panduan lengkap cara buka restoran baharu di malaysia

Panduan Lengkap Membuka Restoran Di Malaysia

Sama ada gerai ayam penyet tepi jalan atau restoran makanan laut lima bintang, proses dan lesen yang diperlukan untuk membuka bisnes F&B di Malaysia lebih kurang serupa sama.

Malangnya, kami ada berita yang kurang baik.

Coretan-coretan berserabut — menunjukkan betapa sukarnya untuk memahami cara membuka restoran di Malaysia bagi pemilik perniagaan baharu.
Pupa prosesnya apabila nak buka restoran pertama.

Oleh itu, kami telah menulis panduan ini untuk menerangkan selok-belok penubuhan bisnes F&B di Malaysia bagi warnanegara Malaysia dan juga warga asing.

Begini cara kami akan terangkannya:

  • Memilih entiti perniagaan
  • Lesen wajib
  • Langkah-langkah proses permohonan
  • Pelawaan untuk dapatkan bantuan kami!

Jom mulakan.

Memilih entiti perniagaan

Panduan ini ditulis untuk membantu usahawan yang masih baharu, jadi pembaca yang sudah tahu tentang topik ini boleh terus ke bahagian lesen F&B.

Bagi pembaca yang baharu kepada dunia perniagaan, anda akan perlukan entiti perniagaan untuk memohon lesen dan mengendalikan restoran anda.

Restoran Haram Dirobohkan Oleh DBKL Sebagai Amaran Untuk Mendapatkan Lesen Restoran DBKL
Jangan kata kami tak bagi amaran!

Perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia mempunyai empat pilihan struktur perniagaan:

  • Enterprise
  • Perkongsian Konvensional
  • Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), dan
  • Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Warga asing terhad kepada PLT dan Sdn Bhd, manakala warga Malaysia bebas memilih satu daripada empat pilihan tersebut.

Jadual di bawah membandingkan setiap entiti dengan ringkas.

:

KriteriaSdn BhdPLTPerkongsian KonvensionalPerusahaan Tunggal
Kos PenubuhanTertinggiTinggiRendahRendah
PemilikPemegang saham memiliki ‘saham’ dalam syarikatRakan kongsi memiliki bahagian dalam keuntungan PLTRakan kongsi memiliki perniagaan secara langsungPemilik tunggal memiliki perniagaan secara langsung
Bilangan PemilikMinimum 2, maksimum 50Minimum 2, tiada had maksimum2 hingga 20 rakan kongsi (kecuali industri tertentu)Seorang
Liabiliti untuk Hutang PerniagaanEntiti perniagaanEntiti perniagaanPemilikPemilik
Cukai KeuntunganCukai korporat (15-24%)Cukai korporat (15-24%)Cukai pendapatan peribadi (0-30%)Cukai pendapatan peribadi (0-30%)
Keperluan PematuhanTertinggiTinggiRendahPaling rendah

Berikut adalah perkara penting yang perlu diambil perhatian:

  • Sdn Bhd dan PLT mempunyai kos lebih tinggi tetapi melindungi pemilik daripada hutang perniagaan.
  • Perkongsian Konvensional dan Perusahaan Tunggal mempunyai kos lebih rendah tetapi pemilik bertanggungjawab sepenuhnya untuk hutang perniagaan (harta peribadi boleh dirampas untuk membayar pemiutang).
  • Kadar cukai pendapatan korporat untuk Sdn Bhd dan PLT bermakna cukai lebih tinggi untuk keuntungan lebih rendah tetapi cukai lebih rendah pada tahap keuntungan yang lebih tinggi.

