Panduan Lengkap Kos Buka Syarikat Sdn Bhd

Panduan Lengkap Kos Buka Syarikat Sdn Bhd

Sebelum menubuhkan syarikat, penting untuk tahu anggaran modal yang diperlukan agar anda tahu jika bajet mencukupi bukan sahaja untuk pendaftaran, tetapi untuk operasi berterusan.

Dalm panduan ini, kami akan kongsi anggaran kos tahunan sebuah syarikat Sdn Bhd, termasuk:

  • kos pendaftaran
  • empat servis profesional
  • rumusan kos operasi tahunan

Jom, mulakan.

Kos pendaftaran

📢 Perhatian
Berwaspada dengan pihak yang menawarkan servis pemerbadanan pada harga lebih rendah daripada yuran SSM. Mereka biasanya akan mengikat anda dengan pakej servis profesional pada harga tinggi.

Yuran pemerbadanan syarikat Sdn Bhd rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah RM1,010.

Tapi ingat, ini kos mengendalikan pendaftaran syarikat sendiri, dan jika anda menggunakan bantuan pihak ketiga, akan ada caj servis tambahan.

Contohnya, MISHU mengenakan caj RM1,499 untuk pendaftaran syarikat, termasuk yuran SSM.

Servis profesional untuk operasi syarikat

Sebuan syarikat akan memerlukan esekurang-kurangnya empat jenis profesional untuk membantu mematuhi syarat pematuhan SSM:

  • Setiausaha Syarikat
  • akauntan
  • ejen cukai, dan
  • juruaudit

Setiausaha Syarikat

Peranan Setiausaha Syarikat adalah untuk memastikan syarikat anda mematuhi Akta Syarikat 2016 di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), termasuk:

  • menasihati pengarah tentang tadbir urus korporat
  • memantau perubahan perundangan
  • mengurus dokumen berkanun
  • memfailkan serahsimpan tahunan
  • mengatur dan menghadiri mesyuarat, dan
  • mewakili syarikat dalam komunikasi dengan SSM

Untuk ini, anda perlu lantik seorang Setiausaha Syarikat berlesen sebagai salah seorang pegawai syarikat.

Mulai tahun 2025, pelan Perkhidmatan Setiausaha Syarikat di MISHU bermula dari RM80 hingga RM200 sebulan, atau RM960 hingga RM2,400 setahun.

Akauntan

Akauntan akan menyediakan penyata kewangan untuk disemak oleh juruaudit dan dihantar ke SSM, dan biasanya pakej bergantung kepada jumlah transaksi dan keperluan syarikat anda:

  • pakej bulanan jika anda mempunyai transaksi bulanan tingi
  • pakej suku tahunan / tahunan jika jumlah transaksi bulanan rendah

Yuran perakaunan syarikat baharu lazimnya sekitar RM5,000 setahun bagi perkhidmatan perakaunan.

Ejen cukai

Selepas penubuhan syarikat, adalah disarankan untuk menetapkan tarikh akhir tahun kewangan anda dan melantik ejen cukai untuk memantau tarikh akhir pematuhan cukai anda.

Walaupun usahawan boleh memfailkan cukai syarikat sendiri, lazimnya lebih baik untuk mereka fokus kepada operasi perniagaan dan biarkan ejen cukai uruskan pengiraan dan pemfailan cukai dengan LHDN.

Secara am, syarikat baharu akan membayar sekitar RM1,000 – RM1,500 untuk perkhidmatan cukai.

Juruaudit

Semua syarikat wajib mengaudit akaun mereka dengan seorang juruaudit berlesen, dan secara umum, yuran profesional akan dikenakan bergantung kepada:

  • saiz syarikat
  • pendapatan
  • aset, atau
  • perbelanjaan

Untuk tahun pertama, yuran audit bagi syarikat baharu biasanya dalam lingkungan RM1,500 – RM2,500.

Rumusan kos operasi Sdn Bhd tahun pertama

Berikut ialah rumusan kos tahunan untuk mengendalikan sebuah syarikat Sdn Bhd di Malaysia yang agak lazim buat pelanggan kami.

KategoriButiranAnggaran Kos (RM)
Pendaftaran syarikatTermasuk yuran SSM & caj servis MISHURM1,499
Setiausaha SyarikatPelan tahunanRM960 – RM2,400
AkauntanPerkhidmatan perakaunan tahunanRM5,000
Ejen cukaiPerkhidmatan pemfailan cukaiRM1,000 – RM1,500
JuruauditAudit tahun pertamaRM1,500 – RM2,500
JUMLAH KOS TAHUN PERTAMARM9,959 – RM12,899

Biasanya kos tahun kedua dan ke atas akan lebih tinggi, tapi ini juga bermaksud perniagaan anda sudah mula berkembang!

Daftar syarikat Sdn Bhd dengan MISHU

MISHU menawarkan perkhidmatan Setiausaha Syarikat bertauliah untuk membantu anda memenuhi semua keperluan pematuhan SSM, dan melalui rakan kongsi kami, kami juga boleh mencadangkan akauntan, ejen cukai, dan juruaudit yang berkualiti dengan kadar yang berpatutan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top