panduan buka perniagaan dalam talian dari rumah di malaysia

Panduan Perniagaan Dalam Talian Dari Rumah Di Selangor

Panduan ini menerangkan selengkapnya apa yang perlu disediakan jika anda tinggal di Selangor dan ingin memulakan perniagaan dalam talian dari alamat kediaman.

Bendera Selangor
Jangan bagitau negeri lain, tapi Selangor kegemaran kami 😀

Untuk ketelusan sepenuhnya, artikel kami adalah ringkasan Garis Panduan Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan Dalam Talian kerajaan Selangor. Terpulang kepada anda yang mana anda ingin baca.

Begini cara kami menerangkannya:

  • Aktiviti perniagaan yang dibenarkan dan dilarang
  • Keperluan operasi dan keluasan lantai
  • Proses permohonan lesen dan yuran, dan
  • Syarat papan tanda

Jom mulakan.

Aktiviti perniagaan yang dibenarkan

Kerana senarai ini agak panjang, kami telah bahagikannay kepada perniagaan berasaskan perkhidmatan dan produk.

Perniagaan berasaskan perkhidmatan

  • Pejabat pengurusan, pentadbiran, dan pemasaran
  • Menjahit pakaian (dengan kawalan terhadap bilangan mesin)
  • Menggunting rambut
  • Penghantaran hadiah
  • Pengajaran, kursus, dan konsultasi
  • Urutan, bekam, dan penjagaan selepas bersalin
  • Pusat tuisyen dan kelas agama
  • Percetakan (brosur, kad perniagaan, pelekat, pakaian, dan lain-lain)
  • Kraftangan dan perkhidmatan hiasan (bunga, coklat, hadiah, dan lain-lain)
  • Studio seperti salon kecantikan dan lain-lain
  • Rawatan kecantikan
  • Teknologi, multimedia, fotografi, dan video

Perniagaan berasaskan produk

Barang komputer/telekomunikasi/video/elektrik/elektronik

  • Telekomunikasi termasuk telefon, telefon bimbit, telefon pintar, tablet, dan aksesori berkaitan
  • Peralatan teknologi dan multimedia termasuk komputer peribadi, komputer riba, pencetak, pengimbas, pembesar suara, dan aksesori
  • Permainan elektronik, permainan video, dan aksesori
  • Peralatan muzik, fotografi, dan video
  • Peralatan elektrik, elektronik, dan aksesori

Barang kecantikan dan kesihatan

  • Peralatan kosmetik (ejen/pengedar)
  • Produk kecantikan (ejen/pengedar)
  • Barangan kebersihan peribadi seperti minyak wangi, sabun, ubat gigi, dan lain-lain
  • Vitamin dan makanan kesihatan (ejen/pengedar)

Barang tekstil dan pakaian

  • Pakaian siap pakai dan aksesori pakaian
  • Tekstil termasuk semua jenis kain
  • Barang kemas
  • Tali pinggang, topi, jam tangan, dan beg
  • Kasut, selipar, sandal, dan barangan seumpamanya
  • Cermin mata, kanta, dan aksesori
  • Semua jenis aksesori barang kemas lelaki dan wanita

Aksesori kenderaan

  • Semua aksesori motosikal, kereta, dan kenderaan seumpamanya yang berskala kecil untuk tujuan bekalan sahaja (pembaikan dan pemasangan tidak dibenarkan).

Barang bayi dan kanak-kanak

  • Semua barang dan aksesori untuk bayi dan kanak-kanak, seperti susu, lampin, mainan, produk mandi, botol susu, botol air, katil bayi, kereta sorong, dan kerusi kereta.

Alat tulis dan bahan bacaan

  • Bahan bacaan dan aksesori seperti buku, majalah, aplikasi pembelajaran, dan lain-lain
  • Alat tulis dan barangan seumpamanya

Barang pertanian

  • Bunga, pokok, dan tumbuhan berskala kecil, baja, pasu, benih, dan racun serangga

Keperluan harian

  • Barang runcit (berskala kecil)
  • Keperluan harian

Barang Hobi dan Sukan

  • Peralatan memancing, sukan, dan kecergasan
  • Basikal dan aksesori basikal

Aktiviti perniagaan yang dilarang

Perniagaan ini memerlukan premis komersial kerana melibatkan aktiviti yang berbahaya atau menghasilkan pencemaran bunyi dan cahaya yang kuat.

