panduan syarat kontraktor gred 7 cidb

Panduan Lengkap Syarat Kontraktor G7

G7 adalah gred tertinggi CIDB, di mana kontraktor G7 dibenarkan mengendalikan projek pembinaan tanpa had maksimum.

Sebaliknya, kontraktor G6 hanya dibenarkan mendapatkan kontrak bernilai sehingga RM10 juta.

Projek pembinaan istana gergasi bernilai lebih RM10 juta menunjukkan nilai pensijilan CIDB G7
Nilai projek: RM10,000,001 💀

Ini membuka peluang kepada kontraktor untuk mendapatkan projek yang jauh lebih besar, dan bagi kontraktor yang ingin uruskan permohonan G7 sendiri, panduan ini menerangkan:

  • bagaimana sistem gred CIDB berfungsi
  • syarat minimum yang diperlukan
  • dokumen yang perlu disediakan
  • langkah pendaftaran dan yuran, serta
  • pembaharuan sijil

Jom mulakan.

Bukan semua kontraktor G7 dianggap sama

Di bawah sistem CIDB, gred kontraktor menunjukkan kemampuan kewangan, manakala senarai khusus kod kategori dan pengkhususan menentukan kepakaran teknikal.

Maksudnya:

  • gred menentukan nilai projek yang boleh dijalankan (tiada had untuk G7)
  • kategori dan pengkhususan menentukan jenis projek yang boleh dilakukan

Kerana itu, pemilihan kod kategori dan pengkhususan betul sangat penting walau apa pun gred, dan bagi yang belum tahu kategori dan pengkhususan mereka, rujuk senarai kod CIDB kami untuk tentukannya.

Syarat kelayakan kontraktor G7

Sijil utama untuk kontraktor CIDB G7 dikenali sebagai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).

contoh sijil PKK G7

Untuk layak mendapatkan G7, terdapat tiga syarat utama dari segi kewangan dan teknikal:

  • modal berbayar minimum sebanyak RM750,000
  • menggaji bilangan personel teknikal yang sesuai:
    • dua pemegang Ijazah, di mana salah seorang mempunyai minimum 5 tahun pengalaman, ATAU
    • seorang pemegang Diploma DAN seorang pemegang Ijazah, di mana salah seorang mempunyai minimum 5 tahun pengalaman
  • pemegang Ijazah Pengurusan Fasiliti dan Ijazah Teknikal dengan pengalaman 3 tahun dalam perkhidmatan fasiliti (untuk permohonan kategori F)

Syarat SPKK G7

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) tidak wajib, tetapi sangat biasa dipohon oleh kontraktor kerana ia membolehkan mereka membida projek pembinaan kerajaan.

Contoh sijil SPKK CIDB

Bagi kontraktor G7 yang ingin menyertai tender kerajaan, sijil SPKK hanya boleh dipohon selepas sijil PPK diluluskan terlebih dahulu.

Keperluan untuk mendapatkan SPKK adalah:

  • mempunyai penarafan SCORE minimum 3 bintang
  • mempunyai pensijilan ISO 9001:2008/2015 yang sah

Syarat STB G7

Kontraktor yang layak dan telah mendapatkan sijil SPKK boleh menambah status Sijil Taraf Bumiputera (STB) secara rasmi untuk membolehkan mereka memohon projek awam khas untuk kontraktor Bumiputera.

Contoh sijil Status Bumiputera STB CIDB

Bagi kontraktor G7, syarikat mest mempunyai penyertaan Bumiputera minimum 51% dalam:

  • pemilikan saham
  • bilangan pemegang saham atau rakan kongsi
  • lembaga pengarah
  • jawatan pengurusan utama
  • kawalan kewangan (termasuk penandatangan cek dan penjamin overdraf)
  • pekerja sepenuh masa

Sekiranya syarikat dimiliki secara majoriti oleh syarikat lain, syarikat induk tersebut juga perlu memenuhi syarat 51% pemilikan Bumiputera serta komposisi lembaga pengarah yang ditetapkan.

Dokumen sokongan

Secara umum, semua pemohon G7 perlu menyediakan senarai dokumen sokongan utama yang sama, dan sesetengah perlu menyediakan dokumen tambahan bergantung kepada kod pengkhususan yang dipilih.

Dokumen sokongan utama

  • salinan MyKad pemohon (pemilik/pengarah) serta semua personel teknikal
  • sijil akademik untuk semua personel teknikal yang diisytiharkan
  • bukti pekerjaan seperti:
    • penyata caruman KWSP terkini, atau
    • Borang A bersama resit bayaran bagi semua personel teknikal
  • penyata PERKESO atau slip gaji terkini bagi personel yang berumur lebih 55 tahun
  • penyata tahunan terkini dan bukti modal berbayar bagi syarikat Sdn Bhd / Bhd:
    • penyata kewangan terkini / perjanjian perkongsian bagi ROB / PLT / SKM / ROS
  • maklumat syarikat daripada e-Info SSM bagi PLT
  • sijil SKM atau ROS serta senarai rasmi ahli lembaga pengarah bagi koperasi dan persatuan

Dokumen sokongan tambahan

  • resume personel teknikal menunjukkan pengalaman perkhidmatan pengurusan fasiliti bagi Kategori F
  • pensijilan agensi berkaitan seperti SPAN, ST, JKKP atau PDRM, bergantung kepada pengkhususan
  • sijil pendaftaran orang kompeten (Sijil Pendaftaran Orang Kompeten), jika diperlukan

Perlu diingat bahawa senarai ini hanya merujuk kepada pendaftaran PPK, dan untuk maklumat mengenai sijil-sijil CIDB lain, rujuk panduan kami tentang pendaftaran SPKK dan STB.

