Daftar & Pembaharui Lesen Kewangan

Jadi pembekal ePerolehan berdaftar

Kami uruskan semua penyediaan dokumen dan serahan permohonan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) agar anda boleh mula berurusan dengan agensi kerajaan secepat mungkin.

business owner looking at eperolehan logo to symbolise seeking assistance for registration

Servis Kami

Kami membantu memohon / memperbaharui lesen daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk aktiviti berikut:

  • Pendaftaran pembekal ePerolehan baharu
  • Pembaharuan lesen MOF
  • Kemas kini / perubahan kod bidang MOF
  • Status Bumiputera MOF

Bagi perniagaan yang belum mempunyai entiti berdaftar atau pejabat, kami juga membantu dengan penubuhan Sdn Bhd dan permohonan lesen PBT.

mof eperolehan logo to symbolise MISHU’s MOF license application and renewal services
coins and SSM certificate to symbolise mof license paid up capital and entity registration requirements

Syarat Wajib

Ada lima syarat utama untuk mendaftar akaun MOF:

  • Merupakan entiti perniagaan berdaftar
  • Sekurang-kurangnya RM2,500 modal berbayar
  • Mempunyai akaun bank atas nama syarikat
  • Telah perolehi semua lesen perniagaan wajib
  • Kod bidang selaras dengan aktiviti perniagaan

Nota: Sesetengah kod bidang memerlukan modal berbayar jauh lebih tinggi – rujuk FAQ lesen MOF kami untuk butiran lanjut.

Lesen MOF

Akaun MOF

mof eperolehan logo to symbolise MISHU’s MOF license application and renewal services

Untuk pendaftaran pembekal ePerolehan baharu

Skop bantuan kami:

  • Sesi rundingan pilihan kod bidang sesuai
  • Penyediaan dokumen
  • Penyerahan permohonan
  • Komunikasi dengan pihak MOF
  • Penghantaran lesen

*Kami juga boleh bantu pendaftaran Akaun Asas

Pembaharuan Akaun

mof license renewal

Untuk pembekal ePerolehan yang sudah menghampiri tarikh lesen tamat

Skop bantuan kami:

  • Penyediaan dokumen sokongan
  • Penyerahan permohonan
  • Komunikasi dengan pihak MOF
  • Penghantaran lesen

*Kami juga bantu perbaharui Akaun Asas

Tukar Kod Bidang

MISHU consultant examining client MOF field code to help them update and change them

Untuk pemegang lesen MOF yang ingin menambah atau mengemas kini senarai kod mereka

Skop bantuan kami:

  • Sesi rundingan kod bidang sesuai
  • Penyediaan dokumen sokongan
  • Penyerahan permohonan
  • Jawab pertanyaan pegawai MOF (jika perlu)

*Kami boleh bantu dengan kod bidang yang perlukan Status Bumiputera

MISHU consultant examining client MOF field code to help them update and change them

Tukar Kod Bidang

Apabila anda mendaftar akaun MOF, anda perlu memilih ‘kod bidang’ untuk membida kontrak kerajaan yang berkaitan, mengambil kira dua perkara utama:

  • Kod mesti relevan dengan perniagaan anda
  • Anda boleh pilih sehingga 30 kod bidang

Kod bidang boleh ditambah atau ditukar kemudian, dan anda boleh rujuk senarai kod bidang MOF kami dan hubungi kami jika anda inginkan bantuan mengemas kini profil ePerolehan anda.

Pembaharuan

Lesen MOF sah selama tiga tahun dan pembekal berdaftar mempunyai tempoh tiga bulan sebelum tarikh luput untuk mempebaharui  akaun melalui ePerolehan.

Akaun MOF yang tamat tempoh akan menjadi Akaun Asas yang terhad kepada kontrak bernilai RM20,000. Jika akaun tidak diperbaharui dalam tempoh dua belas bulan berikutnya, ia tidak lagi boleh diperbaharui dan permohonan akaun MOF baharu perlu dibuat – jadi jangan berlengah!

mof license holder renewing their certificate on eperolehan
crown on top of eperolehan logo to symbolise MOF bumiputera status

Sijil Taraf Bumiputera

Pemegang akaun MOF yang memenuhi syarat pemilikan tertentu boleh memohon salah satu daripada dua status Bumiputera untuk membida kontrak kerajaan dalam sektor perniagaan terhad:

  • Status Bumiputera 51%
  • Status Bumiputera 100%

Selain peratusan pemilikan, Status Bumiputera juga memerlukan modal berbayar yang lebih tinggi serta sekatan ke atas premis. Untuk maklumat lanjut, rujuk panduan pendaftaran Status Bumiputera MOF kami.

Soalan Lazim

Apakah kegunaan lesen MOF?

Juga dikenali sebagai Akaun MOF dan lesen kewangan, ia merupakan pendaftaran wajib untuk perniagaan tempatan dan asing bagi membolehkan mereka menjadi pembekal kepada agensi kerajaan Malaysia di peringkat persekutuan, negeri atau daerah.

