8 Soalan Lazim Lesen Minumam Keras Di Malaysia
Walaupun Malaysia adalah negara majoriti Muslim, golongan bukan Muslim bebas menjalani kehidupan mengikut kehendak mereka sendiri, termasuk aktiviti rekreasi seperti minum alkohol.

Di mana ada permintaan, di situ ada pembekal, dan dalam artikel ini, kami menjawab lapan soalan utama mengenai cara memohon lesen arak yang berbeza di Malaysia.
Jom mulakan.
Isi Kandungan
- 1. Apa jenis-jenis lesen alkohol di Malaysia?
- 2. Apa syarat dapatkan lesen minuman keras?
- 3. Berapakah kos lesen alkohol?
- 4. Bolehkah lesen alkohol dipohon secara dalam talian?
- 5. Di manakah boleh borang mohon lesen alkohol didapati?
- 6. Apakah proses mohon lesen alkohol DBKL?
- 7. Adakah lesen wajib untuk jual bir di Malaysia?
- 8. Apa proses mohon lesen bar di Malaysia?
- Izinkan MISHU uruskan permohonan lesen minuman keras anda
1. Apa jenis-jenis lesen alkohol di Malaysia?
Tiga lesen alkohol yang paling relevan untuk pengendali perniagaan kecil adalah:
- Runcit: Untuk peruncit yang menjual alkohol kepada pengguna akhir untuk minuman di luar premis.
- Boros: Untuk pemborong yang menjual alkohol kepada peruncit dan pemborong lain.
- Rumah Awam: Untuk premis F&B yang menyajikan alkohol untuk minuman di premis.
Ketiga-tiga lesen ini dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di daerah alamat perniagaan anda.
Lesen-lesen ini bergantung kepada aktiviti perniagaan anda – contohnya, bar yang menjual alkohol untuk minuman dalam premis dan juga untuk dibawa pulang perlu dapatkan lesen Rumah Awam dan Runcit.
Pihak Berkuasa Tempatan yang berbeza mempunyai yuran dan keperluan yang berbeza, jadi pastikan anda mengesahkan butiran tersebut dengan mereka – atau izinkan kami uruskannya!
2. Apa syarat dapatkan lesen minuman keras?
Sekali lagi, keperluan khusus berbeza mengikut daerah, tetapi secara am, anda perlu memenuhi empat syarat untuk layak mendapatkan lesen menjual alkohol.
1. Mempunyai entiti perniagaan berdaftar
Tiada sekatan ke atas jenis entiti perniagaan, jadi pemilik perniagaan boleh memilih antara yang berikut:
- Pemilikan Enterprise
- Perkongsian Konvensional
- Perkongsian Liabiliti Terhad, atau
- Syarikat Sendirian Berhad
Jika anda tidak pasti entiti mana yang paling sesuai dengan matlamat anda, perbandingan struktur perniagaan PKS kami mungkin berguna 🙂
2. Mempunyai premis yang sesuai
Premis runcit dan borong yang menjual alkohol tidak boleh terletak di kawasan berikut:
- berhampiran institusi agama, sekolah, kawasan kediaman, dan pusat komuniti.
- premis perniagaan di bawah bangunan kediaman berbilang keluarga seperti kondominium
- kawasan yang diketahui sebagai hotspot jenayah
Selain itu, premis borong alkohol mesti beroperasi dari kawasan perindustrian yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Akta Eksais 1976.
3. Surat kelulusan dari agensi tempatan
Premis anda mesti mendapat surat kelulusan daripada:
- Jabatan Polis Daerah
- Jabatan Kastam
- Jabatan Kesihatan, dan
- Majlis Tempatan
Dua perkara yang perlu anda ketahui:
- Terpulang kepada budi bicara mereka untuk memeriksa premis secara fizikal dan menemubual pemilik perniagaan sebelum memberikan kelulusan.
- Setiap agensi mempunyai masa tertentu untuk memproses semua permohonan baharu – biasanya sekali setiap tiga hingga empat bulan.
Anda boleh dan patut memohon kepada setiap agensi serentak untuk keputusan yang paling cepat!
