Pemilikan Tunggal adalah jenis perniagaan yang paling senang untuk didaftarkan dan beroperasi.
Peniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang individu yang bertanggung jawab secara langsung atas semua aspek bisnis termasuk kewajipannya – mereka boleh membuat keputusan muktamad tetapi harta benda juga boleh dirampas untuk melangsaikan hutang perniagaan.
Kelebihan:
- Pendaftaran mudah: Perusahaan tunggal mudah didaftarkan dan beroperasi
- Kos rendah: Kos Pemilikan Tunggal tunggal lebih murah daripada jenis perniagaan lain
- Manfaat cukai: Potongan cukai khas untuk pemilik perniagaan
- Kebebasan: Pemilik dapat membuat keputusan muktamad
Kekurangan:
- Liabiliti tidak terhad: Harta peribadi pemilik boleh disita untuk membayar hutang bisnes
- Sukar mendapat pinjaman: Bank kurang yakin untuk memberi pinjaman tanpa struktur formal
- Potensi perkembangan terhad: Tiada akses kepada sumber tenaga dan kewangan yang besar
- Sukar dijual: Perniagaan seringkali terikat kepada personaliti unik pemilik
- Sukar diteruskan tanpa pemiik: Jika pemilik meninggal, perniagaan tidak dapat diteruskan
- Manfaat terhad: Manfaat tertentu seperti insurans korporat hanya ditawarkan kepada syarikat Sdn Bhd
Sesuai untuk:
- Perniagaan kecil dan freelancer seperti perunding dan professional tanpa rakan kongsi
Tidak disyorkan untuk:
- Perniagaan berisiko tinggi: Sekiranya perniagaan anda melibatkan risiko yang tinggi, seperti pembinaan, pertimbangkan struktur yang memberikan lebih perlindungan liabiliti
- Perniagaan kos tinggi: Pelabur lebih yakin bekerjasama dengan perniagaan yang mempunyai struktur organisasi jelas seperti Sdn Bhd atau PLT
- Perniagaan dengan rakan kongsi: Perkongsian lebih sesuai untuk pengagihan kuasa sama rata
Jika Pemilikan Tunggal sesuai untuk anda, sila layari laman pendaftaran SSM Enterprise kami.
2. Perkongsian

Ditadbir oleh Akta Perkongsian 1961, Perkongsian adalah perniagaan di mana dua atau lebih rakan kongsi bergabung untuk menjalankan perniagaan bersama. Setiap seorang akan menyumbang modal, tenaga kerja, atau kemahiran, dan berkongsi untung dan rugi perniagaan.
Perkongsian boleh ditubuhkan tanpa perjanjian bertulis, tetapi adalah disyorkan untuk mempunyai perjanjian perkongsian untuk mengelakkan pertikaian dan menjelaskan hak dan tanggungjawab setiap rakan kongsi.
Secara umumnya, boleh ada maksimum 20 rakan kongsi, dengan dua pengecualian berikut:
- Perkongsian di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) 2012 boleh ada rakan kongsi tanpa had
- Bidang profesional yang dikawal oleh badan profesional seperti perguaman
Kelebihan:
- Tanggungjawab dikongsi: Tanggungjawab dan beban kerja dikongsi di antara rakan-rakan
- Sumber besar: Dengan lebih ramai rakan kongsi, boleh mengakses kepakaran, dan kenalan lebih besar
- Pendaftaran mudah: Perkongsian dan perjanjian perkongsian mudah untuk ditubuhkan dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan para rakan dan perniagaan
Kekurangan:
- Liabiliti tidak terhad: Harta peribadi boleh dirampas jika perniagaan tidak membayar hutangnya
- Keuntungan dikongsi: Setiap rakan kongsi mungkin menerima keuntungan yang lebih kecil berbanding dengan struktur lain
- Keputusan dikongsi: Ini boleh mengakibatkan ‘stalemate’ apabila rakan kongsi tidak bersetuju
- Isu peribadi: Konflik peribadi di antara rakan kongsi boleh memberi kesan negatif kepada bisnes
- Bergantung pada rakan kongsi: Boleh buntu jika rakan kongsi meninggalkan Perkongsian
Sesuai untuk:
- Perkhidmatan profesional: Bagi para profesional yang ingin menggabungkan sumber dan kepakaran untuk menawarkan perkhidmatan khas
- Rakan kongsi dengan kemahiran lain dan matlamat sama: Sebagai contoh, seorang mungkin mahir menjual manakala yang lain memiliki kepakaran teknikal
Tidak disyorkan untuk:
- Perniagaan berisiko tinggi: Harta peribadi berisiko dirampas jika perniagaan tidak membayar hutangnya
- Perniagaan dengan potensi tinggi: Potensi ini mungkin tidak tercapai kerana sumber terhad
- Rakan kongsi dengan keutamaan berbeza: Ini menyebabkan konflik
- Struktur pemilikan kompleks: Lebih baik gunakan Sdn Bhd untuk struktur pemilikan tidak sama rata
- Bilangan rakan kongsi tinggi: Sukar untuk membuat keputusan muktamad jika terlalu banyak pendapat
Jika Perkongsian sesuai untuk keperluan anda, sila layari laman pendaftaran Perkongsian kami.
3. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Ditadbir oleh Akta Syarikat 2016, syarikat Sdn Bhd adalah entiti undang-undang yang berasingan dengan hak sendiri dan liabiliti yang terasing dari pemiliknya.
