Senarai Lengkap Kod MOF Firma Perunding

Senarai Kod Bidang MOF Untuk Firma Perunding

Bagi yang ingin menawarkan khidmat rundingan kepada kerajaan, berikut ialah semua 59 kod bidang MOF terkini untuk firma perunding, merangkumi ICT, kejuruteraan dan sektor teknikal lain.

tangkapan skrin laman utama ePerolehan MOF

Senarai ini berdasarkan panduan rasmi MOF, dan ada lima butiran yang perlu diingat pemohon:

  • sehingga 30 kod bidang boleh dipilih (tapi satu pun boleh)
  • semua kod mesti berkaitan dengan perniagaan pemohon
  • secara am, firma perlu memilih antara kod fizikal atau bukan fizikal
  • firma kejuruteraan yang layak boleh memilih kod daripada lebih daripada satu disiplin
  • kod boleh ditambah, dibuang atau ditukar selepas pendaftaran tanpa kos

Jika anda masih kurang jelas tentang syarat, langkah permohonan atau cara gunakan kod ini, kami cadangkan anda baca panduan permohonan lesen MOF perunding kami dahulu.

Kalau tidak, jom mulakan.

Kod bidang perundingan fizikal

Ada 27 kod perundingan fizikal bermula dengan 33, dibahagikan kepada bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Kejuruteraan

KodBidang
330101Kejuruteraan Awam
330102Kejuruteraan Struktur
330103Kejuruteraan Elektrik
330104Kejuruteraan Mekanikal
330105Kejuruteraan Elektronik
330106Kejuruteraan Kimia
330107Kejuruteraan Perlombongan
330108Kejuruteraan Marin
330109Kejuruteraan Geoteknik
330110Kejuruteraan Industri
330111Kejuruteraan ‘Naval Architecture’
330112Kejuruteraan Aeroangkasa
330113Kejuruteraan Pertanian
330114Kejuruteraan Telekomunikasi
330115Kejuruteraan Nuklear
330116Penilaian Harta (Forensic)

Bukan kejuruteraan

KodBidang
330201Arkitek
330202Ukur Bahan
330203Ukur Tanah
330204Hiasan Dalaman
330205Arkitek Lanskap
330206Perancang Bandar Dan Wilayah
330207Kajian Alam Sekitar
330208Ukur Bangunan (Institut Juruukur Malaysia)
330209Pengurusan Nilai Fizikal
330210Sains Kesihatan/Perancangan Perubatan
330211Geologi

Seterusnya ialah kod perundingan bukan fizikal.

Kod bidang perundingan bukan fizikal

Ada 32 kod perundingan bukan fizikal yang bermula dengan 34 dan merangkumi sembilan sub bidang.

Sosio ekonomi

KodBidang
340101Kajian Organisasi
340102Kajian Penswastaan dan Pengkomersilan
340103Kajian Ekonomi
340104Kajian Kemasyarakatan
340105Kajian Pemasaran dan Penyelidikan
340106Kajian Sumber Manusia
340107Kajian Pelancongan
340108Kajian Keselamatan
340109Pengurusan Nilai Bukan Fizikal

Pengangkutan dan marin

KodBidang
340201Kajian Rangkaian Pengangkutan
340202Kajian Trafik
340301Kajian Marin

Kewangan

KodBidang
340401Kajian Kewangan
340402Kajian Percukaian
340403Penilaian Harta/Hartanah
340404Kajian Pelaburan

Pertanian

KodBidang
340501Kajian Perhutanan
340502Kajian Pertanian
340503Kajian Sumber Asli/Rekreasi & Taman-Taman
340504Teknologi Makanan
340505Kajian Perikanan
340506Kajian Komoditi

ICT

KodBidang
340601Kajian Telekomunikasi
340602Perancangan Strategik ICT (ISP)
340603Kajian Pengurusan Infrastruktur ICT
340604Kajian Pengurusan Keselamatan ICT
340605Kajian Pengurusan Maklumat ICT

Pencahayaan, bunyi, perundangan dan tenaga

KodBidang
340801Kajian Pencahayaan
340802Kajian Audiovisual dan Akustik
340901Kajian Perundangan
341001Kajian Pengurusan Tenaga
341002Kajian Teknologi Hijau

Itu sahaja daripada kami, dan kami doakan yang terbaik untuk permohonan anda 😊

Biar MISHU bantu daftar akaun MOF anda

Jika anda ada perkara lain yang lebih penting daripada meneliti borang dan dokumen, hubungi kami. Kami telah membantu banyak perniagaan mendaftar dan memperbaharui Akaun MOF mereka, dan kami sedia membantu anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top