Panduan Permohonan Lesen Perniagaan MBIP

Panduan Ringkas Permohonan Lesen Perniagaan MBIP

Bagi yang ingin berniaga di sekitar Iskandar Puteri, panduan ini menjelaskan proses permohonan lesen perniagaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Pihak Berkuasa Tempatan kawasan tersebut.

logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Begini cara kami menerangkannya:

  • maksud sebenar ‘lesen perniagaan’ MBIP
  • senarai dokumen yang diperlukan
  • yuran dan tempoh sah lesen
  • di mana nak mohon, dan
  • tawaran untuk biar kami uruskan permohonan anda!

Jom mulakan.

Maksud ‘lesen perniagaan MBIP’

Lesen perniagaan MBIP yang lazim akan merangkumi sekurang-kurangnya dua jenis lesen:

  1. Lesen premis
  2. Lesen papan tanda

Kerana dua lesen ini begitu penting, MBIP membenarkan mereka dipohon sekaligus sebagai lesen komposit yang membolehkan lebih daripada tiga jenis aktiviti perniagaan di bawah satu premis.

Untuk lulus, sesebuah bisnes perlu memenuhi semua syarat premis dan papan tanda MBIP.

Dokumen wajib

Semua permohonan lesen mesti disertakan dengan senarai dokumen berikut:

  • salinan MyKad / pasport
  • dokumen pendaftaran perniagaan
  • salinan perjanjian sewa / geran tanah
  • salinan pelan lokasi
  • gambar berwarna bahagian luar dan dalam premis
  • reka bentuk papan tanda yang disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  • surat kelulusan pelan bangunan, dan
  • Certificate of Fitness (CF)

Sesetengah jenis perniagaan akan perlukan dokumen tambahan dan senarai penuh ada di sini.

Yuran dan tempoh sah lesen

Terdapat dua jenis yuran:

  1. Yuran pemprosesan RM20 semasa hantar permohonan
  2. Yuran lesen yang perlu dibayar selepas permohonan diluluskan

Jumlah yuran lesen bergantung pada jenis aktiviti dan saiz premis. Anda boleh anggar jumlahnya dengan merujuk senarai caj MBIP.

Walaupun anda boleh memohon untuk lesen tiga tahun, tempoh sah paling biasa ialah satu tahun, dan perlu diperbaharui sebelum 31 Disember pada tahun lesen tersebut dikeluarkan.

Di mana nak hantar permohonan

Permohonan boleh dihantar secara fizikal di Jabatan Pelesenan MBIP bersama borang dan dokumen berkaitan.

ibu pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (Medini Iskandar)

Dan itu sahaja yang anda perlu tahu buat masa ini!

Senarai semak sebelum memohon

Untuk permohonan lesen yang lancar, pastikan anda buat lima perkara ini terlebih dahulu:

  1. Daftar Enterprise atau Sdn Bhd
  2. Cari premis yang sesuai
  3. Sediakan dokumen sokongan yang betul
  4. Reka papan tanda yang patuhi garis panduan MBIP
  5. Sediakan pelan lantai dan ambil gambar premis

Semoga berjaya, dan kami sentiasa di sini kalau anda perlukan bantuan!

Biar MISHU bantu mohon lesen perniagaan MBIP anda

Pasukan pelesenan kami telah membantu lebih dua ribu perniagaan memahami dan memenuhi syarat pelesenan PBT di seluruh Malaysia. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan tentang permohonan lesen perniagaan dari PBT Johor!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top