fbpx

Kami menjadikannya pantas Dan Mudah 

Mula Dan Uruskan Perniagaan Di Malaysia

Lancarkan pengurusan perniagaan anda dengan kepakaran, bimbingan, dan aplikasi digital MISHU.

Why MISHU cover

Kenapa Pilih MISHU?

One-stop Business Advisory

Nasihat Perniagaan Selengkapnya

Kami menawarkan perkhidmatan menyeluruh, daripada pemerbadanan kepada perakaunan, perundingan HR, pelesenan perniagaan, pas pekerjaaan dan banyak lagi.

Fast Digital Services

Perkhidmatan Digital Pantas

Aplikasi dan proses digital membolehkan kami bekerja dengan cepat dan cekap.

Industry Experts

Pakar Industri

Semua penasihat kami berlesen dan layak dari segi undang-undang untuk menawarkan perkhidmatan profesional kepada anda.

Transparent & Affordable Pricing

Harga Telus & Mampu Milik

Tiada kos tersembunyi, 100% boleh dikembalikan (untuk perkhidmatan terpilih), dan kos yang berpatutan untuk perniagaan semua saiz.

We Keep it Simple

Perkongsian Ilmu Keusahawanan

Penerangan kami takkan pernah untuk menunjuk-nunjuk Kami gunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami.

Ingin ketahui lebih lanjut tentang nasihat perniagaan yang kami tawarkan?

Lihatlah senarai perkhidmatan kami – semua keperluan boleh dipenuhi

Testimoni Klien

Kami tidak sabar untuk menampilkan anda di sini satu hari nanti!

FAQ

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh MISHU?

MISHU menawarkan perkhidmatan perundingan perniagaan yang menyeluruh dan kami adalah peneraju utama dalam industri Setiausaha Syarikat Digital Malaysia.

Adakah MISHU menyediakan perkhidmatan digital atau fizikal?

Kami menawarkan kedua-dua pilihan tersebut dan membantu perniagaan mengguna pakai amalan baharu bagi meningkatkan kecekapan proses.

Adakah terdapat polisi bayaran balik?

Sudah pasti. Pelanggan boleh tamatkan urusan pada bila-bila masa dan menerima bayaran balik pro-rata 100%, tertakluk kepada terma dan syarat kami (untuk perkhidmatan terpilih sahaja).

Apa yang dimaksudkan dengan 'tiada yuran tersembunyi'?

MISHU hanya akan mengenakan caj kepada anda untuk perkhidmatan yang anda pilih. Jumlah yang kami sebutkan kepada anda ialah jumlah yang kami caj kepada anda!

Berapa lama masa yang diperlukan untuk memperbadankan sebuah syarikat?

Kami boleh membantu anda memperbadankan syarikat dalam tempoh 3 – 5 hari perniagaan, namun ia belum boleh beroperasi sehingga lesen perniagaan diperolehi dan adakalanya mengambil masa sehingga sebulan bergantung pada jenis perniagaan.

Bolehkah MISHU membantu mendapatkan lesen perniagaan?

Tentu sekali! Pasukan lesen perniagaan kami berpengalaman mendapatkan pelbagai lesen daripada badan kawal selia, dan bersedia membantu anda.

Perlukah saya memulakan Sdn Bhd atau LLP?

Ia bergantung pada jenis perniagaan anda, tetapi dalam kebanyakan kes, Sdn Bhd adalah pilihan terbaik dan paling popular. Hubungi kami bagi jawapan khusus untuk kes anda.

Perlukah saya memulakan Enterprise atau Sdn Bhd?

Jika anda mampu menanggung kos persediaan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi, kami mengesyorkan Sdn Bhd untuk kelebihan liabiliti yang terhad, kemudahan mengembangkan bisnes dan mendapatkan pembiayaan. Dalam sesetengah kes, Enterprise bukan pilihan yang nijak. Hubungi kami untuk jawapan khusus bagi kes anda.

Bolehkah MISHU membantu merangka dokumen syarikat?

Ya, kami berkelayakan untuk menyediakan perlembagaan syarikat, perjanjian pemegang saham, resolusi lembaga pengarah dan sebarang dokumen standard yang diperlukan.

Bolehkah MISHU membantu dengan cukai korporat tahunan?

Ya, kami berpengalaman bukan sahaja dalam penyerahan penyata cukai, tetapi juga menasihati pemilik perniagaan tentang strategi untuk mengurangkan jumlah cukai terhutang secara sah.

Bolehkah MISHU membantu dengan pas pekerja asing?

Ya, kami berpengetahuan luas dalam keperluan dan proses yang terlibat dalam mendapatkan visa kerja untuk ekspatriat profesional.

Bolehkah MISHU membantu perniagaan asing memulakan syarikat di Malaysia?

Sudah pasti, malah kami juga boleh membantu pemilik tempatan dan asing menubuhkan syarikat di Labuan, salah satu daripada destinasi bebas cukai utama dunia.

New Sdn Bhd Labuan Anissha
Ada soalan PENTING?

Hubungi kami melalui [email protected] atau panggil +6011-12037291

Sedia Untuk Bermula?

    Scroll to top