fbpx

Syarikat Tersedia

Dapatkan syarikat yang matang dan sedia beroperasi

Nikmati tempoh persediaan yang jauh lebih pendek dan kredibiliti yang terserta dengan nama perniagaan yang sudah matang.

Shelf Company
Shelf Company What is a shelf company

Apakah Syarikat Tersedia?

Ia mempunyai beberapa nama termasuk shelf company, syarikat siap sedia atau syarikat sedia ada. Kesemuanya mempunyai maksud yang sama, iaitu sebuah syarikat berdaftar yang tidak aktif dan bertujuan untuk dijual kepada pemilik lain.

Seperti produk yang dipaparkan di rak pasar raya, Syarikat Tersedia sedia untuk dibeli serta-merta dan boleh mula beroperasi dengan pantas.

Mengapa pilih Syarikat Tersedia?

Bergantung pada jenis perniagaan, terdapat beberapa faedah membeli syarikat tersedia yang menjadikannya pilihan yang tepat.

Seperti yang kita semua tahu, memulakan dan menamatkan perniagaan lazimnya merupakan proses yang memakan masa yang dipenuhi dengan kertas kerja yang mungkin tidak semua mahu lalui. Membeli syarikat tersedia atau siap sedia bermakna pemilik boleh memulakan perniagaan mereka dengan kertas kerja yang jauh lebih sedikit untuk diuruskan. Dalam sesetengah kes, ia hampir menjadi keperluan untuk bermula dengan syarikat tersedia. Sebagai contoh, pelanggan mungkin ingin membayar dengan segera dan akaun bank sedia ada diperlukan untuk menerima pembayaran secara sah. Situasi lain yang sangat biasa ialah di mana pemilik memerlukan pinjaman untuk perniagaan mereka atau ingin membida kontrak. Dalam kes ini, membeli syarikat tersedia yang boleh dipercayai dan mantap memberikan pemilik kelebihan kerana mereka boleh menampilkan imej / kedudukan yang lebih boleh dipercayai. Dalam kebanyakan situasi, jangka hayat syarikat dan modal berbayar permulaan mewujudkan kesahihan.

Shelf Company Why a shelf company

Syarikat Tersedia VS Atas Kertas

Syarikat Tersedia dan Atas Kertas sering dianggap sama. Sebenarnya, terdapat perbezaan penting yang menjadikan Syarikat Tersedia pilihan yang sah dan berdaya maju untuk usahawan.
Syarikat Tersedia Syarikat Atas Kertas
Sebuah syarikat sah yang telah dibiarkan tidak aktif dan 'diletakkan di rak' dengan niat untuk dijual Sebuah syarikat yang berfungsi sebagai perantara untuk urusan perniagaan tanpa mempunyai sebarang aset atau menjalankan operasi penting yang tersendiri.
Disertakan dengan aset perniagaan. Lazimnya tidak memiliki sebarang aset yang bernilai.

Langkah berjaga-jaga semasa Membeli Syarikat Tersedia

Ingat: tiada pilihan tanpa risiko dalam dunia perniagaan. Syarikat tersedia datang dengan kelebihan unik, tetapi pemilik perniagaan mesti sedar tentang risiko yang sedia ada.
Legal Issues

Isu Undang-Undang

Walaupun membeli Syarikat Tersedia adalah sah. terdapat senario di mana syarikat-syarikat ini dibeli untuk niat tidak sah seperti pengelakkan cukai atau pemenerimaan dana haram.

Outstanding

Liabiliti Tertunggak

Sentiasa siasat laporan audit syarikat atau laporan pengesahan syarikat tersedia sebelum pembelian untuk memastikan ia mempunyai rekod bersih tanpa cukai tertunggak.

Kenapa Pilih MISHU?

Mudah: kami mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini dan pelbagai pilihan Syarikat Tersedia yang telah disemak dengan ketat untuk pematuhan penuh dan kedudukan kewangan yang kukuh.
Our Expertise

Kepakaran Kami

Sebagai Setiausaha Syarikat, memang tugas kami untuk meneliti butiran mana-mana perniagaan. Percayalah yang kami telah menapis perniagaan dalam senarai kami.

Our selections of shelf company

Pilihan Syarikat Tersedia Kami

Kami mengutamakan syarikat yang telah kami perbadankan sendiri manakala syarikat lain telah melalui pemeriksaan ketat dan ditapis dengan teliti sebelum diambil alih. 

FAQ

Adakah syarikat tersedia sah?

Membeli syarikat tersedia adalah sah sepenuhnya kerana perniagaan itu sendiri adalah syarikat berdaftar yang sah, cuma sudah tidak aktif.

Apa yang boleh saya lakukan dengan Syarikat Tersedia?

Syarikat Tersedia adalah sama seperti syarikat lain, jadi apa sahaja yang boleh dilakukan oleh syarikat biasa, syarikat tersedia boleh lakukan juga. Ini juga bermakna apa sahaja yang tidak boleh dilakukan oleh syarikat biasa, Syarikat Tersedia juga tidak boleh lakukan!

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan Syarikat Tersedia?

Hubungi kami untuk melihat harga terkini senarai syarikat tersedia berdasarkan keperluan anda. Setelah semuanya disahkan, proses pemindahan pemilikan syarikat yang anda inginkan adalah mudah.

Mengapa memilih Syarikat Tersedia berbanding memulakan perniagaan baharu?

Membeli syarikat tersedia memberi kelebihan kepada pemilik perniagaan apabila memohon untuk pinjaman atau ‘pitching’ sebagai syarikat yang mantap mempunyai kelayakan yang lebih baik berbanding dengan yang baru bermula.

maya ai powered company secretary chat assistant
Inginkan jawapan segera?

Emel kami di [email protected] atau WhatsApp +60-175159832

Hubungi Kami

    Powered by MISHU AI
    Maya

    Hello, I am Maya, your AI assistant. I have been trained to answer any questions about our services to make things easier and faster for you. Feel free to ask me anything!

    Dont worry, for peace of mind, a human colleague will follow up after our chat to confirm important details and offer further assistance.

    Let's get started. How can I help you today?

    Scroll to top
    Dikuasai oleh MISHU AI
    Maya

    Selamat sejahtera, saya Maya, "AI Assistant" anda. Saya telah dilatih untuk menjawab sebarang soalan tentang perkhidmatan kami untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan anda. Jangan ragu untuk bertanya kepada saya apa-apa!

    Jangan risau, rakan sekerja saya akan membuat susulan selepas sembang kami untuk mengesahkan butiran penting dan menawarkan bantuan lanjut.

    Mari kita mulakan. Bagaimana saya boleh membantu anda hari ini?