josh calabrese Ca8r0PSWg9Q unsplash

Pemerbadanan Sdn Bhd Malaysia: Definisi, Kelebihan & Langkah Wajib

Pemerbadanan syarikat merujuk kepada penubuhan sebuah Sdn Bhd sebagai entiti undang-undang tersendiri, membezakan aset dan pendapatan syarikat dari pemilik dan pemegang sahamnya.

Setiap syarikat, tanpa mengira saiznya, akan dimiliki oleh pemegang saham dan diuruskan oleh pengarah. Ini agak berbeza dibandingkan dengan Enterprise atau milikan tunggal di mana perniagaan lazimnya diruruskan oleh pemilik bersorangan.

Jom mulakan!

Rumusan:

Bagi yang kesuntukan masa, berikut adalah butiran penting tentang pendaftaran syarikat di Malaysia:

  • perniagaan dianggap entiti undang-undang, membezakan aset syarikat dan pemilik
  • aset peribadi pemilik tidak boleh dirampas untuk membayar hutang syarikat
  • perlembagaan syarikat yang mengandungi butiran syarikat perlu disediakan
  • boleh didaftarkan secara digital melalui portal MyCoID 2016 Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • ada yuran RM1000 bagi syarikat terhad oleh saham dan RM3000 bagi syarikat terhad oleh jaminan.
  • wajib melantik Setiausaha Syarikat dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
  • Setiausaha Syarikat akan menasihati pengarah tentang hal berkaitan dengan Akta Syarikat 2016.
  • usahawan yang kurang berpengalaman dengan pendaftaran syarikat sering menjadi mangsa kerumitan dan peraturan yang kurang jelas, lantas masa mereka dibazir.
  • MISHU sedia membantu para usahawan melancarkan proses pemerbadanan syarikat.

Kelebihan #1 memperbadankan Sdn Bhd

pexels pixabay 164425 1

Meskipun terdapat banyak kelebihan menubuhkan sebuah Sdn Bhd berbanding Enterprise, dorongan utama kebanyakan usahawan adalah untuk melindungi aset peribadi mereka dari risiko kewangan yang ditanggung oleh perniagaan.

Pendaftaran syarikat bertindak sebagai perlindungan liabiliti buat pemegang saham dan lembaga pengarah. Syarikat kini bebas membuat keputusan berdasarkan kepentingan bisnes tanpa risiko kewangan buat pemegang saham yang melebihi nilai saham mereka.

Ciri-ciri pemerbadanan syarikat

Walaupun butiran tentang proses pembentukan dan struktur syarikat berbeza mengikut negara, masih terdapat beberapa ciri-ciri yang sama:

  • Ditubuhkan secara 100% patuh kepada undang-undang dan diwujudkan melalui pemerbadanan
  • Memiliki dokumen yang menyenaraikan butiran penting syarikat, iaitu sijil pendaftaran
  • Mempunyai aset perniagaan yang diasingkan daripada pemilik dan pelabur

Perlembagaan syarikat

Sebagai bukti penubuhan syarikat secara sah, perlembagaan syarikat yang terdiri daripada memorandum syarikat dan artikel syarikat mesti disediakan dan diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Antara butiran yang wajib disertakan dalam dokumen ini termasuklah:

  • objektif perniagaan
  • semua alamat berkenaan,
  • butiran pengarah
  • bilangan saham, dan, jika berkenaan
  • jenis saham

Pengarah syarikat

Pengarah syarikat adalah pegawai yang diamanahkan untuk menjalankan operasi harian syarikat. Syarikat kecil mungkin hanya ada seorang pengarah, manakala yang lebih besar boleh ada sehingga dua belas orang atau lebih.

Mereka tidak bertanggungjawab untuk hutang syarikat melainkan terdapat penyelewengan atau cukai khusus. Mereka biasanya dipilih sekali setahun oleh pemegang saham.

Pemegang saham

Pemegang saham ialah entiti (manusia ataupun syarikat lain) yang memiliki sekurang-kurangnya satu unit saham syarikat. Perniagaan kecil mungkin mempunyai seorang pemegang saham, manakala syarikat berhad boleh ada sehingga beribu-ribu.

Pemegang saham layak mendapat sebahagian keuntungan tahunan syarikat yang dibayar sebagai dividen bergantung kepada peratus saham yang dimiliki mereka.

Kelebihan Sdn Bhd berbanding Enterprise

Berbanding dengan Enterprise, syarikat menikmati beberapa faedah yang unik:

1. Penggantian kekal
Syarikat boleh terus beroperasi walaupun pemilik atau ahli meninggal dunia, muflis, tidak siuman, bertukar keahlian, tinggalkan syarikat, dan sebagainya, manakala Enterprise biasanya perlu ditutup dalam kes ini.

