Panduan Lengkap Pendaftaran SPKK CIDB

Panduan Lengkap Pendaftaran SPKK CIDB

Selepas memperoleh Sijil Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB, langkah seterusnya yang biasa ialah Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang membolehkan kontraktor membida projek kerajaan.

Contoh sijil SPKK CIDB

Bagi kontraktor yang ingin menguruskan permohonan sendiri, panduan ini menerangkan sijil SPKK selengkapnya, termasuk:

  • maksud penama SPKK
  • syarat permohonan baharu / pembaharuan
  • had nilai kontrak kerajaan
  • cara menghantar permohonan SPKK, dan
  • kesalahan serta penalti berkaitan SPKK

Nota: Anda juga boleh membaca panduan SPKK rasmi CIDB atau terus hubungi kami untuk bantuan.

Jika tidak, jom mulakan.

Cara serahkan permohonan SPKK

Permohonan SPKK dibuat secara dalam talian melalui portal CIMS CIDB dan dikenakan fi pemprosesan sebanyak RM50 untuk permohonan baharu dan RM30 untuk pembaharuan.

cidb cims portal homepage

Bayaran perlu dibuat dalam tempoh tujuh hari selepas permohonan dihantar. Selepas bayaran dibuat, anda boleh kembali ke CIMS untuk melihat dan mencetak Sijil SPKK anda.

Syarat permohonan baharu

example of government cosntruction project that requires spkk registration
Satu projek dah boleh jamin lima generasi.

Selain Sijil PPK yang masih sah, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:

  • tidak mempunyai tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah yang masih aktif.
  • memenuhi keperluan modal berbayar mengikut gred PPK masing-masing.
  • mempunyai taraf SCORE minimum (3 bintang untuk G5 – G7; 2 bintang untuk G2 – G4).
  • bagi kontraktor G7, mempunyai pensijilan ISO 9001:2008/2015.
  • mematuhi syarat pemilikan ekuiti:
    • pemegang saham SPKK tidak boleh memiliki lebih daripada 5% ekuiti dalam syarikat lain yang mempunyai SPKK
    • ahli lembaga pengarah, pengurusan utama dan kakitangan teknikal tidak boleh berdaftar dengan syarikat lain yang mempunyai Sijil SPKK

Nota: CIDB buat sementara waktu telah menghentikan permohonan baharu SPKK untuk G1.

Yuran & tempoh sah

Tiada fi pendaftaran dikenakan untuk sijil SPKK itu sendiri, tetapi semua permohonan baharu dikenakan fi pemprosesan sebanyak RM50.

Selepas diluluskan, tempoh sah SPKK kontraktor akan mengikut tarikh tamat tempoh Sijil PPK mereka.

Pembaharuan

Kontraktor G2 – G7 perlu memenuhi syarat modal berbayar dan keperluan minimum SCORE semasa membuat permohonan.

Sementara itu, terdapat had tambahan bagi perubahan pemilikan saham syarikat untuk kontraktor G1:

  • jika pemegang saham baharu memperoleh lebih daripada 49% modal berbayar atau modal terkumpul syarikat, SPKK akan dibatalkan
  • pemegang saham baharu tidak boleh menjadi pemegang saham majoriti melainkan mereka telah bersama syarikat tersebut sekurang-kurangnya lima tahun bersama pemegang saham sedia ada

Kerana permohonan baharu G1 kini dibekukan, pembatalan SPKK secara praktikalnya adalah kekal.

Peraturan operasi sijil SPKK

spkk listed individual performing site visit

Semasa dan selepas pendaftaran SPKK, kontraktor perlu mengambil perhatian empat syarat operasi wajib yang mengawal operasi harian serta penyertaan tender:

  • kawasan operasi yang dibenarkan
  • siapa yang boleh menjadi individu yang disenaraikan
  • had nilai kontrak mereka, dan
  • kesalahan yang boleh dikenakan tindakan

Kawasan operasi

Gred SPKK menentukan kawasan di mana kontraktor boleh membida projek, iaitu:

  • G1 dan G2 hanya terhad kepada daerah atau negeri yang didaftarkan untuk sebut harga.
  • G4 hingga G7 boleh membida tender di seluruh negara.

Individu yang menjadi penama SPKK

Penama SPKK adalah nama yang dipaparkan pada sijil SPKK dan mereka sahaja yang layak untuk menandatangani kontrak serta tawaran berkaitan dengan sijil tersebut. Oleh itu, penama ini biasanya terdiri daripada pemegang saham, pengarah dan pemimpin syarikat.

Selain itu, hanya penama ini boleh menghadiri lawatan tapak untuk sebut harga, tender dan undian.

Setiap Sijil SPKK boleh ada sehingga lima penama tersenarai yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • merupakan warganegara Malaysia
  • mempunyai caruman KWSP / PERKESO jika mereka merupakan pekerja syarikat
  • tiada kaitan dengan syarikat lain dengan Sijil SPKK yang masih sah

Had nilai kontrak kerajaan

Had nilai kontrak berbeza mengikut gred kontraktor, seperti berikut:

GredBangunan / Awam / Mekanikal (RM)Elektrik (RM)Kemudahan (RM)
G1Sehingga 200,000Sehingga 200,000
G2200,001 – 500,000Sehingga 500,000
G3500,001 – 1,000,000Sehingga 1,000,000
G41,000,001 – 3,000,000200,001 – 3,000,000Sehingga 3,000,000
G53,000,001 – 5,000,000200,001 – 5,000,0003,000,001 – 5,000,000
G65,000,001 – 10,000,000200,001 – 10,000,0005,000,001 – 10,000,000
G7Lebih daripada 10,000,000Lebih daripada 200,001Lebih daripada 10,000,000

Sebab itulah semua orang nak jadi kontraktor G7!

Kesalahan & penalti

Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap pemegang SPKK bagi pelanggaran seperti yang dinyatakan di bawah.

KesalahanPenalti
Memalsukan atau mengubah maklumat / dokumen untuk menyertai tender atau mendapatkan kontrakPenggantungan selama 2 tahun
Menarik diri sebelum keputusan tender dibuatPenggantungan selama 1 tahun
Menarik diri selepas kontrak ditawarkanPenggantungan selama 2 tahun
Menjalankan subkontrak tanpa kelulusan pelangganPenggantungan selama 2 tahun
Gagal memenuhi tanggungjawab kontrak:

i. Kelewatan
ii. Tidak memenuhi spesifikasi
Amaran
Penamatan kontrak bagi projek yang dipanggil melalui tenderPenggantungan selama 2 tahun
Penamatan kontrak bagi projek yang dipanggil melalui sebut harga & Requisition (kerja undian)Penggantungan selama 1 tahun
Kontraktor sengaja menyertai perolehan kerja kerajaan semasa tempoh penggantungana. Pembatalan Pendaftaran SPKK

b. Ahli Lembaga Pengarah / Pemilik disenarai hitam selama 3 tahun

Syarikat yang dikenakan tindakan tatatertib SPKK boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian dalam tempoh 21 hari daripada tarikh tindakan SPKK berkuat kuasa terhadap syarikat tersebut.

Biar MISHU uruskan pendaftaran SPKK anda

Perkhidmatan pendaftaran dan pembaharuan CIDB kami boleh menguruskan semua keperluan anda sebagai kontraktor berdaftar, termasuk PPK, SPKK, STB serta pertukaran kod pengkhususan. Professional, pantas, dan pada harga berpatutan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top