panduan jenis lesen buka restoran di malaysia

Lesen Untuk Buka Restoran Di Malaysia: Jenis Wajib Dan Tambahan

Nak buka restoran kenalah ada lesen

Artikel ini menerangkan lesen wajib dan tambahan yang sering diperlukan untuk membuka outlet makanan dan minuman (F&B) di Malaysia.

makanan yang dijual di restoran setelah mendapat lesen perniagaan yang waib
Jangan lupa ajak kami makan bila dah buka nanti!

Bagi setiap lesen, kami akan membincangkan: 

  • tempoh menunggu,
  • badan kerajaan yang mengeluarkan lesen, dan
  • amalan terbaik atau pertimbangan tambahan

Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mendaftar syarikat Enterprise atau Sdn Bhd terlebih dahulu kerana dokumen pendaftaran diperlukan untuk memohon lesen. Jika belum, ada pautan ke panduan pemerbadanan syarikat di hujung panduan ini. 

Jom mulakan!

Lesen wajib

Sama ada anda merancang untuk menyajikan nasi goreng atau udang karang bersalut emas, semua restoran memerlukan lesen premis dan papan tanda yang sah. 

Lesen Premis & Papan Tanda

Lesen ini dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (juga dikenali sebagai PBT) yang mengawal kawasan tertentu.

contoh lesen premis majlis perbandaran kajang
comtoh papan tanda untuk lesen PBT
Kalau tak tasty nanti habis.

Lesen ini membuktikan premis anda memenuhi standard kesihatan dan keselamatan PBT dan papan tanda anda memberikan gambaran yang tepat kepada orang ramai.

Keperluan

Berikut adalah keperluan yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen premis F&B:

  • Mempunyai dokumen pendaftaran perniagaan SSM
  • Menghadiri kursus pengendalian makanan yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan
  • Menerima suntikan typhoid untuk anda dan staf
  • Lulus pemeriksaan premis oleh pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan

Setiap PBT mempunyai spesifikasi keselamatan, kawalan haiwan perosak, kemudahan pelanggan, lokasi, dan juga reka bentuk dalaman yang sedikit berbeza. Sebagai contoh, ada PBT yang mewajibkan jenis lantai yang berbeza untuk ruang yang berhawa dingin! 

Cara terbaik untuk lulus pemeriksaan premis adalah berbincang dengan penasihat perniagaan, menelefon PBT yang berkenaan, atau mendapatkan senarai semak rasmi dari sumber atas talian. 

Tempoh permohonan, tempoh sah & kos

Berikan antara dua hingga empat minggu dari tarikh permohonan untuk Pihak Berkuasa Tempatan mengeluarkan lesen premis dan papan tanda anda.

Lesen ini biasanya sah untuk satu tahun dari tarikh pengeluaran dan boleh diperbaharui selama 12 bulan lagi dengan setiap pembaharuan. 

Sesetengah PBT menggunakan sistem  prorate berdasarkan tahun kalendar jadi lesen akan tamat pada 31 Disember tidak kira bila ia dikeluarkan dan anda hanya dicaj untuk bilangan bulan lesen aktif. 

Harga lesen juga  bergantung pada saiz dan lokasi restoran.

Ambil DBKL sebagai contoh: 

  1. Restoran, kedai kopi, gerai makan, bar susu, bar makanan ringan, bar, rumah awam, kantin dan kafeteria:
    • (a) kawasan makan tidak melebihi 90 meter persegi (RM200 setahun)
    • (b) kawasan makan tidak melebihi 120 meter persegi (RM300 setahun)
    • (c) kawasan makan melebihi 120 meter persegi (RM400 setahun)
  2. Medan selera (RM200 setahun)
  3. Stall makanan dalam premis yang berlesen (RM100 setahun)

Anda boleh rujuk panduan rasmi DBKL di sini, tetapi diingatkan, ia hanya untuk premis yang terletak dalam bidang kuasa DBKL.

Lesen tambahan

Lesen-lesen ini tidak diperlukan untuk restoran biasa, tetapi jika anda ingin membuka restoran yang luar biasa, kerajaan Malaysia mewajibkan lesen tambahan mengikut aktiviti. 

