Panduan Lengkap Membuka Taska Di Malaysia
Program Kembali Kerjaya Wanita Belanjawan 2024 berjaya memujuk ribuan wanita untuk kembali bekerja, tanpa menangani satu punca mereka berhenti: kekurangan kemudahan penjagaan bayi dan kanak-kanak muda.

Memandangkan para ibu di seluruh Malaysia akan menyambung semula kerjaya mereka, permintaan untuk taska yang berlesen dan boleh dipercayai pasti akan meningkat.

Ini bukti yang sekarang adalah waktu yang baik untuk membuka taska di Malaysia!
Jika anda inginkan sumber rasmi, berikut adalah panduan JKM untuk pendaftaran taska.
Panduan kami menggabungkan isi penting dokumen JKM dengan maklumat tambahan yang berguna.
Ini cara kami akan menerangkannya:
- jenis-jenis taska
- syarat membuka taska
- lesen yang diperlukan, dan
- langkah-langkah pendaftaran, termasuk anggran kos dan tempoh
Nota penting: Panduan ini merujuk kepada taska seperti yang ditakrifkan oleh Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah. Ia TIDAK sama dengan pusat jagaan kanak-bagi kanak-kanak yang berusia lebih dari empat tahun dan ditadbir oleh Akta Pusat Jagaan 1993.
Jom mulakan!
Isi Kandungan
Jenis-jenis taska di Malaysia
Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 mentakrifkan taska sebagai ‘premis di mana empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan dari lebih satu rumah tangga diterima untuk dijaga dengan bayaran’.
JKM mempunyai empat kategori taska seperti yang diterangkan dalam jadual berikut:
Jenis Taska | Bilangan Kanak-Kanak | Dikendalikan Oleh |
---|---|---|
Institusi | Lebih daripada sepuluh | Badan swasta atau bukan kerajaan |
Tempat Kerja | Lebih daripada sepuluh | Majikan untuk kebajikan pekerja |
Komuniti | Lebih daripada sepuluh | Komuniti |
Rumah | Empat hingga sembilan | Individu berdaftar di bawah Seksyen 7 |
Dua kategori yang paling relevan untuk kebanyakan pembaca adalah taska institusi dan rumah.
Pilihan terbaik bergantung pada berapa ramai kanak-kanak anda percaya anda boleh kendalikan.
Syarat untuk buka taska
Kerana taska menjaga kanak-kanak muda, JKM mempunyai senarai keperluan khusus yang melibatkan:
- Pemilik / pengarah / rakan kongsi
- Pengasuh
- Nisbah kanak-kanak ke ruang lantai
- Sokongan agensi teknikal
- Pemasangan CCTV
Pemilik / pengarah / rakan kongsi
Jika anda akan mengendalikan taska sebagai milikan tunggal, anda mesti:
- Mereupakan warganegara Malaysia
- Sekurang-kurangnya 18 tahun
- Lulus Kursus Penjagaan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP)
Bagi taska yang beroperasi sebagai perkongsian atau Sdn Bhd, salah seorang rakan kongsi atau pengarah mesti memenuhi syarat di atas.
Pengasuh
Semua pengasuh mesti merupakan warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan lulus kursus KAP dalam tempoh 12 bulan dari mula bekerja.
Terdapat juga nisbah minimum pengasuh kepada kanak-kanak yang berbeza mengikut umur.
Umur | Kanak-Kanak | Kanak-Kanak Kurang Upaya (OKU) |
---|---|---|
Baru Lahir – 1 Tahun | 1:3 | 2:3 |
1 – 3 Tahun | 1:5 | 2:5 |
3 – 4 Tahun | 1:10 | 3:10 |
Nisbah kanak-kanak ke ruang lantai
Taska rumah mesti mempunyai nisbah kanak-kanak ke ruang lantai sebanyak 2.5 meter persegi bagi setiap kanak-kanak, manakala taska institusi mesti mempunyai nisbah 3:5 meter persegi untuk setiap kanak-kanak.
Sokongan agensi teknikal
Semua taska mesti menerima kelulusan bertulis daripada:
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan
- Jabatan Kesihatan
Pemasangan CCTV
Semua taska di Malaysia diwajibkan memasang CCTV di premis mereka kecuali taska di rumah.
Lesen wajib untuk buka taska
Lesen umum
Ini adalah lesen yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan di premis fizikal dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Lesen Premis
- Lesen Papan Tanda
Lesen khusus industri
Ini adalah lesen khusus untuk taska yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan persekutuan atau negeri.
Pendaftaran taska dengan JKM
Taska mesti didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), yang mempunyai senarai lengkap taska berlesen di Malaysia.