Langkah pendaftaran, tempoh sah & yuran

Semua pendaftaran dan pembaharuan CIDB dibuat secara dalam talian melalui portal CIDB CIMS, dan pemohon kali pertam perlu mendaftar akaun menggunakan nama pengarah atau pemilik syarikat.

paparan utama portal CIDB CIMS

Sijil PPK G7 dikenakan yuran pendaftaran tahunan sebanyak RM1,400 dan biasanya dikeluarkan untuk tempoh dua tahun.

Selepas akaun didaftarkan, proses permohonan sijil melibatkan empat langkah utama:

  1. Ppilih kategori, pengkhususan dan gred yang berkaitan
  2. Muat naik dokumen sokongan
  3. Bayar yuran permohonan RM50
  4. Bayar yuran pendaftaran RM2,800 selepas permohonan diluluskan

Jika semua dokumen lengkap dan teratur, permohonan CIDB biasanya mengambil masa ekitar tujuh hari bekerja untuk diproses, dan tempoh sah dua tahun pula bermula dari tarikh yuran pendaftaran dijelaskan.

Setelah PPK dililuskan, kontraktor yang berminat boleh mulakan langkah pendaftaran SPKK dan STB.

Walau bagaimanapun, berminat atau tidak, semua kontraktor baharu perlu memenuhi langkah pematuhan pasca-pendaftaran.

Pematuhan pasca-pendaftaran & pembaharuan

pengumuman CIDB mengenai sesi latihan kursus etika

Dalam tempoh dua tahun pertama ini, kontraktor G7 baharu perlu memenuhi syarat berikut untuk layak membuat pembaharuan:

  • menghadiri dan lulus kursus berkaitan dengan pengkhususan mereka:
  • memperoleh sekurang-kurangnya 40 mata CCD dalam tempoh satu tahun
  • memperoleh penarafan SCORE yang sah (serta minimum 3 bintang bagi pemegang sijil SPKK)

Untuk maklumat lanjut, lihat panduan kami mengenai mata CCD dan cara mendapatkannya.

Pembaharuan sijil boleh dihantar sehingga 120 hari sebelum tarikh tamat tempoh, dan juga dibuat secara dalam talian melalui CIMS.

Sijil PPK boleh diperbaharui sehingga tiga tahun, bergantung kepada jumlah mata CCD yang terkumpul, dan sijil SPKK dan STB yang masih sah juga boleh diperbaharui serentak jika semua syarat dipenuhi.

Itu saja daripada kami, dan semoga berjaya dengan permohonan anda 😊

Bira MISHU uruskan permohonan CIDB G7 anda

Bagi yang kesuntukan masa, gunakan perkhidmatan runner CIDB kami untuk mengendalikan semua keperluan pendaftaran dan pembaharuan CIDB anda – profesional, pantas dan pada harga berpatutan!

Soalan lazim CIDB G7


  • Berapakah nilai projek yang boleh diambil oleh kontraktor CIDB G7?
    💡Kontraktor G7 boleh menjalankan projek pembinaan tanpa had nilai kontrak maksimum.

  • Berapakah kos pendaftaran CIDB G7?
    💡Sijil PPK G7 berharga RM2,800 untuk tempoh sah selama dua tahun, tidak termasuk yuran permohonan sebanyak RM50.

  • Apakah syarat untuk memohon CIDB G7?
    💡Kontraktor G7 perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM750,000 modal berbayar serta menggaji personel teknikal yang sesuai dan memenuhi syarat CIDB.

  • Bolehkah syarikat baharu memohon CIDB G7?
    💡Ya, asalkan syarikat tersebut memenuhi syarat kewangan, teknikal dan dokumentasi yang ditetapkan oleh CIDB.

  • Adakah SPKK wajib untuk kontraktor CIDB G7?
    💡Tidak. SPKK ialah sijil pilihan, tetapi kontraktor biasanya memerlukannya untuk menyertai peluang perolehan projek pembinaan kerajaan.

  • Adakah memiliki gred CIDB G7 membolehkan kontraktor menjalankan semua jenis kerja pembinaan?
    💡Tidak. Walaupun G7 menentukan nilai maksimum projek yang boleh diambil oleh kontraktor, kod kategori dan pengkhususan menentukan jenis kerja pembinaan yang layak dijalankan.

  • Berapa lama tempoh sah sijil CIDB G7?
    💡Sijil PPK G7 baharu biasanya diberikan dengan tempoh sah selama dua tahun dan kemudiannya boleh diperbaharui sehingga tiga tahun bergantung kepada jumlah mata CCD yang dikumpulkan.

  • Berapakah caj perkhidmatan pendaftaran CIDB G7 MISHU?
    💡Kami menyediakan bantuan profesional untuk permohonan CIDB, termasuk penyediaan dokumen dan sokongan penghantaran permohonan. Hubungi kami untuk mendapatkan yuran perkhidmatan terkini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top