1. Lesen Rumah Awam

Pihak berkuasa: Pihak Berkuasa Tempatan 

Jika anda merancang untuk menjual minuman beralkohol untuk diminum di premis, maka anda perlu memohon Lesen Rumah Awam dari PBT anda. Anda perlu mematuhi sekatan tertentu, seperti:

  • lulus temu duga dengan polis (menentukan anda tidak menjual alkohol haram)
  • pastikan premis berada dalam jarak tertentu dari masjid, sekolah, atau kawasan kediaman majoriti Muslim

2. Sijil Halal

Pihak berkuasa: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 

Jika target utama anda adalah pelanggan Muslim, sijil Halal boleh memberikan anda kelebihan berbanding restoran yang tiada sijil ini. Ini kerana Malaysia adalah antara negara dengan syarat Halal yang terketat.

Setelah memohon, pegawai JAKIM akan memeriksa premis anda dan mungkin mengambil sampel untuk ujian makmal (dipayung oleh anda!). Bayaran untuk restoran adalah RM200 bagi setiap premis, dan sijil Halal sah untuk 2 tahun. 

3. Lesen Muzik dan Hiburan

Ada dua aktiviti berkaitan yang memerlukan lesen berasingan: 

3.1 Lesen Perlindungan Hak Cipta Pengarang Muzik (MACP)

Pihak berkuasa: Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) 

Jika anda ingin memainkan lagu-lagu K-pop untuk menarik pelanggan, anda telah mengaut keuntungan dari muzik artis dan perlu membeli lesen dari MACP.

Untuk restoran, yuran adalah antara RM 847 hingga RM1,376 dan sah untuk satu tahun. 

Rakaman lagu dan persembahan ‘live’ (oleh DJ atau pelanggan berkaraoke) dikenakan bayaran yang berbeza. 

3.2 Lesen Persembahan Awam

Pihak berkuasa: Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP)

Persembahan langsung lagu-lagu yang memiliki hak cipta memerlukan Lesen Persembahan Awam tambahan, juga sah selama satu tahun dengan harga RM1,200 – RM27,000 bergantung kepada jumlah pelanggan dan sama ada persembahan itu adalah tarikan utama perniagaan. 

4. Lesen Wholesale, Retail & Trade (WRT)

Pihak berkuasa: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) 

Jika anda seorang warganegara asing dan merancang untuk membuka restoran sebagai perniagaan milik asing (lebih daripada 50% milikan asing) anda memerlukan Lesen WRT yang mengawal penglibatan asing dalam perdagangan di Malaysia.

Kosnya adalah RM3,000, memakan 1 – 3 bulan untuk diluluskan, dan sah selama dua tahun. 

Sebagai alternatif, cari pemegang saham atau pengarah tempatan untuk mengelakkan keperluan memohon lesen ini, dan menikmati manfaat sebagai perniagaan tempatan yang diiktiraf secara sah. 

5. Lesen Tempat Letak Kereta Peribadi

Pihak berkuasa: Pihak Berkuasa Tempatan 

Katakan restoran anda berada di kawasan sibuk dan ada tanah kosong berdekatan yang boleh digunakan sebagai taman letak kereta. 

Anda perlu merancang susun atur tempat letak kereta seperti yang anda lakukan untuk ruang lantai dalam restoran anda dan hantar ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan anda.

Sekali lagi, pegawai akan datang untuk memastikan tempat letak kereta memenuhi piawaian.

Berapa kos lesen-lesen restoran?

Walaupun setiap kes perlu dinilai secara individu, premis makanan dan minuman lazimnya akan memerlukan lesen-lesen berikut:

Pada waktu menulis panduan ini (Ogos 2024), lesen-lesen ini boleh diperolehi dengan kos keseluruhan yang jauh di bawah RM10,000.

Restoran milik warga asing akan memerlukan Lesen Perdagangan Pengedaran Borong & Runcit (WRT) yang akan meningkatkan kos kos keseluruhan melebihi RM10,000.

Jawab kuiz lesen restoran kami!

Uji ingatan anda – ingat, jangan main tipu!

Beritahu MISHU keperluan restoran anda

HOBD Adrian

Pasukan kami berpengalaman luas dan boleh mempercepatkan proses permohonan lesen perniagaan, membolehkan restoran anda mula beroperasi secepat mungkin. 

Pegawai kerajaan terpesona dengan senyuman kami – lihat sahaja contoh di atas! 

Seperti yang dijanjikan, ini dia panduan penubuhan Sdn Bhd di Malaysia.

2 thoughts on “Lesen Untuk Buka Restoran Di Malaysia: Jenis Wajib Dan Tambahan

    1. Salam Norlela,

      Terima kasih untuk mesej anda – teman sekerja kami akan hubungi anda sebentar lagi.

      Bila restoran dah dibuka sila jemput kami – boleh datang sokong 🙂

      Sekian,
      Pasukan Editorial MISHU

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top