Panduan Lengkap Pendaftaran Sdn Bhd Di Malaysia
Dalam panduan ini, kami terangkan selengkapnya mengapa syarikat Sdn Bhd adalah struktur terbaik untuk usahawan yang ingin berniaga secara serius, dan cara menubuhkan syarikat anda, termasuk:
- ciri-ciri penting dan kelebihan struktur ini
- langkah-langkah pendaftaran
- pematuhan selepas pendaftaran
- garis masa dan kos yang terlibat, dan
- tawaran untuk izinkan MISHU bantu anda!
Jom, mulakan.
Rumusan:
- Sebuah Sdn Bhd dianggap entiti berasingan, lantas melindungi anda aripada hutang syarikat.
- Ia juga memberikan kredibiliti, akses pembiayaan lebih baik, dan manfaat cukai.
- Setiap Sdn Bhd memerlukan sekurang-kurangnya seorang pengarah yang tinggal di Malaysia, seorang pemegang saham, alamat perniagaan tempatan, dan modal berbayar RM1.
- Pendaftaran lazimnya memakan masa 7 hingga 10 hari bekerja selepas permohonan, bergantung pada bilangan perohonan pada ketika itu.
- Selepas pendaftaran, syarikat mesti lantik Setiausaha Syarikat, buka akaun bank, daftar dengan LHDN, dan dapatkan lesen perniagaan yang wajib sebelum mula beroperasi.
- Yuran pendaftaran SSM ialah RM1,010, tetapi servis pematuhan akan miningkatkan kos permulaan kepada RM3,500–RM15,000+.
- Kalau anda terlalu sibuk biar MISHU uruskan pendaftaran Sdn Bhd anda!
Ciri-ciri utama Sdn Bhd
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) ialah sejenis entiti perniagaan ang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 2016.
- Entiti berasingan – Identiti syarikat Sdn Bhd tidak terikat dengan pemiliknya, dan boleh memiliki aset, menandatangani kontrak, serta menyaman atau disaman atas namanya sendiri.
- Liabiliti terhad – Pemegang saham hanya menanggung risiko setakat pelaburan; aset peribadi dilindungi jika syarikat berhutang atau dikenakan tindakan undang-undang.
- Operasi berterusan – Syarikat kekal wujud walaupun berlaku perubahan pemegang saham atau pengarah.
- Struktur milikan – Boleh dimiliki oleh 1 – 50 pemegang saham dan boleh dipindah milik dengan mudah.
- Kredibiliti perniagaan – Bank dan pelabur lazimnya lebih percayakan Sdn Bhd berbanding Enterprise.
5 kelebihan Sdn Bhd
Sehubungan dengan ciri-ciri di atas, Sdn Bhd menawarkan kelebihan berikut.
| Kelebihan | Penerangan |
|---|---|
| Perlindungan liabiliti terhad | Aset peribadi anda selamat jika syarikat hadapi masalah kewangan |
| Akses pembiayaan lebih baik | Bank, pelabur, dan geran kerajaan lebih suka berurusan dengan syarikat Sdn Bhd |
| Pewarisan berterusan | Syarikat kekal beroperasi walaupun berubah pemilik atau pengarah |
| Kelebihan cukai | Syarikat Sdn Bhd menikmati kadar cukai korporat lebih rendah dan layak untuk lebih insentif cukai |
| Pengembangan perniagaan lebih mudah | Syarikat Sdn Bhd boleh berkembang dengan lebih cekap melalui model perniagaan tersusun |
Inilah sebabnya Sdn Bhd lebih bagus daripada Enterprise atau perkongsian untuk perniagaan yang serius!
Syarat wajib pendaftaran Sdn Bhd
Untuk daftarkan syarikat Sdn Bhd anda perlu memenuhi empat syarat SSM yang berikut
| Syarat Minimum | Butiran |
|---|---|
| Seorang pengarah | – Berumur 18 tahun ke atas – Tinggal di Malaysia – Tidak bangkrap – Tidak pernah disabitkan kesalahan korporat |
| Seorang pemegang saham | – Boleh terdiri daripada individu / entiti korporat – Milikan asing 100% lazimnya dibenarkan – Pengarah boleh menjadi pemegang saham |
| Alamat perniagaan berdaftar | – Mesti alamat Malaysia – Tidak boleh menggunakan peti surat – Diperlukan untuk kominikasi rasmi SSM |
| Modal berbayar | – RM1 dari segi-undang-undang – RM2,5000 ke atas untuk buka akaun bank – RM250,000 – RM1,000,000 untuk Sdn Bhd asing bergantung pada aktiviti perniagaan *Sesetengah lesen memerlukan modal yang lebih tinggi. |
Butiran untuk pendaftaran Sdn Bhd
Anda akan diminta untuk kongsi maklumat ketika mengisi borang permohonan pendaftaran Sdn Bhd, jadi pastikan anda sudah tahu butiran-butiran berikut:
- cadangan nama syarikat
- butiran perniagaan
- alamat perniagaan
- pengarah tempatan
- butiran pemegang saham
- butiran struktur pecahan saham
- *Setiausaha Syarikat (jika sudah ada)
Jika anda belum lantik Setiausaha Syarikat, anda masih boleh meneruskan pendaftaran. Selepas pendaftaran, anda wajib lantik seorang Setiausaha Syarikat dalam 30 hari dan maklumkan SSM.
