panduan lesen hiburan malam DBKL

Panduan Lesen Hiburan Malam DBKL

Golden Triangle Kuala Lumpur terkenal sebagai kawasan hiburan malam, dan jika anda ingin membuka kelab malam di sini, anda perlu dapatkan lesen hiburan malam DBKL.

Artikel berita tentang DBKL menutup kelab malam tanpa lesen
Kalau tidak…

Anda dipersilakan baca garis panduan rasmi DBKL atau hubungi kami terus.

Jika tidak, begini cara kami akan menerangkan syarat-syarat lesen ini:

  • dokumen yang diperlukan
  • keperluan premis
  • keperluan pematuhan berterusan, dan
  • yuran lesen serta deposit keselamatan

Jom mulakan.

Dokumen yang diperlukan

Untuk memohon lesen hiburan malam, anda perlu menyediakan dokumen berikut:

  • dokumen pendaftaran syarikat
  • salinan MyKad anda
  • pelan lantai atau lokasi premis
  • perjanjian sewa / beli
  • gambar berwarna dalam dan luar premis
  • gambar rakaman CCTV
  • salinan lesen premis

Setelah semua dokumen tersedia, layari portal eLesen DBKL dan hantar borang permohonan.

mbpj elesen login page

Jika ini kali pertama anda layari portal eLesen, anda perlu daftarkan akaun baru.

Syarat permohonan

Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat berikut:

  • mempunyai lesen premis dan papan tanda DBKL yang sah
  • premis anda tidak berada di kawasan perumahan atau dalam radius 100 meter dari kawasan perumahan, sekolah, hospital, tempat ibadah, atau universiti (lihat keperluan premis di bawah)
  • jika terletak di rumah, bangunan tersebut telah ditukar zon kepada kegunaan komersial
  • mendapat kelulusan daripada DBKL, Jabatan Bomba & Keselamatan, dan Polis
  • memaparkan papan tanda larangan dadah di premis

Perlu bantuan untuk penuhi keperluan ini? Hubungi kami!

Keperluan premis

DBKL menetapkan syarat tertentu yang mesti dipenuhi agar kelab malam anda diluluskan untuk beroperasi:

  • premis tidak terletak dalam 100 meter dari kawasan perumahan, sekolah, hospital, atau tempat sensitif lain
  • penggera api dan pintu kecemasan yang mencukupi
  • sistem pengudaraan berfungsi dengan baik
  • mempunyai sistem kalis bunyi berkesan dan tahap bunyi tidak melebihi 5 dBA
  • sistem CCTV berfungsi
  • pelan lantai mesti dikemukakan, dan sebarang perubahan memerlukan kelulusan DBKL
  • papan tanda jelas termasuk papan larangan dadah di semua pintu masuk

Pegawai DBKL akan memeriksa premis anda selepas permohonan dihantar dan akan memaklumkan jika ada perubahan yang perlu dilakukan.

Keperluan pematuhan berterusan

Setelah lesen hiburan malam anda diluluskan, berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi secara berterusan:

  • lesen mesti dipaparkan setiap masa semasa waktu operasi
  • persekitaran premis harus bersih dan selamat dengan peralatan yang kerap diselenggara
  • pencahayaan mencukupi, terutamanya di bilik permainan atau kawasan hiburan
  • mematuhi peraturan keselamatan kebakaran
  • peralatan kebakaran dalam keadaan baik
  • pintu masuk dan keluar tidak dikunci semasa waktu operasi
  • sistem pengudaraan diselenggara secara berkala dan berfungsi
  • kamera CCTV berfungsi
  • tangga, laluan, dan pintu keluar bebas halangan
  • sistem kalis bunyi memastikan bunyi tidak melebihi had yang dibenarkan
  • pekerja mesti berumur 18 tahun ke atas
  • pelanggan mesti berumur 21 tahun ke atas
  • premis tidak boleh beroperasi di luar waktu yang disenaraikan dalam lesen
  • tiada aktiviti tidak bermoral atau penggunaan dadah
  • penjualan alkohol memerlukan lesen jualan runcit alkohol
  • tiada penjualan alkohol kepada pelanggan bawah umur (pelanggan mesti berumur 21 tahun ke atas)
  • tiada bahan lucah dipaparkan di dalam atau luar premis
  • Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) mesti didaftarkan dan berpakaian sopan
  • tiada filem atau bahan lucah dipaparkan
  • harga makanan, minuman, dan perkhidmatan mesti dipaparkan dengan jelas

Kalau nampak macam banyak kerja, memang banyak kerja pun!

Ingat, keselamatan pelanggan adalah tanggungjawab pemilik perniagaan, dan gagal memenuhi piawaian boleh menyebabkan bukan sahaja denda dan lesen digantung, tetapi hilangan deposit keselamatan.

Yuran lesen & deposit keselamatan

Yuran dan deposit keselamatan untuk lesen hiburan malam bergantung pada saiz premis dan jenis hiburan yang disediakan.

Jenis LesenYuranDeposit Keselamatan
Muzik Live / Karaoke (hingga 12:00 AM)RM4/hariRM1,000 (untuk 50m² atau kurang)
Muzik Live / Karaoke (selepas 12:00 AM)Tambahan RM4/hariRM3,000 (51m²–200m²)
Muzik Disco/DJ (hingga 12:00 AM)RM4/hariRM5,000 (201m²–350m²)
Muzik Disco/DJ (selepas 12:00 AM)Tambahan RM10/hariRM7,000 (351m² ke atas)

Cukai Hiburan:

  • Muzik Live / Karaoke: RM0.50 setiap tempat duduk + RM50/bulan
  • Muzik Disco/DJ: RM0.50 setiap tempat duduk + RM500/bulan

Adakah anda pasti?

Sebagai sebuah firma Setiausaha Syarikat, MISHU lebihmenumpu kepada panduan untuk cara menubuhkan perniagaan, bukan sama ada ia idea yang baik (atau tidak).

Namun, sekali-sekala kami akan buat pengecualian!

Mmbuka kelab malam adalah perniagaan yang rumit, berisiko, dan memakan modal tinggi.

Ini mungkin berbaloi sekiranya pasaran sedang berkembang pesat, tetapi laporan berita tahun 2024 menunjukkan ini bukan masa terbaik untuk sektor hiburan malam di KL.

Artikel berita mengenai industri kelab malam di Malaysia yang suram pada tahun 2024
Lepak mamak minum teh tarik lagi best.

Jika anda sekadar ingin meneroka idea perniagaan yang berpotensi, lihat senarai 25 idea perniagaan kecil kami— (pada pendapat kami) pilihan yang lebih selamat untuk dimulakan.

Namun begitu, jika anda tekad untuk membuka kelab malam di Kuala Lumpur, kami harap panduan ini membantu, dan anda tahu kami sentiasa di sini untuk membantu anda kan?

Biar MISHU uruskan permohonan lesen hiburan DBKL anda

Pasukan kami berpengalaman luas membantu pemilik perniagaan berurusan dengan pihak pelesenan DBKL – hubungi kami untuk bantuan!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top