panduan-lengkap-lesen-kedai-gunting-rambut-dan-salun-rambut-dbkl

Panduan Lengkap Lesen Salun & Kedai Gunting Rambut DBKL

Satu kelebihan salun atau kedai gunting rambut adalah keperluan teknikal dan modal kurang membebankan, menjadikannya pilihan selamat untuk usahawan muda dan baharu.

Selain itu, anda melakukan kerja mulia: Membantu orang botak nampak macam ada rambut.

kedai gunting rambut di kuala lumpur
Atau bantu yang ada rambut nampak botak.

Untuk berniaga di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, anda akan perlukan lesen premis salun atau kedai gunting rambut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Panduan ini menerangkan proses permohonan lesen ini selengkapnya, termasuk:

  • dokumen wajib
  • syarat premis, dan
  • yuran lesen

Jom, mulakan.

Dokumen wajib

Permohonan lesen premis kedai gunting rambut atau salun akan meminta dokumen berikut:

  • Borang permohonan (boleh didapati di portal eLesen DBKL)
  • Salinan pendaftaran syarikat / perniagaan (Borang 9 & 49 atau Borang D dengan butiran pemilik / perniagaan)
  • Salinan MyKad / pasport pemohon

Ini bermakna anda tidak boleh memohon lesen premis sebelum mendaftar Enterprise atau menubuhkan syarikat Sdn Bhd.

MISHU boleh bantu anda, jadi hubungi kami jika inginkan pertolongan!


Syarat salun dan kedai gunting rambut

Kerana lesen premis DBKL hanya sah untuk setahun, perniagaan anda mesti patuhi semua syarat di bawah atau permohonan pembaharuan lesen mungkin ditolak.

DBKL menutup kedai gunting kerana melanggar peraturan.
Jangan ingat diorang tak buat!

DBKL boleh memeriksa premis anda pada bila-bila masa dan kegagalan mematuhi peraturan boleh menyebabkan lesen dibatalkan.


1. Paparan dan pematuhan lesen

  • Lesen perniagaan mesti sentiasa dipaparkan di tempat yang jelas di premis.
  • Premis hanya boleh digunakan untuk aktiviti yang dinyatakan dalam lesen.

2. Aktiviti terlarang

Anda dilarang melakukan aktiviti berikut dalam premis:

  • Aktiviti hiburan seperti menyanyi dan karaoke.
  • Makan, minum, atau menjual makanan dan minuman.
  • Membawa masuk atau menjaga haiwan peliharaan.
  • Membahagikan ruang dalam premis dengan dinding atau bilik tanpa kelulusan DBKL.

3. Syarat premis

  • Pintu / dinding premis mesti diperbuat daripada kaca agar ruang dalam dan luar boleh dilihat dengan jelas.
  • Poster atau gambar pada kaca tidak boleh menutup keseluruhan permukaan.
  • Aktiviti perniagaan hanya boleh dijalankan dalam premis—dilarang gunakan kaki lima / ruang luar.
  • Sediakan tong sampah yang cukup dan diluluskan DBKL.
  • Semua sampah mesti dibungkus dalam plastik sebelum dibuang ke dalam tong.
  • Tidak boleh menyebabkan gangguan atau pencemaran kawasan sekitar.

4. Pekerja dan tatatertib

  • Pekerja di kedai gunting/salun mesti berumur 18 tahun ke atas.
  • Tukang gunting / pendandan rambut mesti memakai pakaian seragam yang sopan, kemas, dan bersih.
  • Tukang gunting / pendandan rambut mesti bersikap sopan ketika melayani pelanggan.
  • Setiap tukang gunting / pendandan rambut mesti menjalani pemeriksaan kesihatan sekali setahun dan menyerahkan sijil kesihatan daripada doktor yang diluluskan kerajaan kepada DBKL.

Yuran lesen

DBKL mengenakan bayaran berdasarkan bilangan kerusi gunting rambut di premis

Secara teori, lebih banyak kerusi = lebih banyak pendapatan = anda perlu membayar lebih!

Bilangan Kerusi GuntingYuran (RM)
1 – 3RM24
4 – 8RM100
9 – 15RM200
16 – 20RM300
21 dan ke atasRM500

Lesen ini sah untuk satu tahun dan perlu diperbaharui dengan kadar yang sama setiap tahun.

Jajan lupa rujuk panduan lesen papan tanda DBKL kami – nanti macam mana orang tahu anda jual apa!

Semoga permohonan anda berjalan dengan lancar dan kami sedia membantu jika diperlukan!

Biar MISHU bantu mohon lesen kedai gunting rambut anda

Perlukan bantuan penyediaan dokumen dan penghantaran permohonan lesen premis DBKL? Hubungi kami sekarang! 🚀

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top