fbpx
Pedoman 2 Kes Pengelakan Cukai 2023

Pedoman 2 Kes Pengelakan Cukai 2023

Pengelakan cukai: Malang yang berbau!

Katakan syarikat anda mengalami tahun durian runtuh di bawah kepimpinan anda sebagai pengarah. 

Pendapatan cukup  tinggi dan para pemegang saham tidak sabar menunggu dividen tahunan.

keuntungan syarikat yang besar yang bermaksud kewajipan cukai tinggi buat LHDN

Kemudian bulan Julai menjelang dan tiba masanya untuk mengisi borang cukai.

Betapa menyakitkan hati untuk melaporkan pendapatan dan membayar 24% kepada LHDN.

Lagipun, sebagai pengarah, tugas anda adalah untuk memaksimumkan keuntungan, bukan? 

Bukan nak kata anda pasti akan tertangkap – tetapi tahulah bahawa jika LHDN mendapat tahu, denda pengelakan cukai jauh melebihi keuntungan kewangan jangka pendek yang diperoleh.

Untuk membuktikannya, mari lihat dua pengarah yang dihukum untuk pengelakan cukai pada tahun 2023.

Kes pengelakan cukai tahun 2023 

Walaupun terdapat banyak lagi kes, kami memilih dua contoh berikut kerana jumlah denda yang terlibat cukup menakutkan. 

Kedua-duanya adalah syarikat dari Johor – tapi kami janji itu hanya kebetulan semata-mata – kami di MISHU sayang Johor 😊 

Kes 1: Syarikat pembinaan didenda RM1.28 juta 

Contoh pertama kami melibatkan pengarah syarikat pembinaan yang didenda RM1.284 juta kerana tidak mengemukakan penyata pendapatan syarikat kepada LHDN pada tahun 2019 dan 2020. 

Jumlah pendapatan sepanjang dua tahun kewangan itu adalah RM1.78 juta, di mana syarikat itu sepatutnya membayar RM293,126 untuk tahun 2019 dan RM134,967 untuk tahun 2020. 

Oleh itu, syarikat ini perlu membayar RM428,093 untuk kedua-dua tahun, tetapi kerana pengarahnya cuba mengelak daripada membayar jumlah tersebut, syarikat kini berhutang tiga kali ganda. 

Berita baiknya – beliau berjaya memohon membayar denda tersebut secara ansuran bulanan!

Kes 2: Syarikat kitar semula dikenakan denda RM2.4 juta 

Kes kedua melibatkan seorang pengarah syarikat kitar semula yang menerima denda RM2.44 juta kerana tidak mengemukakan penyata pendapatan syarikat lebih daripada RM3.3 juta sepanjang tahun penilaian 2021 dan 2022. 

Angka tersebut adalah RM1.83 juta untuk 2021 dan RM1.56 juta untuk 2022, yang bermakna syarikat tersebut perlu membayar cukai sebanyak RM812,000 untuk kedua-dua tahun tersebut

Sebaliknya, dia sekarang berhutang tiga kali ganda daripada jumlah tersebut, dan hakim turut mengenakan hukuman penjara 12 bulan jika denda tidak dibayar.

Kes 3: SYARIKAT ANDA! 

Gurau saja. Pastikan anda mengisi cukai anda dengan tepat dan tepat pada masanya.

Memahami kiraan penalti pengelakan cukai 

Secara khususnya, pengarah-pengarah di atas telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 114(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk cuba mengelak cukai atau membantu orang lain mengelak cukai, yang membawa hukuman: 

  • denda RM1,000 – 20,000
  • penjara sehingga 3 tahun,
  • kedua-dua denda dan hukuman penjara, dan
  • tiga kali jumlah cukai yang dikurangkan

Perasan tak bahawa dalam kedua-dua kes di atas, hukuman yang dikenakan adalah tiga kali nilai cukai pendapatan yang dielakkan?

kesukaran untuk membayar penalti pengelakan cukai

Ini bermakna semakin besar jumlah cukai yang anda elak untuk diisytihar, semakin banyak yang anda perlu bayar jika anda ditangkap!

Iktibar untuk pengarah di Malaysia

Haruslah diingatkan bahawa niat kami di sini bukan untuk menunding jari – anda tahu seperti kami bahawa kedua-dua pengarah di atas pasti cukup menyesali perbuatan mereka. 

Sayangnya, sudah terlambat bagi mereka, tetapi tidak semestinya begitu bagi orang lain. 

Berikut adalah dua pengajaran untuk kita semua. 

1. Serahkan borang cukai tepat pada masanya

Pilihan muktamad dalam syarikat adalah tanggungjawab pengarahnya, dan tiada sesiapa yang boleh menghentikan mereka daripada tidak merahsiakan pendapadan syarikat jika sudah tekad.

Namun, tidak tentu bila LHDN akan datang, dan bagi menjamin kejayaan jangka masa panjang, lebih baik bayar cukai beratus ribu daripada penalti sehingga berjuta ringgit. 

2. Kurangkan kewajipan cukai syarikat secara sah

Sebenarnya, ada beberapa strategi yang 100% sah bagi mengurangkan kewajipan cukai sesebuah syarikat, termasuklah mengambil kesempatan pelepasan cukai atau membuat pelaburan tertentu yang memberikan manfaat cukai.

Melainkan anda sudah biasa dengan pelbagai strategi untuk mengurangkan kewajipan cukai anda secara sah,  gunakanlah perkidmatan seorang pakar perunding cukai. 

Biarkan MISHU kurangkan kewajipan cukai anda

HOBD Adrian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to top