Langkah daftar Sdn Bhd dalam talian
Proses pendaftaran Sdn Bhd (Sendirian Berhad) di Malaysia ialah satu proses yang teratur untuk memastikan perniagaan anda mematuhi undang-undang.

Ikut tiga langkah utama ini untuk pendaftaran syarikat baharu.
Langkah 1: Daftar akaun MyCoID
Buat akaun di portal MyCoID, kemudian sahkan identiti anda di kaunter SSM dalam14 hari.
Bawa MyKad dan e-mel pengesahan ke mana-mana cawangan SSM untuk aktifkan akaun anda.
Proses ini biasanya mengambil 1–2 hari bekerja.
Langkah 2: Mohon penubuhan syarikat
Log masuk ke MyCoID, semak ketersediaan nama syarikat, dan isi Superform (borang digital pendaftaran syarikat).
Langkah 3: Buat bayaran
Bayar yuran penubuhan RM1,010 secara dalam talian. Setelah diluluskan, anda akan menerima Notice of Registration daripada SSM sebagai bukti syarikat anda telah ditubuhkan.
Garis masa pendaftaran Sdn Bhd
Ia biasanya mengambil 3 hingga 7 hari bekerja, bergantung pada ketepatan dokumen dan masa pemprosesan SSM.
| Langkah | Proses | Anggaran Masa |
|---|---|---|
| Kelulusan Nama Syarikat | Carian & tempahan nama melalui MyCoID | 1–2 hari bekerja |
| Penyerahan Dokumen & Pemprosesan | Hantar dokumen penubuhan melalui MyCoID | 1–3 hari bekerja |
| Pengeluaran Sijil Pemerbadanan | Kajian & kelulusan oleh SSM | 1–2 hari bekerja |
| Jumlah Masa | 3–7 hari bekerja |
Nota: Dokumen tidak lengkap, penolakan nama, atau semakan tambahan boleh melambatkan proses.
4 langkah selepas mendaftar dn Bhd
1. Lantik Setiausaha Syarikat (jika belum
- Perlu melantik Setiausaha bertauliah yang berdaftar dengan SSM dalam 30 hari.
- Bertanggungjawab memastikan pematuhan statutori dan pemfailan dokumen rasmi.
2. Buka akaun bank korporat
- Untuk urusan transaksi perniagaan.
- Bank biasanya memerlukan:
- Borang 9, 13, 24, 49
- Perlembagaan syarikat (jika ada)
- Salinan MyKad/Pasport pengarah
- Resolusi Lembaga Pengarah
3. Daftar cukai dan nombor TIN (LHDN)
- Perlu daftar dengan LHDN untuk:
- Fail cukai korporat
- SST (jika pendapatan > RM500,000)
- Cukai pekerja: EPF, SOCSO, PCB
4. Mohon lesen perniagaan (jika perlu)
- Contoh lesen:
- Lesen F&B (restoran/kafe)
- Lesen perdagangan/ritel
- Permit pembinaan
- Sijil Halal
Kos pendaftaran Sdn Bhd
| Perbelanjaan | Anggaran Kos (RM) |
| Yuran Pendaftaran SSM | RM1,010 |
| Tempahan Nama Syarikat | RM50 / nama |
| Yuran Setiausaha Syarikat | RM500 – RM2,000 / tahun |
| Alamat Perniagaan Berdaftar | RM300 – RM1,000 / tahun |
| Perakaunan & Perkhidmatan Buku | RM1,500 – RM5,000 / tahun |
| Yuran Audit | RM2,000 – RM10,000 / tahun |
| Jumlah Kos Anggaran | RM3,500 – RM15,000+ |
Kami menjelaskan topik ini dengan lebih mendalam dalam panduan kos tahunan Sdn Bhd kami.
Biar MISHU bantu daftar Sdn Bhd anda
MISHU sedia membantu kendalikan pendaftaran Sdn Bhd anda sepenuhnya dalam talian. Kami juga ada Setiausaha Syarikat bertauliah dan pakar pelesenan untuk membantu anda dengan sebarang keperluan selepas pendaftaran nanti.