panduan-lengkap-permohonan-lesen-perniagaan-MBSA

Panduan Lengkap Permohonan Lesen Perniagaan MBSA

Dengan lebih 430,000 penduduk, Shah Alam merupakan lokasi yang baik untuk mulakan perniagaan.

Buat para usahawan di luar sana, panduan kami menerangkan proses mendapatkan lesen perniagaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan ini.

Ibu Pejabat MBSA

Berikut adalah dokumen rasmi yang kami gunakan sebagai rujukan:

Begini cara kami susun panduan ini:

  1. Di mana untuk memohon lesen perniagaan MBSA
  2. Dokumen yang diperlukan untuk semua jenis perniagaan
  3. Dokumen tambahan untuk perniagaan tertentu
  4. Cara pengiraan yuran lesen

Jom, kita mulakan.

Di mana untuk mohon lesen perniagaan MBSA

Berita baik: Permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan MBSA boleh dibuat secara dalam talian melalui portal myMBSA.

Portal myMBSA untuk memohon lesen perniagaan MBSA

Jika ini kali pertama anda menggunakan eLesen, anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu.

Sebagai alternatif, anda boleh memohon menggunakan aplikasi myMBSA untuk Android atau iOS—tapi perlu diingat, ramai pengguna melaporkan pengalaman yang kurang memuaskan!

Pengguna MBSA mengadu tentang prestasi aplikasi
Bersabarlah, saudara Suhairi.

Sekarang, mari lihat dokumen yang diperlukan.

Dokumen wajib

Dokumen umum

Untuk permohonan lazim lesen perniagaan, industri, dan papan tanda, sediakan dokumen berikut:

  • Borang Permohonan Lesen Komposit yang lengkap
  • Gambar premis berwarna (dari bahagian depan, belakang, dalam, kiri dan kanan)
  • Salinan resit Cukai Taksiran Hartanah premis terkini
  • Salinan MyKad atau Pasport & Visa Perniagaan yang sah (untuk bukan warganegara)
  • Satu (1) keping gambar berukuran pasport
  • Salinan Dokumen Pendaftaran Syarikat:
    • Untuk Sdn Bhd: Maklumat syarikat daripada SSM
    • Untuk Enterprise/LLP: Maklumat perniagaan (Borang D)
  • Salinan Sijil Layak Menduduk (Certificate of Fitness) atau Borang F
  • Salinan Perjanjian Sewa atau Pembelian (jika premis persendirian)
  • Pelan lokasi (lihat contoh)
  • Pelan lantai (lihat contoh)
  • Reka bentuk papan tanda berserta dimensi (lihat contoh)

Nota penting: Papan tanda perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.


Dokumen sokongan (jika berkenaan)

  • Untuk bahan berbahaya: Surat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (DOE), Jabatan Bomba, atau pihak berkuasa berkaitan
  • Untuk menjual barang terpakai: Kelulusan Polis
  • Untuk jualan arak: Kelulusan Pejabat Daerah
  • Untuk pengendalian makanan: Sijil Kursus Pengendalian Makanan & rekod suntikan tifoid

Senarai di atas tidak merangkumi semua jenis perniagaan dan aktiviti anda mungkin memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tertentu – hubungi kami untuk jawapan terperinci!

Contoh lakaran yang diperlukan oleh MBSA

Berikut adalah contoh lakaran yang diperlukan oleh MBSA:

Lakaran pelan lantai premis mbsa
Contoh lakaran pelan lantai.
Lakaran peta lokasi mbsa
Contoh lakaran peta lokasi.
Lakaran reka bentuk papan tanda perniagaan mbsa
Contoh reka bentuk papan tanda.
Gambar perangkap gris untuk permohonan lesen perniagaan MBSA.
Gambar perangkap gris.
Gambar cerobong asap untuk permohonan lesen MBSA.
Gambar cerobong asap.
Suntikan tifoid untuk permohonan lesen perniagaan MBSA.
Gambar sijil suntikan tifoid.

Yuran lesen

Semua permohonan dikenakan yuran pemprosesan sebanyak RM50, dan yuran lesen perniagaan MBSA bergantung pada jenis perniagaan dan saiz premis.

Berikut adalah contoh cara yuran lesen dikenakan untuk dua jenis perniagaan:

Jenis PerniagaanSaiz PremisYuran Lesen (RM)Deposit (RM)
Pusat KecantikanSehingga 60 sqm100.001,000.00
60–100 sqm200.00
100–200 sqm300.00
Melebihi 200 sqm500.00
Pusat KesihatanSetiap 10 sqm atau sebahagian daripadanya100.002,000.00

Nota: Malangnya, senarai penuh harga tidak diterbitkan secara dalam talian. Jika anda ingin tahu yuran lesen perniagaan anda, sila hubungi MBSA terus—atau minta bantuan kami!

Izinkan MISHU bantu permohonan lesen MBSA anda

Pasukan kami berpengalaman luas membantu pemilik perniagaan dengan permohonan dan pembaharuan lesen MBSA mereka. Hubungi kami jika anda memerlukan pertolongan!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top