Panduan Pembaharuan Lesen MOF
Untuk yang hampir tamat tempoh sah Akaun MOF, panduan ini menerangkan proses pembaharuan status anda sebagai pembekal agensi kerajaan, termasuk:
- tempoh pembaharuan
- dokumen yang diperlukan
- yuran, dan
- di mana untuk memperbaharui lesen anda
Nota: Panduan ini ditulis khusus untuk pembaharuan lesen MOF tanpa perubahan kategori—hubungi kami untuk nasihat khusus mengikut keperluan anda.
Bagi yang inginkan sumber rasmi, sila rujuk panduan penuh MOF (tapi ingat ia sangat panjang).
Jom, mulakan.
Tempoh pembaharuan MOF
Ada dua tempoh pembaharuan yang perlu diingat:
- Akaun MOF sah: Tiga bulan sebelum tarikh luput
- Akaun MOF luput: Setahun dari tarikh luput
Akaun MOF yang luput akan kembali menjadi Akaun Asas yang layak untuk kontrak bernilai RM20,000.
Untuk tempoh 12 bulan selepas tarikh luput, akaun ini masih boleh diperbaharui. Namun, selepas setahun, anda perlu buat permohonan baru untuk Akaun MOF.
Dokumen yang diperlukan
Pertama sekali, semua permohonan pembaharuan wajib disertakan:
- Borang Akuan (Declaration Form)
- Lesen berkaitan mengikut kategori yang dipohon
Selain itu, dokumen lain bergantung kepada jenis entiti perniagaan seperti berikut:
Sdn Bhd
- Memorandum dan Artikel Penubuhan / Seksyen 14 / Borang 55 (jika terhad melalui jaminan)
- Borang 32A / Seksyen 105 / Seksyen 11 (jika berkenaan)
- Penyata Tahunan terkini
- Salinan kad pengenalan pemilik / pengarah
LLP (Perkongsian Liabiliti Terhad)
- Sijil Pendaftaran
- Penyata bank perniagaan terkini / slip deposit
- Salinan kad pengenalan rakan kongsi
Enterprise (Perniagaan Tunggal / Perkongsian)
- Borang D/E*
- Borang SSM
- Penyata bank perniagaan terkini / slip deposit
- Salinan MyKad pemilik
Nota:
Ini adalah dokumen sama seperti semasa pendaftaran Akaun MOF kali pertama, cuma perlu dikemaskini untuk menunjukkan pematuhan semasa dengan keperluan MOF.
Yuran pembaharuan
Mulai Februari 2025, yuran pembaharuan adalah seperti berikut:
- RM50 untuk permohonan
- RM400 selepas permohonan diluluskan
- RM120 untuk sijil digital
Sijil digital ini sah untuk tempoh tiga (3) tahun selepas diluluskan.
Nota tambahan:
Ini hanya yuran rasmi MOF dan tidak termasuk caj tambahan jika menggunakan penyedia perkhidmatan permohonan lesen yang hebat dan luar biasa seperti MISHU!
Di mana untuk perbaharui sijil MOF anda
Anda boleh memperbaharui Akaun MOF anda dengan klik pautan ini ke portal ePerolehan.
Kebiasaannya, pembaharuan Akaun MOF diluluskan dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja, dan selepas diluluskan, Akaun MOF anda sah selama 3 tahun.
Cukup lama untuk anda lupa dan cari panduan ini sekali lagi!

Biar MISHU bantu perbaharui Akaun MOF anda
Kalau anda enggan bertekak dengan pegawai kerajaan, hubungi kami — kami berpengalaman luas membantu perniagaan perbaharui Akaun MOF mereka, dan kami sedia membantu anda!