panduan pendaftaran kontraktor bumiputera untuk sijil taraf bumiputera cidb

Panduan Pendaftaran STB CIDB Untuk Kontraktor Bumiputera

Apabila kontraktor Bumiputera memperoleh Sijil Taraf Bumiputera (STB), mereka boleh memohon projek pembinaan khas untuk perniagaan Bumiputera.

Contoh Projek Pembinaan Khas Bumiputera yang Memerlukan Sijil Taraf Bumiputera

Namun sebelum itu, mereka perlu mendapatkan sijil PPK dan SPKK daripada CIDB. Jika ini kali pertama anda mendengar tentang sijil-sijil ini, sila rujuk panduan kami di bawah:

Jika anda sudah biasa, teruskan membaca untuk mengetahui cara mendaftar STB anda!

Berikut adalah langkah-langkah yang kami susun:

  • Syarat status Bumiputera
  • Pemeriksaan premis
  • Tempoh pendaftaran / pembaharuan
  • Dokumen yang diperlukan, dan
  • Cara menghantar permohonan STB

Nota: Anda dipersilakan baca panduan STB CIDB (panjang!) atau terus hubungi kami untuk bantuan!

Sekarang, jom mulakan.

Syarat pengiktirafan Status Bumiputera

Syarikat kontraktor mestilah sentiasa memenuhi syarat berikut:

Pemilikan dan pegangan saham

  • Pemilikan saham individu: Bagi Gred G2 hingga G7, sekurang-kurangnya 51% saham mesti dipegang oleh individu Bumiputera, manakala Gred G1 memerlukan milikan 100% Bumiputera.
  • Bilangan pemegang saham: Sekurang-kurangnya 51% pemegang saham mestilah Bumiputera untuk Gred G2 hingga G7, dan Gred G1 memerlukan 100% pemegang saham Bumiputera.
  • Pemilikan perkongsian: Dalam perkongsian, sekurang-kurangnya 51% daripada rakan kongsi mestilah Bumiputera untuk Gred G2 hingga G7, dan 100% untuk Gred G1.
  • Pemilikan majoriti oleh syarikat lain: Jika majoriti saham dikawal oleh syarikat lain, syarikat tersebut mesti memenuhi syarat pegangan saham individu, pemegang saham, dan Lembaga Pengarah.

Pengurusan dan kawalan

  • Komposisi lembaga pengarah: Sekurang-kurangnya 51% ahli Lembaga Pengarah mestilah Bumiputera untuk Gred G2 hingga G7, dan 100% untuk Gred G1.
  • Jawatan utama: Sekurang-kurangnya 51% daripada jawatan utama mestilah diisi oleh individu Bumiputera untuk Gred G2 hingga G7, dan 100% untuk Gred G1.
  • Kawalan kewangan: Individu Bumiputera mesti mengawal sekurang-kurangnya 51% pengurusan kewangan, termasuk penandatangan cek dan penjamin bagi kemudahan overdraf, untuk Gred G2 hingga G7, dan 100% untuk Gred G1.
  • Penandatangan cek dan pencalonan: Penandatangan cek dan calon sijil mestilah pengarah, pemegang saham, atau pekerja yang menyumbang kepada KWSP yang berkaitan dengan syarikat.

Komposisi pekerja

Sekurang-kurangnya 51% pekerja yang menyumbang kepada KWSP mestilah Bumiputera untuk Gred G2 hingga G7, dengan Gred G1 memerlukan 100% pekerja Bumiputera.

Pemeriksaan premis

Pegawai CIDB boleh meminta untuk memeriksa premis anda bagi permohonan berikut:

  • permohonan baru
  • permintaan untuk menukar alamat operasi
  • untuk kenaikan taraf daripada G1 Bumiputera ke gred lebih tinggi
  • apabila penjelasan lanjut diperlukan.

Premis perlu buktikan syarikat menjalankan perniagaan aktif dan sepadan dengan gred yang dipohon.

Tempoh pendaftaran dan pembaharuan

  • Status Bumiputera yang didaftarkan selepas September 2019 Tempoh maksimum bagi Gred G1 ialah 12 tahun.
  • Syarikat Bumiputera yang didaftarkan Sebelum September 2019: Dibenarkan dua kali pembaharuan, setiap satu sah untuk tempoh enam tahun.
  • Syarikat G1 dengan tempoh kurang 20 Tahun: Pendaftaran dibenarkan sehingga maksimum 26 tahun daripada tarik pendaftaran, selepas itu syarikat mesti naik taraf ke gred lebih tinggi.

Dokumen yang diperlukan

  • Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran untuk:
    • Lembaga Pengarah;
    • Pemegang saham (individu & individu dalam syarikat pemegang saham);
    • Penandatangan cek; dan
    • Calon dalam sijil.
  • Surat pengesahan bank
  • SSM E-Info / Pulangan Tahunan yang disahkan oleh SSM
  • Penyata KWSP A
  • Borang pengisytiharan pekerjaan (bagi penjawat awam)
  • Perjanjian Perkongsian Berstempel oleh LHDN untuk G2 dan ke atas (nyatakan peratusan pengagihan saham bagi setiap individu)*
  • Bagi syarikat dengan rakan kongsi bukan Bumiputera (nyatakan peratusan pengagihan saham bagi setiap individu).
  • Carta organisasi syarikat

Cara hantar permohonan STB

Permohonan STB dibuat secara dalam talian melalui portal CIMS CIDB dan tidak dikenakan bayaran.

 laman utama cidb cims

Untuk panduan langkah demi langkah mengenai pendaftaran, sila rujuk dokumen teknikal rasmi pendaftaran STB oleh CIDB di sini.

Setelah selesai, anda boleh mencetak sijil STB anda seperti contoh di bawah.

Contoh Sijil Taraf Bumiputera CIDB

Somoga permohonan STB anda berjalan dengan lancar, dan jika anda inginkan bantuan, MISHU ada di sini!

Izinkan MISHU bantu pendaftaran STB anda

Jika anda enggan habiskan masa mengisi borang dan dokumen, kami telah membantu banyak perniagaan dapatkan pendaftaran CIDB mereka, dan kami sedia membantu anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top