Ini bermaksud bahawa pemilik yang dikenali sebagai pemegang saham tidak bertanggungjawab secara peribadi untuk hutang dan kewajipan syarikat melebihi jumlah pelaburan mereka.
Pemegang saham juga tidak akan menguruskan bisnes secara langsung dan perlu melantik pengarah untuk mengendalikan operasi syarikat (pemegang saham juga boleh dilantik untuk tugas ini).
Untuk dua sebab tersebut, syarikat Sdn Bhd sering kali adalah pilihan yang sesuai bagi yang mampu menganggung kos pendaftran dan operasinya. Ramai yang tahu bahawa Sdn Bhd memberi manfaat paling banyak berbanding dengan jenis perniagaan lain (lihat sahaja senarai di bawah!).
Kelebihan:
- Liabiliti terhad pemilik: Aset peribadi pemegang saham dilindungi dari liabiliti perniagaan
- Liabiliti terhad pengarah: Pengarah lazimnya tidak bertanggungjawab secara peribadi untuk liabiliti syarikat, kecuali kes melibatkan kecuaian atau penipuan
- Pemilikan warga asing: Sdn Bhd boleh dimiliki 100% oleh bukan warganegara
- Kemampuan menjana modal: Syarikat boleh membiayai pertumbuhan sendiri dengan menjual saham
- Boleh kekal berporasi: Boleh terus beroperasi walaupun bertukar pemegang saham / pengarah
- Entiti yang berasingan: Semua kegiatan adalah atas nama syarikat, bukan pemilik
- Pemegang saham dan pengarah ramai: Kepakaran yang lebih luas dalam pengurusan syarikat
- Kredibiliti tinggi: Lebih senang meyakinkan pelanggan, pelabur, dan rakan perniagaan
- Insentif cukai: Kadar cukai lebih rendah dan potongan cukai untuk perbelanjaan perniagaan
Kekurangan:
- Kos penubuhan tinggi: Memerlukan lebih banyak kerja kertas yang memakan masa dan kos
- Kos operasi tinggi: Keperluan pematuhan yang tinggi memerlukan lebih banyak bantuan pakar
- Keperluan pematuhan ketat: Sdn Bhd mesti mematuhi pelbagai keperluan undang-undang dan peraturan, seperti menghantar penyata kewangan tahunan, melantik Setiausaha Syarikat, dan mengadakan mesyuarat agung tahunan atau boleh didenda
- Struktur pengurusan kompleks: Prosedur dalaman yang perlu diikuti boleh memakan masa dan sukar untuk dilaksanakan
- Fleksibiliti terhad: Pemegang saham mungkin tidak 100% bebas menjual saham mereka dan perlu menurut perjanjian pemegang saham syarikat
Sesuai untuk:
- Kebanyakan PKS dan startup yang akan mengupah pekerja dan beroperasi dari premis perniagaan
Tidak disyorkan untuk:
- Usahawan solo: Jika anda merancang untuk kekal sebagai perniagaan satu orang, elakkan struktur pengurusan yang kompleks dan keperluan pematuhan yang tinggi
- Usahawan dengan modal terhad: Kertas kerja dan yuran tambahan yang diperlukan untuk Sdn Bhd boleh menjadi beban kewangan
Daripada Enterprise Kepada Sdn Bhd
Tukarkan bisnes anda menjadi syarikat Sendirian Berhad dan nikmati faedah unik dengan panduan percuma kami di bawah.

4. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Ditadbir oleh Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) 2012, struktur ini menggabungkan fleksibiliti dan manfaat cukai Perkongsian dengan perlindungan liabiliti terhad Sdn Bhd.
Sebuah PLT mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua rakan kongsi (tanpa had maksimum) yang bertanggungjawab menguruskan perniagaan dan berkongsi keuntungan dan kerugian perniagaan mengikut syarat perjanjian.
Kelebihan:
- Perlindungan liabiliti terhad: Aset peribadi rakan dilindungi dari liabiliti perniagaan
- Fleksibiliti: PLT tidak tertakluk kepada peraturan ketat Sdn Bhds dan struktur pengurusan boleh disesuaikan lagi untuk memenuhi keperluan perniagaan
- Manfaat cukai: Keuntungan dan kerugian perniagaan disalurkan kepada rakan kongsi untuk dilaporkan dalam pulangan cukai individu mereka
- Tiada syarat modal minimum: Boleh ditubuhkan dengan modal yang rendah
- Pemilikan asing: Individu / syarikat asing boleh memiliki dan mengendalikan PLT di Malaysia
Kekurangan:
Secara umum, PLT tidak mempunyai kelemahan spesifik.
Sesuai untuk:
- Sektor perkhidmatan profesional: PLT sangat popular untuk firma perguaman, perakaunan, dan perundingan kerana mereka menawarkan manfaat struktur perkongsian dan perlindungan liabiliti terhad kepada rakan kongsi
Tidak disyorkan untuk:
- Perniagaan yang perlu menjana modal: PLT tidak boleh menjual saham seperti Sdn Bhd
- Perniagaan yang perlu terus beroperasi: Jika ada kematian atau persaraan seorang rakan kongsi, PLT sedia ada perlu ditutup
- Perniagaan yang perlukan seorang pembuat keputusan: Semua rakan kongsi bebas untuk menguruskan perniagaan mengikut perjanjian mereka sendiri
Jika PLT sesuai untuk keperluan anda, sila layari halaman Pendaftaran PLT kami.
Daftar perniagaan anda dengan MISHU