Kami mempunyai panduan khusus mengenai topik ini untuk yang berminat:

Lesen perniagaan F&B wajib

Berikut adalah pelbagai lesen yang perlu dipohon sebelum beroperasi sebagai restoran:

Jenis LesenBadan PengeluarKeperluanTempoh SahMasa Menunggu
Lesen Premis & Papan TandaPihak Berkuasa Tempatan (PBT)Pendaftaran perniagaan (SSM), kursus pengendalian makanan yang disahkan KKM, suntikan tifoid, pemeriksaan premis oleh PBT1 tahun2–4 minggu
Lesen Alkohol Rumah AwamPihak Berkuasa TempatanTemuduga polis, jarak premis dari masjid, sekolah, dan kawasan Muslim1 tahunBerbeza
Sijil HalalJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Pemeriksaan premis, ujian makmal sampel (jika perlu), tiada alkohol dibenarkan di premis2 tahunBerbeza
Lesen Muzik dan HiburanMusic Authors Copyright Protection (MACP) BerhadLesen untuk memainkan muzik hak cipta (Lesen MACP) dan lesen berasingan untuk persembahan langsung (Lesen Persembahan Awam)1 tahunBerbeza
Lesen Borong, Runcit, & Perdagangan (WRT)Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN)Perniagaan milik asing (lebih 50%)2 tahun1–3 bulan
Lesen Tempat Letak Kereta PersendirianPihak Berkuasa TempatanPelan susunan tempat letak kereta, pemeriksaan tempat letak keretaBerbezaBerbeza
Sijil Pengendalian MakananPenyedia latihan yang diiktirafUntuk setiap pengendali makananSeumur hidupTujuh hari bekerja

Mari kita jawab soalan-soalan umum yang sering kami terima mengenai topik ini, bermula dengan yang paling kerap 🙂

Berapakah kos lesen-lesen ini?

Kami tidak berani menyertakan kos dalam panduan kami kerana yuran lesen premis dan papan tanda berbeza mengikut daerah dan mustahil untuk senaraikan semua kawasan di Malaysia!

Namun, berdasarkan pengalaman kami, tanpa mengira lokasi:

  • Kos lesen untuk restoran milik tempatan akan kurang daripada RM10,000
  • Untuk restoran milik asing, ia akan melebihi RM10,000 kerana lesen WRT

Apakah Pihak Berkuasa Tempatan?

Pihak Berkuasa Tempatan adalah majlis tempatan yang menetapkan garis panduan kebersihan dan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh perniagaan yang beroperasi di suatu daerah.

Logo Pihak Berkuasa Tempatan PBT di Selangor
Nampak macam iklan Power Rangers.

Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab untuk mengeluarkan:

  • Permit premis dan papan tanda
  • Lesen alkohol (jika berkenaan), dan
  • Permit tempat letak kereta persendirian

Bagi yang ingin membuka restoran di Kuala Lumpur, sila baca panduan lesen restoran DBKL kami.

Muzik apa boleh dimainkan di restoran tanpa lesen?

Kami rasa pilihan kamu terhad kepada muzik bebas royalti sahaja.

Lesen muzik diperlukan setiap kali anda mengawal senarai main atau mempunyai senarai muzik yang akan dimainkan di kedai anda.

Sign karaoke untuk menunjukkan perniagaan makanan dengan malam karaoke
Doesn’t matter how badly your customers sing.

Panduan Lengkap Membuka Restoran Di Malaysia

Sama ada gerai ayam penyet tepi jalan atau restoran makanan laut lima bintang, proses dan lesen yang diperlukan untuk membuka bisnes F&B di Malaysia lebih kurang serupa sama.

Malangnya, kami ada berita yang kurang baik.

Coretan-coretan berserabut — menunjukkan betapa sukarnya untuk memahami cara membuka restoran di Malaysia bagi pemilik perniagaan baharu.
Pupa prosesnya apabila nak buka restoran pertama.

Oleh itu, kami telah menulis panduan ini untuk menerangkan selok-belok penubuhan bisnes F&B di Malaysia bagi warnanegara Malaysia dan juga warga asing.

Begini cara kami akan terangkannya:

  • Memilih entiti perniagaan
  • Lesen wajib
  • Langkah-langkah proses permohonan
  • Pelawaan untuk dapatkan bantuan kami!

Jom mulakan.

Memilih entiti perniagaan

Panduan ini ditulis untuk membantu usahawan yang masih baharu, jadi pembaca yang sudah tahu tentang topik ini bolehbkan perlukan entiti perniagaan untuk memohon lesen dan mengendalikan restoran anda.

