Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd di Malaysia

Perkhidmatan Penubuhan

Syarikat Sdn Bhd

100% online & siap dalam 5 – 10 hari bekerja

Dari pendaftarkan syarikat ke pelantikan Setiausaha Syarikat berdaftar, permohonan lesen perniagaan dan visa bekerja, pasukan kami sedia membantu anda uruskan setiap aspek penubuhan perniagaan.

Belum ada nama syarikat? Guna carian nama percuma kami.

graphic of expatriate applying for MM2H pass with MISHU

Syarat Pendaftaran

Pastikan anda memenuhi semua kewajipan pemerbadanan.
RM1 Paid Up Capital

Modal Berbayar RM1

Bergantung kepada keadaan, bukan warganegara Malaysia mungkin perlu menyediakan jumlah lebih tinggi.

One Shareholder

Seorang Pemegang Saham

Bukan warganegara Malaysia yang berhasrat untuk memiliki perniagaan dalam industri tertentu mungkin memerlukan seorang pemegang saham tempatan.

One Director

Seorang Pengarah

Mesti berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun, menetap di Malaysia, tidak diisytihar muflis, dan tidak pernah didapati bersalah bagi kesalahan jenayah dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu.

Director NOT A Bankrupt Or Convict

Seorang Pengarah Penama (Bersyarat)

Bukan Warganegara Malaysia yang tidak menetap di Malaysia perlu melantik pengarah penama tempatan.

One Company Secretary

Satu Setiausaha Syarikat

Mestilah diiktiraf oleh SSM atau merupakan seorang ahli badan profesional yang ditetapkan.

Malaysia Registered Address

Alamat Berdaftar Malaysia

Prosedur biasa ialah menggunakan alamat pejabat Setiausaha Syarikat sebagai pejabat berdaftar.

Pakej Penubuhan Syarikat

Tiada caj tersembunyi. Kami komited kepada hubungan berdasarkan kepercayaan.

Perkhidmatan yang termasuk dalam Pakej Pemerbadanan kami:

  • Semakan ketersediaan nama syarikat
  • Memberi penjelasan mengenai borang pendaftaran yang lengkap melalui telefon atau e-mel
  • Penyediaan & pemfailan semua borang pendaftaran SSM
  • Sijil Pemerbadanan
  • * Penyediaan resolusi dan minit mesyuarat lembaga yang pertama
  • * Resolusi pihak lembaga untuk membuka akaun bank
  • * Penyediaan resolusi dan minit mesyuarat lembaga yang pertama
  • * Penyediaan tiga (3) set Superform (Seksyen 14), Notis Pendaftaran (Seksyen 15), Sijil Pemerbadanan (Seksyen 17), dan Notis Pelantikan Setiausaha Syarikat Pertama (Seksyen 58)
  • * Penghantaran satu set dokumen lengkap kepada alamat Malaysia
  • *

    Tertakluk kepada langganan perkhidmatan Setiausaha Syarikat
RM1,499

Termasuk Yuran SSM RM1,010 SSM

3 LANGKAH MUDAH

Untuk Daftarkan Syarikat Anda
step1 choose company name

Pilih Nama Syarikat

step2 Select Your Services

Pilih Servis Yang Dikehendaki

Step3 Fill up the Form

Isi Borang Ringkas

Kami Uruskan Yang Selebihnya

Kami dah bantu daftar + 1,500 syarikat

Senarai Semak Syarat Pendaftaran SDN BHD

Segala keperluan untuk memperbadankan Sendirian Berhad baharu di Malaysia.

Pre registration checklist for sdn bhd MY

    Soalan Lazim

    Apakah keperluan untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd dengan SSM?

    Anda memerlukan pengarah pemastautin/pemegang saham, alamat kediaman tempatan dan modal berbayar minimum RM1.00 (sesetengah situasi mungkin memerlukan jumlah lebih tinggi).

    Berapa lama untuk mendaftar syarikat baharu?

    Jika segalanya berjalan dengan lancar, ia mengambil masa 5-10 hari bekerja. Sebarang butiran yang tidak lengakp, sekecil manapun, boleh menyebabkan kelewatan. Kerana itu, sangat penting untuk mengesahkan semua maklumat yang berkaitan sebelum memfailkan dokumen.

    Adakah saya memerlukan alamat perniagaan untuk syarikat saya?

    Ya dan tidak. Pemerbadanan boleh dilakukan tanpa alamat perniagaan, tetapi ia diperlukan bagi mendapatkan lesen-lesen perniaggan yang diperlukan selepas pemerbadanan.

    Untuk menjimatkan masa, mulakan proses pemerbadanan sementara mencari alamat perniagaan supaya anda tidak membazi masa menunggu tanpa sebab.

    Apakah Meterai Syarikat dan adakah ia keperluan wajib untuk syarikat?

    Meterai Syarikat ialah cop fizikal dengan butiran syarikat yang digunakan untuk menunjukkan pengakuan dan kelulusan sebarang dokumen rasmi. Di bawah Akta Syarikat 2016, Meterai Syarikat tidak diperlukan melainkan syarikat memintanya.

    Apakah bilangan minimum dan maksimum pemegang saham dalam sesebuah syarikat?

    Minimum satu (1) dan maksimum lima puluh (50) pemegang saham.

    Bolehkah sesiapa sahaja menjadi pengarah syarikat?

    Ya. Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas (dalam atau luar negara) boleh menjadi pengarah syarikat selagi mereka memenuhi keperluan di bawah Akta Syarikat 2016.

    Apakah tanggungjawab seorang pengarah?

    Pengarah bertanggungjawab untuk memastikan kekukuhan operasi perniagaan jangka pendek dan panjang. Mereka perlu sentiasa berhati-hati, berkemahiran dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kuasa mereka untuk kepentingan syarikat. Mereka mesti mengelakkan konflik kepentingan di mana mereka mengambil kesempatana kedudukan mereka untuk memanfaatkan diri sendiri, kenalan mereka atau mana-mana pihak selain syarikat. Ketahui lebih lanjut di sini.

    Apakah kelebihan terbesar menubuhkan syarikat?

    Pemegang saham tidak terdedah kepada risiko peribadi dan liabiliti mereka dihadkan oleh pemilikan saham. Dalam erti kata lain, pemegang saham lazimnya tidak akan hilang lebih daripada jumlah yang terlabur dalam saham.

    Bolehkah pemegang saham memindahkan atau menjual saham mereka?

    Ya. Pemegang saham boleh menjual atau memindahkan saham kepada mana-mana pihak selagi pembeli mampu membayar harga belian dan transaksi itu mematuhi Perlembagaan Syarikat atau Perjanjian Pemegang Saham (jika ada).

    Apakah kadar cukai sesebuah syarikat?

    adar cukai korporat standard ke atas pendapatan bercukai ialah 24%.

    Bagi syarikat kecil dan sederhana (iaitu modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta dan jualan tahunan kurang daripada RM50 juta), kadar cukai korporat ialah 17% ke atas RM600,000 pertama, dan 24% ke atas jumlah selebihnya.

    Adakah wajib untuk menyediakan / mendaftarkan akaun bank korporat?

    Ya. Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dikehendaki menyediakan akaun bank, di mana mereka mendepositkan modal saham minimum mereka untuk memformalkan proses persediaan. MISHU boleh membantu dengan proses pembukaan akaun bank.

    maya ai powered company secretary chat assistant
    Inginkan jawapan segera?

    Emel kami di [email protected] atau WhatsApp +60-175159832

    Hubungi Kami

      Scroll to top