fbpx
panduan e invois untuk perniagaan kecil dan sederhana di malaysia

7 Perkara Penting Tentang e-Invois Untuk Perniagaan Di Malaysia

Diumumkan tahun lalu, sistem e-invois yang akan dilaksanakan di Malaysia akan menyatukan pelaporan cukai di seluruh negara di bawah satu platform digital sebagai usaha kerajaan untuk mempertingkat kecekapan dan ketelusan pelaporan cukai.

cacing untuk menunjukkan bagaimana tiada yang akan terlepas dari sistem e invois
Sampai ke lubang cacing!

Kerana perniagaan kecil dan sederhana adalah pelanggan utama MISHU, kami sering ditanya oleh para usahawan tentang bagaimana mereka akan terkesan oleh e-invois dalam jangka pendek dan panjang.

Bagi yang inginkan sumber utama, berikut adalah dokumen rasmi yang kami guna sebagaai rujukan:

Jika anda inginkan maklumat pantas, kami telah menyimpulkan dokumen-dokumen di atas kepada tujuh perkara utama yang semua PKS di Malaysia patut tahu tentang sistem e-invois yang akan datang.

Mari kita mulakan.

1. E-invois gunakan rangka pelaporan PEPPOL 

Anda akan sering mendengar  istilah ‘PEPPOL’ dalam perbincangan e-invoicing. PEPPOL adalah singkatan untuk Pan-European Public Procurement On-Line dan merupakan rangkaian antarabangsa untuk pelaporan transaksi kewangan.

bendera bendera negara dari seluruh dunia untuk menunjukkan rangkaian antarabangsa peppol yang menggunakan format e invois sama

Ahli rangkaian PEPPOL boleh menghantar dokumen digital antara satu sama lain dalam format yang sama,  dan ini adalah suatu rangkaian globall, LHDN mempunyai gambaran yang jelas tentang punca pendapatan syarikat sama ada dari dalam atau luar negara.

1.1 MDEC adalah Penguatkuasa PEPPOL untuk Malaysia

Penguatkuasa PEPPOL dilantik dengan kelulusan OpenPeppol (NGO yang mengawal pelaksanaannya di sluruh dunia) untuk mempermudah penggunaan PEPPOL pada peringkat kebangsaan sambil mematuhi sepenuhnya standard antarabangsa.

Bagi Malaysia, tanggungjawab ini jatuh kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

2. Perisian anda perlu patuh piawaian PEPPOL

Sistem invois yang digunakan oleh perniagaan anda harus diiktiraf oleh MDEC sebagai patuh dengan piawaian PEPPOL bermakna ia menghasilkan e-invois yang memenuhi syarat pelaporan.

Pada masa ini, penyedia perkhidmatan di Malaysia sedang dalam proses mengemaskini perisian mereka dan mengemukakannya untuk semakan dan kelulusan.

Anda boleh rujuk senarai penyedia perkhidmatan sistem invois yang telah memohon untuk diiktiraf oleh MDEC.

3. Pelaporan cukai akan menjadi lebih mudah

Berikut adalah rajah dari LHDN yang menunjukkan gambaran model e-invois.

rajah yang menunjukkan Gambaran Keseluruhan Model e Invois oleh LHDN

Kerana setiap e-invois dihantar ke LHDN dengan hampir serta merta, perniagaan boleh melaporkan cukai dalam waktu nyata dan secara beransur-ansur.

Ini dapat elakkan perniagaan daripada terlepas peluang untuk potongan cukai atau melaporkan cukai yang kurang dengan tidak sengaja kerana invois sudah hilang ditiup angin.

4. E-invois tidak wajib untuk SEMUA transaksi

Perniagaan B2C dengan banyak transaksi berjumlah kecil (contohnya kedai F&B) boleh berikan pelanggan resit atau invois biasa kecuali jika mereka khususnya meminta e-invois. Pelanggan mempunyai 30 hari untuk meminta e-invois, dan selepas tempoh ini perniagaan tersebut boleh menolak permintaan mereka.

Sementara itu, perniagaan tersebut perlu mengumpulkan semua transaksi kecil sebagini dan menyertakan e-Invois tergabung kepada LHDN dalam masa tujuh hari selepas hujung bulan.

