Panduan Kelulusan Papan Tanda Dewan Bahasa & Pustaka

Panduan Kelulusan Papan Tanda Dewan Bahasa & Pustaka

Buat perniagaan di Malaysia yang uruskan permohonan lesen papan tanda sendiri, kelulusan penggunaan Bahasa Melayu Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) adalah dokumen sokongan yang wajib disertakan.

Berikut ialah contoh sijil DBP yang anda serahkan kepada PBT:

contoh sijil kelulusan papan tanda DBP

Memandangkan nak dapatkan kelulusan tak rumit, kami telah sediakan panduan ringkas ini dengan pautan ke sumber DBP.

Begini cara kami menerangkannya:

  • syarat-syarat papan tanda DBP
  • yuran dan garis masa
  • cara menghantar reka bentuk anda, dan
  • langkah seterusnya

NOTA: Kerana papan tanda segi empat tepat yang digantung di atas / luar premis adalah yang paling biasa, panduan kami khusus untuk papan tanda jenis ini saja, jadi hubungi kami jika ada soalan tentang iklan lain!

Jom, mulakan.

Syarat-syarat papan tanda DBP

Dewan Bahasa & Pustaka menggunakan Garis Panduan Reka Bentuk Papan Tanda Premis Perniagaan 2018 untuk menilai papan tanda anda.

Garis Panduan Reka Bentuk Papan Tanda Premis Perniagaan 2018

Kami menggalakkan anda membaca garis panduan ini kerana DBP bukan sahaja menilai bahasa lahiriah, tetapi penggunaannya dalam konteks, dan ini iempunyai implikasi penting termasuk:

  • bahasa mestilah tepat dari segi ejaan dan tatabahasa
  • jika lebih daripada satu bahasa, Bahasa Melayu lebih besar dan diletakkan dengan lebih jelas
  • kata nama khas seperti nama sebenar perniagaan anda boleh dipaparkan dalam bahasa lain tanpa diterjemahkan
  • visual dan kandungan pada papan tanda mestilah jelas dan sepadan
  • tiada unsur tidak senonoh atau tidak sensitif terhadap kaum

Berikut ialah contoh papan tanda yang mematuhi garis panduan meskipun mempunyai tiga bahasa berlaininan.

contoh papan tanda yang patuh dengan syarat DBP

Lebih hampir reka bentuk anda dengan contoh ini, lebih tinggi peluang anda untuk diluluskan oleh DBP.

Yuran & garis masa

DBP mengenakan yuran permohonan RM30 yang tidak boleh dikembalikan, jadi jika penyerahan anda ditolak, anda perlu membayar semula.

Berkenaan garis masa, panduan rasmi mereka menyatakan tiga hari bekerja, tetapi dalam pengalaman kami, ia boleh mengambil masa sehingga seminggu jika jumlah permohonan tinggi.

Cara menyerahkan reka bentuk papan tanda

Semua penyerahan, pembayaran dan pencetakan sijil dilakukan di DBP Sah Bahasa.

DBP sah bahasa laman utama

Pemohon kali pertama perlu mendaftar akaun, dan kami hanya akan memautkan kepada beberapa panduan rasmi DBP untuk itu:

Dari sini, langkah-langkah seterusnnya agak jelas, termasuk membuat pembayaran.

Jika reka bentuk anda diluluskan, anda akan menerima notis berikut melalui e-mel.

pemberitahuan e-mel kelulusan papan tanda dbp

Setelah mendapat emel ini, kembali ke portal DBP Sah Bahasa untuk memuat turun sijil anda dan teruskan dengan permohonan lesen PBT anda.

Langkah seterusnya

Bergantung pada tahap persediaan pra-permohonan lesen anda, panduan berikut mungkin berguna untuk anda:

Itu sahaja daripada kami, dan kami mendoakan agar permohonan anda lancar 🙂

Biar MISHU uruskan kelulusan papan tanda DBP anda

Pasukan permohonan lesen perniagaan kami telah membantu ratusan perniagaan dapatkan lesen premis dan papan tanda daripada Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia, dan kami sedia bantu anda juga!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top