Sertai Pasukan Kami
Kami sentiasa mencari individu berbakat!
Kami inginkan individu yang berbakat, berkelayakan, rajin, inovatif, dan bermotivasi tinggi. Integriti dan kejujuran adalah sifat penting yang wajib bagi warga MISHU.Budaya Kami
Kami menjaga kakitangan kami agar mereka boleh menjaga perniagaan anda.
Etika kerja kami berkisar pada nilai teras MISHU: keterbukaan, tanggungjawab, kecekapan dan sentiasa membuat keputusan berpandukan prestasi. Mereka yang berkongsi nilai ini, tanpa mengira latar belakang dan jantina, sentiasa dialu-alukan di MISHU.
Oh dan kami juga ada mesin kopi yang terbaik. Slrrrrp!
Apa anda boleh harapkan dari MISHU:
Perlindungan Insurans
Jangan takut akan kecederaan kecil atau kemalangan di pejabat; kami melindungi keselamatan dan kesihatan anda.
Gaji Yang Kompetitif
Kami menghargai kerja yang baik dan berintegriti.
Susun Atur Kerja Fleksibel
Kerja dari pejabat atau rumah - asalkan kerja siap dan berkualiti tinggi.
Peluang Kerjaya
Sama ada anda berhasrat untuk mahir dalam pelbagai bidang atau menjadi pakar satu bidang tertentu, anda akan mendapat ruang yang cukup untuk berkembang di sini.
Makanan Percuma & Pembelajaran
Sesi pembelajaran berkala daripada pakar dan bos payung makan!
Pembangunan Profesional
Kami tanggung yuran peperiksaan pensijilan profesional anda
Komputer Riba & Telefon Bimbit
Komputer riba dan telefon untuk tujuan kerja disediakan
Elaun Perjalanan & Perubatan
Elaun untuk tempat letak kereta, perjalanan, dan perbelanjaan perubatan
Jawatan Kosong
MISHU di sini untuk bantu perniagaan kecil mencipta impak BESAR. Jika anda rasa anda mempunyai sesuatu untuk ditawarkan dalam ruang ini, kami ingin mendengar daripada anda.
Ada soalan PENTING?
Hubungi kami melalui [email protected] atau panggil +60 17-515 9832