4. Tiada pemegang saham / pemilik / rakan kongsi Muslim
Ini mungkin sudah jelas, tetapi orang Islam di Malaysia dilarang memiliki perniagaan yang menyajikan atau menjual alkohol.
Selain itu, semua pemegang saham, rakan kongsi, dan pemilik mestilah sekurang-kurangnya 21 tahun.
3. Berapakah kos lesen alkohol?
Tiada jawapan pasti kerana kadar berbeza dengan ketara antara Pihak Berkuasa Tempatan!
Contohnya, Lesen Alkohol Runcit di Selangor kini berharga RM840 manakala lesen yang sama di Batu Gajah berharga RM180!
Tiada jaminan bahawa sumber di Internet masih tepat, jadi sebaik-baiknya hubungilah Pihak Berkuasa Tempatan anda.
Secara umum, bersedia untuk bayar sehingga RM1,000 untuk setiap lesen, sah untuk satu tahun, selepas itu ia mesti diperbaharui pada kadar yang sama.
4. Bolehkah lesen alkohol dipohon secara dalam talian?
Malangnya, ini juga bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan!
Sesetengah seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membenarkan permohonan dalam talian melalui portal e-LESEN mereka.
Pihak Berkauasa lain, terutamanya di kawasan luar bandar, mungkin memerlukan penyerahan fizikal.
5. Di manakah boleh borang mohon lesen alkohol didapati?
Lawati portal web rasmi Pihak Berkuasa Tempatan anda dan lakukan carian atau hubungi talian khidmat pelanggan mereka.
6. Apakah proses mohon lesen alkohol DBKL?
Kami sediakan jawapan khusus buat DBKL kerana pasukan MISHU sering membantu pemilik perniagaan berurusan dengan meerka.
Proses permohonan lesen alkohol DBKLmempunyai empat langkah utama:
- Daftarkan entiti perniagaan
- Cari premis yang memenuhi keperluan DBKL
- Dapatkan surat kelulusan daripada Polis, Kesihatan, Kastam, dan Majlis tempatan anda.
- Hantar permohonan Lesen Alkohol anda melalui portal pelesenan DBKL, termasuk surat kelulusan dan butiran perniagaan anda sebagai dokumen sokongan.
Jangkakan proses kelulusan mengambil masa beberapa bulan dan yuran sekitar RM1,000 setiap lesen.
7. Adakah lesen wajib untuk jual bir di Malaysia?
Ya, dan bergantung kepada bagaimana anda menjualnya, anda mungkin memerlukan lesen yang berbeza:
- Menjual kepada pengguna akhir untuk diminum di premis (contohnya bar) perlukan Lesen Rumah Awam.
- Menjual kepada pengguna akhir untuk dibawa pulang (contohnya kedai serbaneka) perlukan Lesen Runcit.
- Menjual kepada peruncit dan pemborong lain perlukan Lesen Borong
Ketiga-tiga lesen ini dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di daerah alamat perniagaan anda berada, dan tertakluk kepada pelbagai keperluan premis dan pemilikan.
8. Apa proses mohon lesen bar di Malaysia?
Langkah-langkah ini terpakai di mana sahaja anda ingin menubuhkan bar anda:
- Sediakan dokumentasi untuk permohonan (menjalani pemeriksaan / temuduga).
- Iklankan pelan perniagaan anda di surat khabar
- Hantar permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan anda. Jika semuanya teratur, anda akan mendapat lesen anda, sah untuk satu tahun.
Nota: Jika ada bantahan dari orang awam, anda tidak akan diberikan lesen bar, jadi pastikan anda pilih lokasi yang sesuai.
Juga, sebuah bar akan perlukan berbagai-bagai lesen lain – lihat panduan kami mengenai lesen untuk premis F&B di Malaysia!
Izinkan MISHU uruskan permohonan lesen minuman keras anda
Perlukan bantuan dengan urusan Pihak Berkuasa Tempatan dan menyusun dokumentasi untuk memohon lesen alkohol anda? Pasukan kami sedia membantu – hubungi kami hari ini!