10 Soalan Lazim Sewaan Petak Khas Untuk Bisnes Di Malaysia

10 Soalan Lazim Sewaan Petak Khas Untuk Bisnes Di Malaysia

Nota: Bagi yang nak uruskan permohonan sendiri, kami cadangkan layari laman web PBT anda terus, sebab di situlah anda boleh dapat syarat dan borang permohonan yang khusus. Kalau rasa proses PBT anda terlalu banyak memakan masa dan anda perlukan bantuan, anda tahu di mana nak cari kami 🙂

Perniagaan di Malaysia boleh menyewa petak khas untuk pelbagai sebab, tapi biasanya untuk halang pemandu bukan pelanggan daripada letak kereta depan kedai secara sah!

Ramai juga yang ‘chup’ petak secara haram, tapi ini sebenarnya menunjukkan betapa pentingnya untuk buat permohonan secara sah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Jangan main ‘chup’ je.

Tempahan petak khas dikawal oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan kerana setiap PBT ada undang-undang sendiri, butiran permohonan akan berbeza sedikit dari segi:

  • kriteria kelayakan
  • dokumen sokongan
  • waktu sekatan yang dibenarkan
  • syarat kelulusan, dan paling penting,
  • kadar sewa!

Walaubagaimanapun, setelah membantu premis di pelbagai lokasi dengan permohonan mereka, prosesnya lebih kurang sama, dan panduan ni menjawab 10 soalan terpenting tentang sewaan petak khas.

Yang malas baca boleh terus hubungi kami!

Kalau tidak, jom mulakan.

1. Adakah semua perniagaan boleh sewa petak khas?

Walaupun ada PBT dengan senarai perniagaan khusus, kebanyakannya membenarkan semua perniagaan memohon, tapoi kelulusan bergantung 100% pada budi bicara mereka.

Lazimya,a kebanyakan PBT akan utamakan:

  • perniagaan berkaitan kenderaan (bengkel, kedai tayar, aksesori)
  • klinik dan pusat kesihatan
  • hotel
  • pusat cuci kereta, dan
  • bilik pameran / showroom
contoh turutan keutamaan dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Turutan keutamaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Sesetengah PBT juga ada kategori khas seperti pemilik OKU atau premis berasaskan penghantaran (dan akan perlukan dokumen sokongan tertentu).

2. Apa dokumen sokongan yang diperlukan?

Antara dokumen paling biasa diminta:

  • borang permohonan tempahan petak khas
  • lesen perniagaan yang sah
  • pendaftaran SSM/syarikat
  • resit Cukai Taksiran terkini tanpa tunggakan
  • gambar tapak
  • pelan lokasi

Dokumen tambahan mungkin diminta ikut jenis perniagaan.

3. Berapa petak boleh disewa oleh satu premis?

Biasanya:

  • 1 petak untuk perniagaan umum
  • 2–3 petak untuk perniagaan berkaitan kenderaan

Ada juga PBT yang wajibkan sesetengah perniagaan mohon jumlah tertentu.

Perniagaan yang wajib memohon petak letak kereta sewaan khas di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
MPAJ mewajibkan perniagaan ini wajib memohon petak khas di kawasan mereka.

Biasanya sebab ketiadaan petak khas akan mengganggu aliran trafik.

4. Apakah kos sewa bulanan?

Kadar berbeza mengikut PBT, zon dan kategori.

Kadar sewaan petak khas di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Kadar sewa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, akan ada kos tambahan seperti:

  • deposit
  • caj mengecat petak
  • caj pemprosesan, dan
  • kos patil / barrier

Kalau nak selamat sediakan bajet RM200–RM500 sebulan untuk setiap petak.

5. Berapa lama tempoh sewa?

Ada PBT yang hanya beri tempoh 12 bulan, tapi kebanyakan juga sediakan pilihan 3 atau 6 bulan.

6. Berapa lama untuk dapat kelulusan?

Proses biasanya ambil 2 minggu hingga 2 bulan kerana perlu pemeriksaan tapak.

Kawasan kurang sibuk = lebih cepat.

Kawasan sibuk macam Bukit Bintang = lebih lama.

7. Boleh saya halang orang daripada letak kereta?

Boleh, tetapi hanya dalam waktu operasi yang dibenarkan.

Gambar petak letak kereta yang ditempah, juga dikenali sebagai petak letak kereta sewaan khas.
Tak yah pakai pasu bunga.

Di luar waktu itu, petak tersebut boleh digunakan oleh sesiapa.

8. Apa waktu sekatan yang dibenarkan?

Kebanyakan PBT tetapkan waktu operasi seperti:

  • 8:00 pagi – 6:00 petang
  • 8:00 pagi – 6:30 petang, dan
  • sehingga 10:00 malam untuk kategori tertentu

Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga sedang merancang petak 24 jam bermula 2026 pada kadar RM400 sebulan.

berita mengenai petak letak kereta 24 jam di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya


Di luar waktu dibenarkan, petak mesti dibuka untuk orang awam.

9. Macam mana nak perbaharui sewaan?

Memohon pembaharuan biasanya perlu dibuat sebelum tarikh tamat, contohnya:

  • dalam 14 hari, atau
  • 30 hari

Lewat boleh menyebabkan tanda dipadam dan caj mengecat dikenakan.

10. Boleh tak PBT tarik balik petak saya?

Boleh. Selain tidak bayar atau salah guna, PBT boleh tamatkan permit atas sebab trafik, keselamatan, atau jika lokasi tidak lagi sesuai.

Rumah mereka, peraturan mereka 🙂

Itu sahaja buat sekarang, jadi kalau dah sedia, hubungi kami untuk bantuan sewaan petak khas anda.

Biar MISHU bantu permohonan petak khas anda

Pasukan lesen perniagaan MISHU telah membantu perniagaan dari pelbagai lokasi di Malaysia dengan permohonan petak khas mereka, dan kami sedia membantu anda juga.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top