Restoran Haram Dirobohkan Oleh DBKL Sebagai Amaran Untuk Mendapatkan Lesen Restoran DBKL
Jangan kata kami tak bagi amaran!

Perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia mempunyai empat pilihan struktur perniagaan:

  • Enterprise
  • Perkongsian Konvensional
  • Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), dan
  • Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Warga asing terhad kepada PLT dan Sdn Bhd, manakala warga Malaysia bebas memilih satu daripada empat pilihan tersebut.

Jadual di bawah membandingkan setiap entiti dengan ringkas.

:

KriteriaSdn BhdPLTPerkongsian KonvensionalPerusahaan Tunggal
Kos PenubuhanTertinggiTinggiRendahRendah
PemilikPemegang saham memiliki ‘saham’ dalam syarikatRakan kongsi memiliki bahagian dalam keuntungan PLTRakan kongsi memiliki perniagaan secara langsungPemilik tunggal memiliki perniagaan secara langsung
Bilangan PemilikMinimum 2, maksimum 50Minimum 2, tiada had maksimum2 hingga 20 rakan kongsi (kecuali industri tertentu)Seorang
Liabiliti untuk Hutang PerniagaanEntiti perniagaanEntiti perniagaanPemilikPemilik
Cukai KeuntunganCukai korporat (15-24%)Cukai korporat (15-24%)Cukai pendapatan peribadi (0-30%)Cukai pendapatan peribadi (0-30%)
Keperluan PematuhanTertinggiTinggiRendahPaling rendah

Berikut adalah perkara penting yang perlu diambil perhatian:

  • Sdn Bhd dan PLT mempunyai kos lebih tinggi tetapi melindungi pemilik daripada hutang perniagaan.
  • Perkongsian Konvensional dan Perusahaan Tunggal mempunyai kos lebih rendah tetapi pemilik bertanggungjawab sepenuhnya untuk hutang perniagaan (harta peribadi boleh dirampas untuk membayar pemiutang).
  • Kadar cukai pendapatan korporat untuk Sdn Bhd dan PLT bermakna cukai lebih tinggi untuk keuntungan lebih rendah tetapi cukai lebih rendah pada tahap keuntungan yang lebih tinggi.

Kami mempunyai panduan khusus mengenai topik ini untuk yang berminat:

Dokumen wajib lesem F&B

Berikut adalah pelbagai lesen yang perlu dipohon sebelum beroperasi sebagai restoran:

Jenis LesenBadan PengeluarKeperluanTempoh SahMasa Menunggu
Lesen Premis & Papan TandaPihak Berkuasa Tempatan (PBT)Pendaftaran perniagaan (SSM), kursus pengendalian makanan yang disahkan KKM, suntikan tifoid, pemeriksaan premis oleh PBT1 tahun2–4 minggu
Lesen Alkohol Rumah AwamPihak Berkuasa TempatanTemuduga polis, jarak premis dari masjid, sekolah, dan kawasan Muslim1 tahunBerbeza
Sijil HalalJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Pemeriksaan premis, ujian makmal sampel (jika perlu), tiada alkohol dibenarkan di premis2 tahunBerbeza
Lesen Muzik dan HiburanMusic Authors Copyright Protection (MACP) BerhadLesen untuk memainkan muzik hak cipta (Lesen MACP) dan lesen berasingan untuk persembahan langsung (Lesen Persembahan Awam)1 tahunBerbeza
Lesen Borong, Runcit, & Perdagangan (WRT)Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN)Perniagaan milik asing (lebih 50%)2 tahun1–3 bulan
Lesen Tempat Letak Kereta PersendirianPihak Berkuasa TempatanPelan susunan tempat letak kereta, pemeriksaan tempat letak keretaBerbezaBerbeza
Sijil Pengendalian MakananPenyedia latihan yang diiktirafUntuk setiap pengendali makananSeumur hidupTujuh hari bekerja

Mari kita jawab soalan-soalan umum yang sering kami terima mengenai topik ini, bermula dengan yang paling kerap 🙂

Berapakah kos lesen-lesen ini?

