Panduan Lengkap Permohonan Lesen Perniagaan MPAJ
Bagi yang ingin berniaga di kawasan Ampang, panduan ini menerangkan proses permohonan lesen perniagaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selengkapnya.

Begini cara kami jelaskannya:
- maksud ‘lesen perniagaan’ MPAJ
- dokumen yang diperlukan
- syarat papan tanda
- yuran dan tempoh sah lesen
- langkah proses permohonan
Nota: Kadar yuran lesen Pihak Berkuasa Tempatan kerap berubah jadi gunakanlah nombor di bawah sebagai anggaran sahaja, dan hubungi kami untuk maklumat terkini!
Jom, kita mulakan.
Lesen premis, papan tanda, dan komposit MPAJ
Ini adalah contoh lesen perniagaan MPAJ:

Lesen perniagaan ini terdiri daripada dua lesen:
- Lesen premis
- Lesen papan tanda (lesen iklan)
Kedua-dua lesen ini dipohon bersama-sama di bawah lesen komposit MPAJ.
Sekarang, jom lihat dokumen yang diperlukan.
Dokumen wajib
Ad tiga kategori dokumen yang perlu disediakan:
- Dokumen umum (untuk semua permohonan)
- Dokumen tambahan (untuk aktiviti tertentu)
- Dokumen sokongan (untuk industri tertentu)
Dokumen umum
- Dokumen pendaftaran perniagaan
- Salinan gambar pemohon
- Salinan MyKad / pasport pemohon
- Pelan lokasi premis
- Pelan lantai (A4 dengan ukuran dalam meter)
- Gambar berwarna bahagian luar, dalam premis, dan tandas
- Salinan perjanjian sewa
- Salinan cukai taksiran (cukai pintu) dan bil tanah (cukai tanah) yang terkini
- Visual berwarna papan tanda perniagaan (saiz A4)
- Pengesahan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Surat sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat
Dokumen tambahan mengikut aktiviti
Dokumen ini boleh diperoleh daripada jabatan kerajaan berkaitan:
- Kelulusan Pengubahsuaian Bangunan daripada Jabatan Bangunan & Senibina MPAJ
- Kelulusan Kebenaran Merancang daripada Jabatan Perancangan Bandar MPAJ
- Lesen Temporary Occupation Licence (TOL) daripada Pejabat Tanah Selangor
Dokumen tambahan mengikut industri
Ada terlalu banyak industri untuk kami senaraikan semuanya tetapi berikut adalah dokumen sokongan bagi beberapa jenis perniagaan yang popular.
Jenis Perniagaan | Dokumen Sokongan |
---|---|
Premis makanan | – Sijil Kursus Pengendalian Makanan – Suntikan TY2 – Pemasangan Perangkap Minyak – Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (FOSIM) atau Jabatan Kesihatan Negeri |
Pusat kecantikan & salun rambut | – Sijil Perubatan untuk pemeriksaan kesihatan – Sijil Kelayakan pemilik dan pekerja |
Pusat kesihatan | – Sijil Perubatan untuk pemeriksaan kesihatan – Sijil Kelayakan untuk semua pemilik dan pekerja – Surat sokongan polis (untuk pusat refleksologi) |
Agensi pelancongan | – Lesen Agensi Pelancongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) |
Penjual & pengedar minuman keras | – Lesen Minuman Keras daripada Pejabat Tanah & Daerah |
Pusat jagaan kanak-kanak | – Permit Tadika daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) |
Tadika & pusat tuisyen | – Permit Pendidikan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor – Kelulusan daripada Jabatan Perancangan MPAJ (jika di bangunan kediaman) – Sijil Pengendalian Makanan & Suntikan TY2 (jika menyediakan makanan) |
Syarat papan tanda
Berikut adalah contoh reka bentuk papan tanda yang mematuhi keperluan MPAJ:

Keperluan papan tanda terperinci:
- Berwarna dan bersaiz A4, dengan ukuran dalam meter persegi
- Teks Bahasa Melayu mesti 30% lebih besar dan diberi keutamaan berbanding bahasa lain
- Aktiviti perniagaan mesti dinyatakan dalam Bahasa Melayu
- Nombor lesen perniagaan mesti dipaparkan di penjuru bawah kanan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, teks Bahasa Melayu mesti mendapat kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan tidak boleh mengandungi sebarang kandungan yang tidak senonoh.
Yuran & tempoh sah laku
MPAJ mengenkan empat jenis yuran kepada pemohon lesen:
- Yuran pemprosesan
- Yuran papan tanda
- Yuran premis
- Yuran percetakan
Semua permohonan dikenakan yuran pemprosesan sebanyak RM50.
Yuran lesen papan tanda bergantung kepada saiz papan tanda dan sama ada ia bercahaya atau tidak.
Papan tanda tidak bercahaya

- ≤ 5 meter persegi: RM100.00
- Setiap tambahan 1 meter persegi: RM10.00
Papan tanda bercahaya

- ≤ 8 meter persegi: RM150.00
- Setiap tambahan 1 meter persegi: RM15.00
Yuran lesen premis berbeza mengikut jenis perniagaan dan keluasan lantai, dan berikut adalah contoh bagi premis F&B (makanan & minuman):
Keluasan Premis (Meter Persegi) | Yuran Lesen Tahunan (RM) |
---|---|
Bawah 90 | 250 |
91 – 120 | 500 |
121 ke atas | 750 |
Selepas lulus, pemohon perlu membayar RM50 untuk lesen fizikal yang wajib dipamerkan di premis.
Lesen ini sah selama satu tahun dan boleh diperbaharui pada kadar yang sama.
Untuk anggaran yuran terkini bagi perniagaan anda, hubungi kami!
Langkah permohonan & pembaharuan lesen
Kebanyakan perniagaan boleh pilih antara permohonan fizikal atau secara dalam talian.
Pilihan 1: Permohonan fizikal
Permohonan boleh dikemukakan di Aras 4, Ibu Pejabat MPAJ, bersama borang dan dokumen berkaitan.

Namun, jika anda tidak tinggal berdekatan, pilihan kedua mungkin lebih mudah.
Pilihan 2: Penghantaran dalam talian
Kebanyakan perniagaan boleh menghantar permohonan lesen dan pembaharuan secara dalam talian melalui platform IComm MPAJ.

Jika ini kali pertama anda memohon, anda perlu mendaftar akaun baharu.
Dan itu sahaja yang anda perlu tahu buat masa ini!
Senarai Semak Sebelum Permohonan
Untuk proses permohonan berjalan lancar, pastikan anda telah menyelesaikan lima perkara berikut:
- Mendaftar perniagaan dengan SSM (Enterprise atau Sdn Bhd)
- Menentukan lokasi premis yang sesuai
- Mendapatkan dokumen sokongan yang diperlukan
- Mereka bentuk papan tanda yang mematuhi garis panduan MPAJ
- Menyediakan pelan lantai serta mengambil gambar premis
Semoga berjaya! Dan jangan lupa, kami sedia membantu jika anda memerlukan panduan lanjut! 😊
Biar MISHU uruskan permohonan lesen MPAJ anda
Perlukan bantuan penyediaan dokumen dan penghantaran permohonan lesen perniagaan MPAJ? Hubungi kami sekarang! 🚀