Seperti yang dinyatakan dalam panduan bank terbaik untuk buka akaun syarikat kami, pembukaan akaun pantas sangat penting untuk perniagaan kecil.
Lagi cepat bisnes boleh menjana pendapatan, lagi bagus, jadi memang sakit hati kalau perlu tunggu lama untuk pihak bank luluskan akaun.ย
Oleh itu, usahawan di Malaysia pasti ingin tahu mereka kini boleh dengan mudah membuka akaun perniagaan secara dalam talian dengan pihak UOB.
Artikel ini akan menerangkan proses tersebut, termasuk:
- Jenis akaun perniagaan yang tersedia
- Syarat kelayakan
- Dokumen yang diperlukan, dan
- Tiga langkah untuk buka akaun
Jom mulakan!
Jenis akaun perniagaan yang tersedia
Dua akaun ditawarkan di bawah pembukaan akaun dalam talian UOB, iaitu:
- Business Current Account/ Business Current Account โi
- Foreign Currency Account (terhad kepada pelanggan sedia ada)
Syarat Kelayakan
Mana-mana Enterprise, Perkongsian Konvensional, atau Sdn Bhd yang berdaftar dan dimiliki oleh rakyat Malaysia layak untuk memohon.
Terdapat tiga syarat tambahan untuk Sdn Bhd:
- maksimum lima pengarah
- semua pengarah mestilah warganegara Malaysia
- pemohon mesti seorang pengarah yang diberi kuasa Penandatangan Syarikat
Malangnya, entiti PLT tidak termasuk dalam inisiatif ini, tetapi rakan kongsi PLT boleh mengunjungi cawangan UOB untuk membuka akaun mereka!
Dokumen yang diperlukan
- Profil syarikat SSM yang terkini
- MyKad dengan cip 80k (dikeluarkan selepas Januari 2012)
- Maklumat pembekal dan pembeli perniagaan (untuk peniaga / pemborong)ย
- Salinan sah Memorandum & Artikel Persatuan (M&A) / Perlembagaan Syarikat (untuk Sdn Bhd)
Pembaca dengan MyKad sebelum 2012 boleh dapatkan MyKad baharu dari MYEG.
Profil perniagaan anda boleh diakses melalui portal SSM e-Info.
3 langkah buka akaun UOB dalam talian
Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan sudah adaย semua dokumen yang diperlukan, proses pendaftaran akan dilakukan melalui aplikasi UOB SME App.
Sila muat turun aplikasi UOB dari Google Play atau Apple App store.
Langkah pertama: Sahkan identiti anda dengan gambar MyKad dan selfie.
Langkah kedua: Berikan butiran tentang perniagaan anda*.
Langkah ketiga: Pindahkan RM100 dari akaun peribadi bukan UOB anda ke akaun baharu menerusi DuitNow
Gunakan UOB sebagai bank perniagaan anda
MISHU telah lama bekerjasama dengan UOB dan setelah melihat dedikasi mereka kepada pelanggan, kami dengan sepenuh hati mengesyorkan mereka untuk perniagaan Malaysia tidak kira saiz.