Yuran Pendaftaran:
- RM50 untuk taska rumah
- RM250 untuk taska institusi
Setelah dikeluarkan, pendaftaran adalah sah selama lima tahun.
Sebelum mendaftar, anda mesti memenuhi keperluan minimum termasuk lulus kursus Permata KAP oleh JKM atau pihak ketiga yang diluluskan.
Lulus kursus Permata KAP
Kursus Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Permata memberikan kemahiran untuk mengendalikan kanak-kanak kecil.

Separuh daripadanya adalah tentang membantu kanak-kanak menggunakan tandas.
Berikut adalah butiran penting mengenai kursus tersebut:
- Kursus ini mengandungi 144 jam latihan teori dan 40 jam latihan praktikal.
- Kursus sepenuh masa akan ambil 29 hari, manakala kursus hujung minggu akan ambil empat bulan.
- Kos kursus ditetapkan oleh kerajaan pada kadar RM800 setiap orang (tak termasuk caj pihak ketiga).
Portal ezi2care JKM mempunyai senarai di mana anda boleh cari kelas yang sesuai dengan jadual anda.
Lulus kursus latihan pengendali makanan
Peraturan Kebersihan Makanan 2009 oleh Kementerian Kesihatan mewajibkan pengendali, pengasuh, dan kakitangan taska menerima latihan pengendali makanan terlebih dahulu.
Ini adalah untuk menelakkan berlakunya keracunan makanan yang boleh mengancam nyawa.

Berikut adalah beberapa butiran penting mengenai kursus pengendalian makanan:
- Tempoh minimum kursus adalah tiga jam (dan boleh mengambil masa lebih lama).
- Kosnya ditetapkan oleh kerajaan pada kadar RM50 seorang.
- Kursus boleh dijalankan secara dalam talian atau fizikal.
- Buat masa sekarang, sijil adalah sah seumur hidup.
Pelatih MISHU, Encik Azlan Saw, menjalankan sesi setiap minggu pada hari Jumaat dari 9 pagi hingga 12 tengah hari. Memandangkan latihan ini memang sudah wajib, lebih afdal jika pengajar tampan dan segak!
Langkah-langkah membuka taska
Terdapat perbezaan kecil mengikut keperluan negeri atau daerah, jadi gunakan jadual langkah, tempoh masa, dan dokumen / yuran di bawah sebagai panduan umum.
Langkah | Masa Yang Diperlukan | Dokumen / Yuran Yang Diperlukan |
---|---|---|
0. Hadiri latihan pengendali makanan | 3 jam | Setelah selesai, biasanya memerlukan tujuh hari bekerja untuk menerima sijil. Yuran: RM50 setiap orang |
0. Daftar kursus PERMATA | 1 – 4 bulan | Semak portal JKM untuk tarikh kursus terbaik, buat pembayaran, dan dapatkan sijil KAP. Yuran: RM800 setiap orang |
1. Pendaftaran syarikat | 3 – 5 hari bekerja | Daftar untuk akaun di MyCoID dan lakukan tempahan nama + pendaftaran. Yuran: RM1,010 |
2. Daftar sebagai taska dengan JKM (borang contoh) | 2 – 4 minggu | Lawati pejabat JKM daerah dan dapatkan dokumen pendaftaran daripada pegawai yang bertanggungjawab untuk taska. Mohon dan dapatkan surat kelulusan daripada agensi teknikal yang disebutkan sebelumnya. Kembalikan ke pejabat JKM daerah untuk mengemukakan permohonan bersama surat kelulusan. Jalani pemeriksaan premis oleh pegawai JKM. Jika semuanya berjalan lancar, taska anda akan didaftarkan dan anda boleh mula beroperasi. Pendaftaran sah selama lima (5) tahun dan perlu diperbaharui tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat. Yuran: RM50 untuk taska rumah, RM250 untuk taska institusi |
3. Mohon lesen komposit (premis + papan tanda) | 15 – 30 hari bekerja | Dapatkan dari Pihak Berkuasa Tempatan di mana premis terletak. Jalani pemeriksaan premis oleh pegawai Pihak Berkuasa Tempatan. Yuran: Berbeza mengikut pihak berkuasa tempatan |
Secara keseluruhannya, ia lazimnya akan mengambil enam hingga tujuh bulan dan beberapa ribu Ringgit untuk menubuhkan taska yang berlesen sepenuhnya.
Kami juga percaya taska rumah boleh dimulakan dengan RM10,000, menjadikannya pilihan bagus untuk usahawan baru yang tidak mempunyai modal banyak.

Semoga berjaya dengan pendaftaran taska anda, dan jika anda perlukan pertolongan, kami sentiasa di sini untuk membantu 🙂
Izinkan MISHU bantu membuka taska anda
Pasukan Setiausaha Syarikat dan perunding lesen perniagaan kami sedia membantu anda memahami keperluan JKM dan memperoleh permit untuk membuka taska secepat mungkin. Hubungi kami hari ini!