  • Pembaikan kenderaan
  • Menukar rumah menjadi bilik pameran
  • Jualan langsung (runcit atau pelanggan masuk) seperti mendirikan meja jualan
  • Penggunaan peralatan mekanikal berat
  • Peralatan yang menghasilkan habuk, bunyi, bau, dan sebagainya
  • Jualan dan penyimpanan haiwan peliharaan (untuk tujuan jualan)
  • Jualan/penyimpanan senjata api, minuman beralkohol, rokok, dan barangan seumpamanya
  • Jualan barangan terkawal/berjadual
  • Jualan barangan mudah terbakar, bahan kimia, dan gas
  • Jualan barangan yang mudah rosak yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar
  • Penyimpanan stok berlebihan yang menjadikan premis kediaman seperti stor atau gudang
  • Memaparkan sebarang bentuk iklan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan

Keperluan operasi dan keluasan lantai

Selain perlu didaftarkan sebagai Enterprise atau Sdn Bhd, perniagaan dalam talian yang beroperasi dari kediaman mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Dilaksanakan sepenuhnya dalam talian menggunakan saluran dalam talian untuk pemasaran.
  • Berskala kecil dan tidak menyimpan stok yang memerlukan ruang simpanan di luar kediaman.
  • Tidak menimbulkan masalah kesihatan persekitaran, gangguan trafik, atau kekacauan awam.
  • Masih kelihatan seperti rumah kediaman dan tidak menyerupai premis perniagaan.

Ini berkait rapat dengan syarat keluasan lantai yang mesti dipatuhi, iaitu hanya menggunakan maksimum 25% daripada jumlah keluasan lantai kediaman untuk perniagaan.

Semasa menghantar permohonan, anda perlu menyertakan pelan lantai kediaman yang menandakan bahagian 25% yang diperuntukkan untuk perniagaan.

Pelan lantai dengan 25% ruang untuk perniagaan dalam talian dari rumah di Selangor

Anda juga perlu menyediakan gambar bahagian luar rumah dari hadapan serta bahagian dalam rumah.

Gambar luar dan dalam untuk permohonan lesen perniagaan dalam talian dari rumah

Proses permohonan, dokumen, dan yuran

Semua permohonan perlu dilakukan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) anda seperti DBKL, MBPJ, atau MBSJ.

12 langkah proses permohonan lesen

Setiap PBT mempunyai syarat tertentu, tetapi proses permohonan untuk semuanya lebih kurang sama, iaitu:

LangkahPenerangan
1Hantar permohonan kepada Jabatan Pelesenan PBT
2PBT menyemak borang permohonan dan dokumen
3PBT memaklumkan pemohon tentang permohonan yang lengkap / tidak lengkap
4Pertimbangan Lesen Sementara
5Semakan oleh Jabatan Teknikal
6Lesen Sementara dikeluarkan
7Semakan dan pemantauan proses
8PBT menjalankan pemeriksaan premis
9Penyediaan kertas pertimbangan
10Pertimbangan Lesen Perniagaan
11Lesen Perniagaan dikeluarkan

Contoh lesen yang sah untuk perniagaan dalam talian berasaskan rumah di Selangor:

Gambar contoh lesen yang sah untuk perniagaan dalam talian berasaskan rumah

Dokumen yang diperlukan

Anda perlu menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada Jabatan Pelesenan PBT anda:

  • Borang permohonan yang lengkap (tertakluk kepada kaedah PBT anda)
  • Salinan MyKad/ Pasport
  • Salinan pendaftaran SSM yang sah
  • Salinan pemilikan premis (dokumen cukai/ geran/ perjanjian jual beli/ perjanjian penyewaan yang disetemkan)
  • Gambar bahagian luar dan dalam premis
  • Tangkapan skrin platform/ saluran dalam talian yang digunakan untuk menjalankan perniagaan
  • Surat kelulusan daripada JMB/ MC (jika berkenaan)

Yuran lesen

Malangnya, kerana setiap PBT menentukan yuran lesen masing-masing, kami tidak dapat memberikan angka tepat kerana ia berbeza mengikut kawasan.

Selangor ni negeri yang besar!

Logo PBT di Selangor

Untuk mengetahui yuran pelesenan, hubungi talian khidmat pelanggan PBT anda atau hantar mesej kepada pasukan kami untuk meminta pertolongan.

Berikut adalah direktori pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan dalam Selangor.

Syarat papan tanda

Setelah diberikan lesen perniagaan, anda boleh memohon untuk memasang papan tanda tidak bercahaya.

Berikut adalah contoh papan tanda dengan dan tanpa pencahayaan:

Papan tanda tidak bercahaya.
Papan tanda bercahaya.
example of signboard without lights
Papan tanda tidak bercahaya.

Selain itu, papan tanda anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Saiz tidak melebihi satu (1) meter persegi
  • Penggunaan Bahasa Melayu diutamakan, dan
  • Tiada visual lain kecuali maklumat/nama perniagaan

Kelulusan tertakluk kepada prosedur dan peraturan PBT masing-masing, dan kerajaan negeri tidak mengenakan yuran untuk ini.

Izinkan MISHU bantu daftar pernigaan anda

Pasukan kami sedia membantu anda mendaftarkan syarikat atau Enterprise baharu, mendapatkan maklumat tentang proses dan yuran Pihak Berkuasa Tempatan khusus, serta memohon lesen perniagaan yang diperlukan bagi pihak anda.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to top