Pengarah Penama

Tiada pengarah yang menetap di Malaysia?

Warga asing yang tidak menetap di Malaysia tidak dibenarkan menubuhkan dan menjalankan perniagaan di Malaysia. Sementara anda mencari rakan kongsi tempatan yang sesuai, kami boleh melantik penama pengarah tempatan yang berkelayakan untuk syarikat Malaysia anda.

Kami menyediakan perkhidmatan ini sebagai kemudahan sementara kerana kami faham betapa sukarnya untuk mendapatkan rakan kongsi tempatan yang boleh dipercayai bagi memasuki pasaran Malaysia.

Sebaik sahaja anda mengenal pasti calon Pengarah Tempatan anda, kami akan menyerahkan jawatan pengarah kepadanya.

Nominee Director

Don't Have A Director That Resides In Malaysia?

If you are a foreigner and are not residing in Malaysia, you cannot set up and run a business in Malaysia. While you are searching for the right local partner, we can help you to appoint a qualified nominee local director for your Malaysian company. We provide this service as a temporary convenience to you as we understand how it might be a hassle to source for a reliable local partner without the proper local connections prior to entering into the Malaysian market. We will hand-over the directorship to your local partner once you have identified one.

Labuan

Pengarah Penama

Disebabkan liabiliti dan sifat bukan eksekutif perkhidmatan pengarah penama kami, perkhidmatan ini tertakluk kepada terma dan syarat tidak menyeluruh seperti berikut:

  • Lulus semakan pematuhan Kenali Pelanggan Anda (KYC)
  • Beralih kepada MISHU bagi setiausaha syarikat, perakaunan dan perkhidmatan cukai
  • Pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah tambahan (bukan warganegara dibenarkan) untuk bertindak sebagai pengarah eksekutif
  • Serah salinan penyata bank bulanan kepada pengarah penama kami untuk semakan
  • Sediakan deposit sekuriti (boleh dikembalikan) bermula dari RM10,000. Deposit mungkin meningkat jika pusingan modal syarikat anda lebih dari RM500,000 setahun, mempunyai modal saham yang tinggi, hutang luar negeri yang tinggi, menjalankan perniagaan terkawal, atau mengupah ramai kakitangan tempatan dan asing di Malaysia
  • Anda bukan warganegara dan tidak menjalankan perniagaan dengan pelanggan dari senarai negara Sekatan USA

FAQ

Adakah pelantikan pengarah penama dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia?

Ya, melantik pengarah penama adalah sah, dan kami menggalakkan anda juga menandatangani perjanjian dengan pengarah penama anda untuk melindungi kepentingan dan hak masing-masing.

Apakah bidang kuasa dan peranan sorang pengarah penama?

Pengarah penama biasanya dilantik hanya untuk memenuhi keperluan pematuhan berkanun. Kuasanya terhad kerana tidak dibenarkan menjalankan urusan kewangan atau operasi harian suatu perniagaan, termasukmenjadi penandatangan bank, menandatangani sebarang invois, kontrak atau dokumen undang-undang bagi pihak perniagaan anda.

Apakah liabiliti pengarah penama?

Semua pengarah bertanggungjawab untuk pematuhan undang-undang, termasuk pengarah penama. Sekiranya pengarah asing tidak dapat dihubungi, pengarah penama akan menanggung hukumannya. Itulah sebabnya pengarah penama kami melihat posisi ini sebaga berrisiko tinggi dan akan memerlukan deposit untuk melindungi kepentingan dan liabilitinya.

Bolehkah saya memberhentikan seorang pengarah penama pada bila-bila masa?

Ya, anda boleh menamatkan perkhidmatan pengarah penama kami pada bila-bila masa dengan memberikan kami butiran mengenai pengarah gantian tempatan. Kami akan menyediakan kerja yang diperlukan, memfailkan perubahan dengan pihak berkuasa dan mengembalikan wang deposit anda.

maya ai powered company secretary chat assistant
Inginkan jawapan segera?

Emel kami di [email protected] atau WhatsApp +60-175159832

Hubungi Kami

    Scroll to top