Pemegang lesen akan disenaraikan dalam direktori pembekal berdaftar, di mana mereka boleh melihat dan membida kontrak kerajaan mengikut bidang perniagaan mereka.

Apakah jenis-jenis lesen MOF yang ada?

Ada dua jenis utama untuk perniagaan biasa:

Akaun Asas (Basic Account): Untuk berurusan dengan agensi kerajaan bagi kontrak bernilai sehingga RM20,000 setahun

Akaun MOF: Untuk berurusan dengan agensi kerajaan dan GLC bagi kontrak RM20,000 dan ke atas setahun

Akaun Asas adalah percuma tetapi mempunyai beberapa had:

  • hanya terbuka kepada warganegara Malaysia
  • tidak layak untuk kontrak berasaskan perkhidmatan perunding
  • tidak boleh berurusan dengan agensi bukan persekutuan (GLC, badan berkanun, PBT)
  • hanya layak untuk kontrak sehingga RM20,000 setahun

Atas sebab ini, kebanyakan perniagaan memilih untuk mendaftar Akaun MOF kerana syaratnya masih boleh dicapai, dan FAQ ini seterusnya merujuk kepada Akaun MOF melalui ePerolehan.

Apakah ePerolehan?

Ia adalah sistem perolehan kerajaan dalam talian rasmi Malaysia yang dikendalikan oleh MOF.

screenshot of mof eperolehan homepage

Ia merupakan platform di mana semua urusan berkaitan lesen MOF dilakukan, termasuk:

  • pendaftaran dan pembaharuan lesen MOF
  • memuat naik katalog produk / perkhidmatan
  • melihat dan membida kontrak kerajaan
Boleh tak mohon secara dalam talian?

Ya, semua permohonan melalui portal ePerolehan MOF dilakukan secara dalam talian sepenuhnya.

Apakah syarat mendaftar Akaun MOF?

Terdapat lima syarat umum untuk melayakkan permohonan Akaun MOF:

  • merupakan entiti perniagaan berdaftar (Enterprise, LLP atau Sdn Bhd)
  • mempunyai sekurang-kurangnya RM2,500 modal berbayar
  • mempunyai akaun bank aktif atas nama perniagaan
  • berdaftar di bawah kod bidang yang selaras dengan profil dan aktiviti SSM
  • mempunyai lesen dan permit perniagaan yang diperlukan
Apakah kod bidang MOF?

Ia adalah senarai kod enam digit yang merujuk kepada aktiviti perniagaan tertentu.

Apabila anda mendaftar Akaun MOF, anda perlu memilih kod bidang yang menggambarkan perniagaan anda untuk membolehkan anda membida kontrak berkaitan, dengan mengambil kira:

  • kod mestilah relevan dengan perniagaan anda
  • anda boleh memilih sehingga 30 kod bidang (tetapi tidak wajib)
  • kod boleh ditambah atau ditukar kemudian secara percuma

Sehingga Disember 2025, terdapat hampir 400 kod unik merangkumi pelbagai sektor dan boleh dirujuk melalui dokumen rasmi MOF atau senarai kod bidang MOF kami dalam Bahasa Inggeris.

Walaupun kebanyakan kod mempunyai syarat sama, terdapat beberapa yang mempunyai keperluan tambahan.

Kod mana mempunyai syarat tambahan?

Secara umum terdapat tiga jenis keperluan tambahan:

  • Status Bumiputera
  • modal berbayar lebih
  • lesen tambahan

Status Bumiputera

Aktiviti berikut dan kod berkaitan adalah terhad kepada Akaun MOF dengan Status Bumiputera:

  • agensi pelancongan inbound & outbound (100%)
  • kebanyakan perkhidmatan percetakan (100%)
  • bekalan penerbitan asing (51%)
  • perkhidmatan maritim & perkapalan (51%)
  • perkhidmatan broker insurans (51%)

Klik di sini untuk ke bahagian penerangan permohonan Status Bumiputera.

Modal berbayar lebih

Kebanyakan aktiviti memerlukan RM2,500, tetapi yang berikut memerlukan modal lebih tinggi:

  • semua aktiviti yang memerlukan pemilikan Bumiputera: RM50,000
  • operator pengangkutan multimodal (MTO): RM2,000,000
  • bengkel, limbungan kapal, dan pengilang: RM50,000

Lesen tambahan

Selain dokumen asas, sesetengah aktiviti memerlukan lesen daripada badan pengawal selia berkaitan:

