Panduan Pelan Lantai Premis Untuk Permohonan Lesen Perniagaan

Panduan Pelan Lantai Premis Untuk Permohonan Lesen Perniagaan

Setahu kami, tiada Pihak Berkuasa Tempatan yang telah terbitkan panduan rasmi pelan lantai permis untuk permohonan lesen premis atau komposit.

Patutlah kami sentiasa ditanya oleh pemilik perniagaan jika mereka boleh lukis pelan sendiri!

gambar kartun dengan pensel sebagai jenaka pemilik perniagaan yang ingin lukis pelan lantai premis sendiri
Jawapannya tak boleh 🙂

Lantas, kami telah sediakan penerangan ini untuk bantu pemilik perniagaan faham serba sedikit:

  • apa sebenarnya pelan lantai ni
  • bila ia diperlukan, dan
  • siapa yang boleh menyediakannya

Dengan ini, mereka yang menguruskan permohonan lesen sendiri akan tahu apa yang diperlukan.

Dan sudah tentu, yang tak nak buat apa-apa boleh minta kami uruskannya buat anda 😉

Jom, mulakan.

Apa sebanarnya pelan lantai premis

Dalam konteks lesen PBT, pelan lantai premis adalah antara dokumen sokongan yang wajib disertakan apbila membuat permohonan.

Ini adalah contoh pelan lantai premis yang kami perolehi bagi klien semasa uruskan permohonan mereka:

contoh pelan lantai premis untuk permohonan lesen komposit pbt

Agar tiada pembaca yang keliru, ‘pelan lantai premis’ tidak sama dengan ‘pelan lokasi premis’, iaitu dokumen sokongan berasingan yang disertakan sebagai tangkapan gambar Google Maps seperti ini:

contoh pelan lokasi premis untuk tunjukkkan perbezaan dengan pelan lantai premis
5 saat dah siap.

Malangnya, pelan lantai tidak semudah ini!

Bila pelan lantai wajib disertakan

Ia diperlukan apabila premis dalam permohonan mempunyai dinding pemisah (partition) tambahan yang tidak dibina oleh jurutera asal yang membina bangunan tersebut.

contoh dinding pemisah
Kalau premis ada ni, kena hantar pelan lantai.

Situasi paling kerap di mana ini berlaku adalah apabila:

  • anda ingin mengubahsuai premis untuk kegunaan perniagaan anda
  • premis telah diubahsuai oleh pemilik atau penyewa sebelumnya

Dalam kes-kes ini, pelan lantai premis perlu dihantar kepada Jabatan Kawalan Bangunan PBT anda untuk mendapat kelulusan sebelum kerja pengubahsuian boleh bermula dan lesen dikeluarkan.

Siapa boleh sediakan pelan lantai

Pihak Berkuasa Tempatan hanya menerima lakaran arkitek yang berdaftar dan berlesen, dan semua lakaran wajib menyatakan nama arkitek dan firma yang menyediakannya.

Walaupun anda fasih dengan perisian CAD, melainkan jika anda arkitek berdaftar, permohonan anda akan ditolak. Apabila MISHU kendalikan permohonan untuk klien, kami pun perlu berurusan dengan arkitek!

hq pertubuhan arkitek malaysia
Kalau tak tahu ni apa, tak boleh lukis pelan.

Mujurnya, untuk cari arkitek sesuai tak susah – cuma pastikan mereka tahu syarat khusus PBT anda (contohnya skala dan unit ukuran yang dikehendaki berbeza)

Dan kalau nak bantuan permohonan lesen penuh, dipersilakan hubungi kami 🙂

Biar MISHU uruskan permohonan lesen PBT anda

Jika anda tiada masa untuk menyemak borang dan menyerahkan dokumen, kami telah bantu banyak perniagaan menguruskan permohonan lesen PBT mereka, dan kami sedia menolong anda juga.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top