Akaun Bank Korporat
Tidak semua pelan perbankan dicipta setaraf
Pasukan kami bekerjasama dengan institusi perbankan untuk menawarkan perkhidmatan perbankan digital yang selamat, mudah dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Mereka juga menawarkan perkhidmatan ‘door-step’ untuk membantu anda menyediakan akaun bank pertama anda!


Apakah itu Akaun Bank Korporat?
Akaun bank yang dibuat atas nama perniagaan dan digunakan untuk menerima dan mengurus semua dana syarikat. Membuka akaun bank korporat adalah langkah yang perlu bagi mana-mana syarikat untuk menjalankan perniagaan.
Faedah Akaun Bank Korporat
Mengapa setiap syarikat di Malaysia wajib mempunyai akaun bank tersendiri.

Kredibiliti
Akaun korporat membuatkan para pemegang saham, pelabur, pelanggan dan pembekal lebih percaya akan sesebuah syarikat. Malah, ada pihak yang enggan menjalankan perniagaan dengan syarikat tanpa akaun korporat.

Perlindungan
Akaun korporat mengasingkan dana dan aset syarikat daripada pemilik perniagaan. Ini memberikan perlindungan liabiliti penuh kepada aset peribadi pemilik tersebut.

Gambaran Lengkap
Akaun korporat memberikan pemilik dan pengarah perniagaan gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan syarikat, membolehkan mereka merancang lebih awal.

Fleksibiliti
Akaun korporat membolehkan syarikat melabur baki dana ke dalam bon, saham dan aset lain. Akaun korporat juga mempunyai kemudahan overdraf untuk membantu perniagaan yang sering memerlukan suntikan tunai jangka pendek.
Apakah faktor penting apabila memilih bank yang sesuai?

Servis muka pintu.
Bank menghantar staf mereka untuk berjumpa dengan anda bagi membuka akaun bank pertama anda.
Perbankan Digital
Sebarang transaksi yang anda ingin uruskan juga boleh dilakukan menggukan telefon atau komputer riba anda di mana-mana sahaja di dunia.
Dana Permulaan dan
Keperluan Deposit Minimum Berpatutan
Bank yang beretika memahami dan menampung keadaan kewangan anda untuk membantu anda bermula

Kemudahan Kredit dan Pinjaman Wang
Sama ada anda mengalami masalah kwangan atau ingin mengembangkan perniagaan, bank sedia menyokong anda.Rakan Kongsi Kami





FAQ
Ya. Walaupun bukan keperluan undang-undang, faedah yang ditawarkan oleh akaun bank korporat begitu penting sehingga syarikat mustahil dapat beroperasi tanpanya.
Ia biasanya mengambil 2 – 3 minggu untuk kes standard, tetapi boleh mengambil sehingga beberapa bulan jika melibatkan situasi rumit. Pasukan MISHU yang berpengalaman sedia membantu menyelesaikan sebarang isu yang boleh melambatkan pembukaan akaun anda.
*Resolusi daripada Lembaga Pengarah untuk membuka akaun dengan senarai lengkap penandatangan yang diberi kuasa
*Sijil penubuhan ( seksyen 17)
*Pemulangan peruntukan saham (seksyen 78
*Senarai pengarah (seksyen 58)
*Alamat pejabat berdaftar (seksyen 46)
Sebahagian dengan pakej pemerbadanan MISHU, pasukan kami boleh mengumpul dan menyediakan semua dokumen yang berkaitan untuk membantu anda membuka akaun.
Sudah pasti. Walau bagaimanapun, bank tertentu mungkin memerlukan anda menjalani beberapa pemeriksaan KYC tambahan dan mencalonkan wakil tempatan untuk mengendalikan kertas kerja.
Ini adalah ciri di mana bank menghantar staf mereka untuk bertemu anda secara fizikal di pejabat/rumah anda untuk menandatangani borang pembukaan akaun dan semakan KYC.
Ia berbeza dari bank ke bank, tetapi jumlah permulaan yang lazim adalah RM1,000.
Walaupun tidak wajib, akaun bank yang berasingan untuk dana perniagaan memberikan pemilikan tunggal dan perkongsian faedah yang sama, lantas dinasihatkan untuk perniagaan milikan tunggal untuk membuka akaun berasingan juga.

Inginkan jawapan segera?
Emel kami di [email protected] atau WhatsApp +60-175159832