Senarai Kod Bidang MOF Untuk Firma Perunding
Bagi yang ingin menawarkan khidmat rundingan kepada kerajaan, berikut ialah semua 59 kod bidang MOF terkini untuk firma perunding, merangkumi ICT, kejuruteraan dan sektor teknikal lain.

Senarai ini berdasarkan panduan rasmi MOF, dan ada lima butiran yang perlu diingat pemohon:
- sehingga 30 kod bidang boleh dipilih (tapi satu pun boleh)
- semua kod mesti berkaitan dengan perniagaan pemohon
- secara am, firma perlu memilih antara kod fizikal atau bukan fizikal
- firma kejuruteraan yang layak boleh memilih kod daripada lebih daripada satu disiplin
- kod boleh ditambah, dibuang atau ditukar selepas pendaftaran tanpa kos
Jika anda masih kurang jelas tentang syarat, langkah permohonan atau cara gunakan kod ini, kami cadangkan anda baca panduan permohonan lesen MOF perunding kami dahulu.
Kalau tidak, jom mulakan.
Kod bidang perundingan fizikal
Ada 27 kod perundingan fizikal bermula dengan 33, dibahagikan kepada bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Kejuruteraan
| Kod | Bidang |
|---|---|
| 330101 | Kejuruteraan Awam |
| 330102 | Kejuruteraan Struktur |
| 330103 | Kejuruteraan Elektrik |
| 330104 | Kejuruteraan Mekanikal |
| 330105 | Kejuruteraan Elektronik |
| 330106 | Kejuruteraan Kimia |
| 330107 | Kejuruteraan Perlombongan |
| 330108 | Kejuruteraan Marin |
| 330109 | Kejuruteraan Geoteknik |
| 330110 | Kejuruteraan Industri |
| 330111 | Kejuruteraan ‘Naval Architecture’ |
| 330112 | Kejuruteraan Aeroangkasa |
| 330113 | Kejuruteraan Pertanian |
| 330114 | Kejuruteraan Telekomunikasi |
| 330115 | Kejuruteraan Nuklear |
| 330116 | Penilaian Harta (Forensic) |
Bukan kejuruteraan
| Kod | Bidang |
|---|---|
| 330201 | Arkitek |
| 330202 | Ukur Bahan |
| 330203 | Ukur Tanah |
| 330204 | Hiasan Dalaman |
| 330205 | Arkitek Lanskap |
| 330206 | Perancang Bandar Dan Wilayah |
| 330207 | Kajian Alam Sekitar |
| 330208 | Ukur Bangunan (Institut Juruukur Malaysia) |
| 330209 | Pengurusan Nilai Fizikal |
| 330210 | Sains Kesihatan/Perancangan Perubatan |
| 330211 | Geologi |
Seterusnya ialah kod perundingan bukan fizikal.
Kod bidang perundingan bukan fizikal
Ada 32 kod perundingan bukan fizikal yang bermula dengan 34 dan merangkumi sembilan sub bidang.
Sosio ekonomi
| Kod | Bidang |
|---|---|
| 340101 | Kajian Organisasi |
| 340102 | Kajian Penswastaan dan Pengkomersilan |
| 340103 | Kajian Ekonomi |
| 340104 | Kajian Kemasyarakatan |
| 340105 | Kajian Pemasaran dan Penyelidikan |
| 340106 | Kajian Sumber Manusia |
| 340107 | Kajian Pelancongan |
| 340108 | Kajian Keselamatan |
| 340109 | Pengurusan Nilai Bukan Fizikal |
Pengangkutan dan marin
| Kod | Bidang |
|---|---|
| 340201 | Kajian Rangkaian Pengangkutan |
| 340202 | Kajian Trafik |
| 340301 | Kajian Marin |
Kewangan
| Kod | Bidang |
|---|---|
| 340401 | Kajian Kewangan |
| 340402 | Kajian Percukaian |
| 340403 | Penilaian Harta/Hartanah |
| 340404 | Kajian Pelaburan |
Pertanian
| Kod | Bidang |
|---|---|
| 340501 | Kajian Perhutanan |
| 340502 | Kajian Pertanian |
| 340503 | Kajian Sumber Asli/Rekreasi & Taman-Taman |
| 340504 | Teknologi Makanan |
| 340505 | Kajian Perikanan |
| 340506 | Kajian Komoditi |
ICT
| Kod | Bidang |
|---|---|
| 340601 | Kajian Telekomunikasi |
| 340602 | Perancangan Strategik ICT (ISP) |
| 340603 | Kajian Pengurusan Infrastruktur ICT |
| 340604 | Kajian Pengurusan Keselamatan ICT |
| 340605 | Kajian Pengurusan Maklumat ICT |
Pencahayaan, bunyi, perundangan dan tenaga
| Kod | Bidang |
|---|---|
| 340801 | Kajian Pencahayaan |
| 340802 | Kajian Audiovisual dan Akustik |
| 340901 | Kajian Perundangan |
| 341001 | Kajian Pengurusan Tenaga |
| 341002 | Kajian Teknologi Hijau |
Itu sahaja daripada kami, dan kami doakan yang terbaik untuk permohonan anda 😊
Biar MISHU bantu daftar akaun MOF anda
Jika anda ada perkara lain yang lebih penting daripada meneliti borang dan dokumen, hubungi kami. Kami telah membantu banyak perniagaan mendaftar dan memperbaharui Akaun MOF mereka, dan kami sedia membantu anda.