Sebaliknya, syarikat masih mempunyai hak, pengecualian, harta pusaka dan harta benda yang sama.

2. Liabiliti terhad
Pemilik syarikat bertanggungjawab kepada liabiliti perniagaan setakat nilai saham yang dimiliki sekiranya syarikat itu ditutup secara sah.

3. Harta berasingan
Aset-aset sebuah syarikat tertakluk kepada kawalan dan syarat yang ketat tentang bagaimana ia boleh diurus, dipindah milik, dan dilupuskan.

4. Mudah mendapat bantuan kewangan
Dengan pemisahan aset yang jelas antara syarikat dan pemilik, biasanya lebih mudah untuk mendapatkan sokongan kewangan daripada pihak bank, kerajaan, dan pelabur peribadi. Selain itu, dana boleh dikumpul dengan menjual saham syarikat.

5. Saham / milikan mudah pindah
Pada bila-bila masa, seorang pemilik boleh menjual saham mereka kepada mana-mana pihak yang berminat dan mampu membayar harga yang diminta (mungkin tertakluk kepada persetujuan tambahan antara para pemegang saham).

Proses pemerbadanan syarikat di Malaysia

pexels rodolfo clix 1036936

Pengarah atau pencadang (promoter) syarikat boleh menggunakan portal dalam talian MyCoID 2016 untuk memperbadankan syarikat secara digital. Walau bagaimanapun, mereka masih perlu melalui proses pengesahan fizikal satu kali di kaunter SSM berhampiran.

Sebelum pemerbadanan

Pastikan anda memenuhi keperluan-keperluan di bawah sebelum memulakan proses pemerbadanan:

1. Nama Syarikat
Anda mesti mendapatkan kebenaran SSM untuk nama syarikat yang dicadangkan terlebih dahulu.

2. Pengarah
Individu ini mesti memiliki alamat kediaman utama di Malaysia, dan tidak dilarang daripada berkhidmat sebagai pengarah di bawah Akta Syarikat 2016

3. Pemegang saham
Sekurang-kurangnya seorang dan maksimum 50 orang pemegang saham.

4. Setiausaha Syarikat
Mesti dilantik dalam tempoh 30 hari selepas pemerbadanan.

5. Alamat perniagaan
Jika tempat perniagaan utama syarikat berbeza daripada alamat berdaftarnya, alamat ini mesti disertakan.

6. Alamat berdaftar
Alamat Setiausaha Syarikat lazimnya digunakan untuk bahagian ini.

7. Modal saham
Sekurang-kurangnya RM1 modal berbayar diperlukan.

Pemerbadanan

Langkah 1: Pilih nama syarikat untuk pemerbadanan
Gunakan perkhidmatan carian nama percuma kami untuk menyemak ketersediaan nama.

Jika nama tersedia tetapi anda tidak pasti jika ingin menggunakannya, anda boleh membayar RM50 untuk menempah nama tersebut untuk 30 hari, dengan bayaran tambahan RM50 untuk tambahan 30 hari lagi.

Langkah 2: Isi Superform Syarikat
Super Form meminta butiran perniagaan, termasuk nama syarikat yang dicadangkan, jenis syarikat dan jenis perniagaan yang dicadangkan.

Langkah 3: Bayar yuran pemerbadanan & tandatangan akuan pematuhan
Caj pemerbadanan ialah RM1,000 bagi perniagaan terhad oleh saham dan RM 3,000 bagi yang terhad oleh jaminan.

Asalkan tiada bantahan atau pertanyaan daripada SSM, prosedur semakan biasanya mengambil masa satu hingga dua hari perniagaa – dan selepas itu pemerbadanan telahpun selesai!

Selepas pemerbadanan

Notis pendaftaran akan diberikan kepada syarikat setelah ia diperbadankan dan diberikan nombor pendaftaran unik sebagai tanda pengiktirafan.

Selepas pemerbadanan, syarikat harus mendapatkan dokument wajib selanjutnya, membuka akaun bank syarikat, dan memastikan semua peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 2016 dipatuhi. Sebelum mula berniaga, anda perlu mendapatkan lesen perniagaan yang berkaitan dengan perniagaan anda.

Inginkan butiran lanjut tentang pemerbadanan syarikat untuk industri tertentu? MISHU sedia membantu.

Izinkan MISHU bantu daftar Sdn Bhd anda

Pasukan MISHU bersedia untuk membantu usahawan di setiap langkah agar mereka bebas untuk fokus sepenuhnya kepada pertumbuhan perniagaan mereka sejak hari pertama lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top