KategoriAktivitiLesen tambahan
Percetakan & mediaPercetakan umumLesen KDN
Percetakan keselamatanKDN + kelulusan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan 
FilemPengedaran filemFINAS Borang B
FilemProduksi filemFINAS Borang A
LogistikLoriLesen kenderaan + permit SPAD
PerkapalanEjen perkapalanSurat pelantikan Kastam
ForwardingEjen penghantaranSurat pelantikan Kastam
GudangPenyimpananLesen gudang + lesen PBT
KurierPenghantaranLesen MCMC
PelanconganAgensi pelanconganLesen Akta Industri Pelancongan
InsuransSyarikat insuransLesen BNM
InsuransBrokerLesen BNM
KeselamatanPerkhidmatan keselamatanLesen KDN
PenyiasatPenyiasat persendirianLesen KDN
HartanahPengurusan hartanahLesen LPPEH
PembuatanPengilangan umumLesen MITI / pengecualian MIDA
Produk teknikalPematuhan produkSIRIM / IKRAM / MCMC / SPAN
ICT keselamatanIV&VAkreditasi JSM
KesihatanDadah & racunKKM / Pengarah Kesihatan Negeri
Alam sekitarSisa buanganDOE / AELB
Kawalan makhluk perosakPest controlLesen Jabatan Pertanian
HospitalitiHotelLesen PBT + Halal JAKIM
LatihanPusat latihanLesen PBT
HomestayHomestayKebenaran MOTAC
Teknologi hijauGreen techSuruhanjaya Tenaga / GreenTech
Bolehkah perniagaan dari rumah mohon lesen MOF?

Ya, tetapi mereka terhad kepada 46 kod bidang tertentu daripada industri berikut:

  • pendidikan & latihan
  • makanan, katering & pertanian
  • seni, media & kreatif
  • acara, pameran & hiburan
  • elektrik & teknikal
  • haiwan & hidupan liar
  • pembersihan & perkhidmatan alam sekitar
  • sumber manusia & tenaga kerja
  • marin & menyelam
  • pembinaan & hartanah
  • utiliti & air
  • perkhidmatan peribadi & pembaikan
  • hospitaliti & sosial

Rujuk Lampiran A panduan MOF untuk senarai penuh.

Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?

Sdn Bhd:

  • Borang deklarasi
  • M&A / S14 / Borang 55
  • Borang 24 / S78 / Borang 49
  • Annual return terkini
  • Borang 32A (jika ada)
  • Salinan IC pengarah

PLT:

  • Borang deklarasi
  • Sijil pendaftaran
  • Penyata bank
  • Salinan IC rakan kongsi

Enterprise:

  • Borang deklarasi
  • Form D/E
  • Dokumen SSM
  • Penyata bank
  • Salinan IC pemilik
Berapa kos pendaftaran?

Setakat Disember 2025:

  • RM50 untuk permohonan
  • RM400 selepas diluluskan

Selepas diluluskan, anda akan menerima sijil digital yang sah selama tiga tahun.

Bagaimana cara pembaharuan MOF?

Akaun MOF boleh diperbaharui dalam tempoh tiga bulan sebelum tamat tempoh, dan sehingga satu tahun selepas tamat (tetapi akan diturunkan kepada Akaun Asas sementara waktu).

Bolehkah saya tambah / buang kod bidang Akaun MOF saya?

Ya, boleh dilakukan secara percuma melalui ePerolehan selagi akaun masih aktif dan sah sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.

Apakah Status Bumiputera MOF?

Ia adalah kelebihan tambahan untuk pemegang lesen MOF yang memenuhi syarat pemilikan, pengurusan dan kawalan kewangan Bumiputera.

Sample MOF Bumiputera Status Company Certificate

Terdapat dua kategori:

  • 51%: Sekurang-kurangnya 51% ekuiti, pengarah, pengurusan, dan kakitangan adalah Bumiputera (dan pemegang saham individu tertinggi DAN pekerja bergaji tertinggi mestilah Bumiputera)
  • 100%: 100% ekuiti, pengarah, pengurusan, dan kakitangan adalah Bumiputera

Status Bumiputera MOF adalah wajib untuk memohon bagi kod bidang  tertentu dan boleh dibatalkan jika syarikat gagal mengekalkan tahap pemilikan yang diperlukan.

Bagaimana cara mohon Status Bumiputera MOF

Permohonan dibuat selepas Akaun MOF diluluskan. Ia percuma tetapi memerlukan dokumen sokongan tambahan termasuk:

  • dokumen syarikat (Form 9 / 13 / S14, dll.)
  • penyata bank
  • resolusi penandatangan cek
  • perjanjian sewa / geran
  • IC pengarah
  • EPF staf
  • carta organisasi
  • pelan lokasi premis

Pihak MOF juga mungkin melakukan lawatan premis sebelum dan selepas kelulusan.

Berapa lama proses?

Biasanya sekitar tujuh hari bekerja jika semua dokumen lengkap dan tiada isu.

Permohonan Status Bumiputera hanya boleh dibuat selepas Akaun MOF didaftarkan.

maya ai powered company secretary chat assistant
Got an URGENT question?

Contact us via [email protected] or WhatsApp +60-175159832

Contact Us

    Scroll to top