4.1 E-invois wajib untuk sesetengah transaksi

Terdapat beberapa perniagaan yang berurusan dalam transaksi bernilai tinggi yang diwajibkan mengeluarkan e-invois untuk setiap transaksi. Berikut adalah senarai terkini (Januari 2024):

NoIndustri/ AktivitiJenis-Jenis Aktiviti / Transaksi Di Mana Invois Elektronik Konsolidasi Tidak Dibenarkan
1AutomotifJualan mana-mana kenderaan bermotor.
2Penerbangan1. Jualan tiket penerbangan2. Penyewaan jet peribadi
3Barang MewahButiran belum ditentukan.
4PembinaanKontraktor pembinaan yang menjalankan kontrak pembinaan, seperti yang ditakrifkan dalam Peraturan Kontrak Pembinaan Cukai (2007).
5Pemborong & Peruncit Bahan BinaanJualan bahan binaan seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, tanpa mengira jumlah yang dijual.
7Pembayaran kepada Ejen/Pedagang/PengedarPembayaran yang dibuat kepada ejen, pedagang, atau pengedar.

5. E-invois diperlukan untuk proses dalaman

Perbelanjaan syarikat yang berkaitan dengan faedah kakitangan, pampasan, dan apa sahaja yang melibatkan aliran tunai akan memerlukan e-invois sebagai bukti perbelanjaan sebelum potongan cukai boleh dibuat.

Sebaiknya, e-invois yang akan digunakan untuk memohon potongan cukai hendaklah mengandungi maklumat syarikat sebagai pembeli bukan kakitangan.

6. Perniagaan kecil dan sederhana tidak perlu mula hingga 2025

LHDN dan MDEC merancang untuk melaksanakan e-invois dalam tiga fasa, bermula dengan pihak yang menjana pendapatan tertinggi:

Julat perolehan tahunan atau pendapatanTarikh Pelaksanaan
Lebih daripada RM100 juta1 Ogos 2024
Antara RM25 juta dan RM100 juta1 Januari 2025
Semua pembayar cukai1 Julai 2025

Walaupun kebanyakan perniagaan tidak perlu melaksanakan e-invois dalam waktu terdekat, anda masih patut mengkaji dan merancang bagaimana untuk menggabungkannya ke dalam proses harian perniagaan.

7. Potongan cukai RM50,000 untuk e-invois!

Perkara ini diulas dalam rumusan Ekonomi Madani untuk perniagaan kecil dan sederhana kami, dan seringkasnya, di bawah Ekonomi Madani Malaysia terdapat cadangan potongan cukai SME sehingga RM50,000 setahun untuk perbelanjaan yang dikeluarkan dalam pelaksanaan e-invois.

Bukan semua perniagaan layak, dan antara yang layak, kemungkinan tidak ada dana cukup untuk setiap satu, jadi bergegaslah untuk mendapat tahu jika anda antara yang bertuah!

Izinkan MISHU bantu anda bersedia untuk e-invois!

Co sec Manager Fenny

Akauntan berlesen MISHU sedia membantu perniagaan dengan keperluan perakaunan mereka dan pelan kami disesuaikan untuk organisasi pelbagai saiz – hubungi kami untuk padanan sempurna buat anda.

Powered by MISHU AI
Maya

Hello, I am Maya, your AI assistant. I have been trained to answer any questions about our services to make things easier and faster for you. Feel free to ask me anything!

Dont worry, for peace of mind, a human colleague will follow up after our chat to confirm important details and offer further assistance.

Let's get started. How can I help you today?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to top
Dikuasai oleh MISHU AI
Maya

Selamat sejahtera, saya Maya, "AI Assistant" anda. Saya telah dilatih untuk menjawab sebarang soalan tentang perkhidmatan kami untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan anda. Jangan ragu untuk bertanya kepada saya apa-apa!

Jangan risau, rakan sekerja saya akan membuat susulan selepas sembang kami untuk mengesahkan butiran penting dan menawarkan bantuan lanjut.

Mari kita mulakan. Bagaimana saya boleh membantu anda hari ini?