Kami tidak berani menyertakan kos dalam panduan kami kerana yuran lesen premis dan papan tanda berbeza mengikut daerah dan mustahil untuk senaraikan semua kawasan di Malaysia!

Namun, berdasarkan pengalaman kami, tanpa mengira lokasi:

  • Kos lesen untuk restoran milik tempatan akan kurang daripada RM10,000
  • Untuk restoran milik asing, ia akan melebihi RM10,000 kerana lesen WRT

Apakah Pihak Berkuasa Tempatan?

Pihak Berkuasa Tempatan adalah majlis tempatan yang menetapkan garis panduan kebersihan dan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh perniagaan yang beroperasi di suatu daerah.

Logo Pihak Berkuasa Tempatan PBT di Selangor
Nampak macam iklan Power Rangers.

Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab untuk mengeluarkan:

  • Permit premis dan papan tanda
  • Lesen alkohol (jika berkenaan), dan
  • Permit tempat letak kereta persendirian

Bagi yang ingin membuka restoran di Kuala Lumpur, sila baca panduan lesen restoran DBKL kami.

Muzik apa boleh dimainkan di restoran tanpa lesen?

Kami rasa pilihan kamu terhad kepada muzik bebas royalti sahaja.

Lesen muzik diperlukan setiap kali anda mengawal senarai main atau mempunyai senarai muzik yang akan dimainkan di kedai anda.

Sign karaoke untuk menunjukkan perniagaan makanan dengan malam karaoke
Tak kira betapa sumbang suara pelanggan anda.

Jika anda memainkan muzik di premis anda, anda perlu mempunyai lesen muzik.

Apakah syarat khas untuk warga asing buka restoran?

Premis F&B milik warga asing mesti memperoleh lesen WRT yang memerlukan:

  • Modal berbayar sekurang-kurangnya RM1,000,000, dan
  • Konsep restoran yang tidak bersaing dengan perniagaan tempatan

Warga asing kadang-kala bekerjasama dengan warganegara Malaysia supaya perniagaan secara teknikalnya milik tempatan. Pastikan anda hanya melakukan ini dengan orang yang dipercayai.

3 langkah untuk buka restoran

Walaupun waktu menunggu berbeza mengikut Pihak Berkuasa Tempatan, tiga langkah ini tetap sama buat seluruh Malaysia:

LangkahMasa Yang DiambilDokumen / Yuran Yang Diperlukan
1. Penubuhan Syarikat3 – 5 hari bekerjaDaftar di MyCoID dan sediakan:
1. Nama syarikat yang dicadangkan
2. Status (swasta/awam)
3. Jenis perniagaan
4. Alamat berdaftar/perniagaan
5. Butiran pengarah/promotor
6. Pengisytiharan
2. Memohon Lesen Komposit (Premis + Papan Tanda)15 – 30 hari bekerjaHantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan:
1. Dokumen SSM
2. Perjanjian jual/bilik sewa
3. Gambar ID pemohon
4. Pelan/bukti pejabat
5. Surat Jabatan Bomba
6. Butiran papan tanda
Jalani pemeriksaan premis.
3. Latihan Pengendalian Makanan7 hari bekerjaKursus minimum tiga jam, boleh dalam talian atau secara fizikal.

Lesen-lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan biasanya boleh dipohon secara serentak, jadi jika anda akan menyajikan alkohol, pohon lesen minuman keras sekaligus.

Secara keseluruhan, jangkakan ia mengambil masa kira-kira 6 – 7 bulan untuk restoran anda mula beroperasi, kerana anda juga perlu mencari premis sesuai, melakukan pengubahsuaian, dan mancari pekerja.

Semoga berjaya!

Izinkan MISHU bantu buka restoran anda

Kami telah membantu ratusan usahawan dan bisnes berurusan dengan agensi kerajaan tempatan dan persekutuan untuk memperoleh semua lesen reestoran yang diperlukan. Hubungi kami hari ini!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top