panduian lengkap pembaharuan lesen cidb

Panduan Pembaharuan Sijil PKK CIDB

Sijil Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB bagi kontraktor boleh diperbaharui sehingga 120 hari sebelum tarikh tamat tempoh, sekaligus dengan sijil STB dan SPKK jika ada.

contoh sijil PPK CIDB

Bagi kontraktor yang ingin uruskan pembaharuan sendiri, panduan kami menerangkan proses ini selengkapnya, termasuk:

  • syarat pembaharuan
  • dokumen wajib
  • tempoh lanjutan
  • yuran, dan
  • cara serahkan permohonan pembaharuan

Nota: Panduan ini khusus untuk pembaharuan lesen CIDB pada gred PPK yang sama. Jika anda ingin menaik taraf atau menurunkan gred, sila rujuk panduan gred CIDB kami.

Jom, kita mulakan.

Syarat kelayakan pembaharuan

Syarat untuk memperbaharui sijil PPK CIDB tidak rumit:

  • bebas daripada tindakan disiplin yang melarang pembaharuan lesen
  • penuhi keperluan modal berbayar dan tenaga kerja mengikut gred
  • mata CCD yang cukup dalam tempoh satu tahun (dengan bukti):
    • G1 & G2: 10 mata
    • G3 & G4: 20 mata
    • G5 & G6: 30 mata
    • G7: 40 mata
  • penilaian SCORE sah (atau MCORE untuk kontraktor G1)

Walaupun pembaharuan sijil PPK tidak memerlukan taraf SCORE tertentu, sijil SPKK memerlukan sekurang-kurangnya penarafan 2 bintang bagi kontraktor G2, dan 3 bintang bagi kontraktor G3 hingga G7.

Pembaharuan kali pertama juga perlu mengemukakan bukti menghadiri kursus berikut:

  • Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor (semua kontraktor baharu)
  • Sijil Kecekapan Pengurusan Perniagaan (SKP) (kontraktor G1 – G3 tanpa kakitangan teknikal)
  • Pengurusan Fasiliti (SKP / PKP) (kontraktor Kategori F)

Jika anda memenuhi syarat ini, tiba masanya untuk mengumpulkan dokumen yang diperlukan!

Dokumen sokongan

Sesetengah dokumen diperlukan untuk semua pembaharuan, manakala yang lain bergantung pada:

  • Jenis entiti perniagaan
  • Kategori CIDB
  • Pembaharuan kali pertama

Kami telah menyusun senarai ini sejelas mungkin, tapi hubungi kami untuk penjelasan lanjut!

Dokumen lazim

  • Profil SSM terkini
  • Semua sijil teknikal dan kelayakan berkaitan
  • Bukti mata CCD terkumpul:
    • sijil kursus atau sijil kehadiran
    • dokumen-dokumen lain yang membuktikan mata CCD terkumpul
    • permit kerja (jika mata CCD diperoleh melalui pekerja asing)

Dokumen tambahan

  • Resume pengalaman dalam kerja Pengurusan Fasiliti (FM)
  • Sijil Orang Kompeten
  • Sijil Pendaftaran dengan agensi lain
  • Penyata caruman KWSP
  • Sijil Kompetensi Kemahiran Fasiliti (SKK) untuk Kategori F

Pembaharuan kali pertama

Sdn Bhd

  • Penyata kewangan beraudit terkini
  • Laporan Tahunan terkini

Milikan tunggal, perkongsian & LLP

  • Penyata kewangan terkini
  • Perjanjian perkongsian untuk Perkongsian dan LLP

Tempoh sah pembaharuan

Lesen CIDB boleh diperbaharui untuk tempoh minimum satu tahun dan maksimum tiga tahun bergantung pada jumlah mata CCD yang terkumpul.

Sebagai contoh, kontraktor G7 memerlukan sekurang-kurangnya 40 mata CCD setahun.

  • Jika ada 80 mata, lesen boleh diperbaharui untuk dua tahun
  • Jika afa 120 mata, lesen boleh diperbaharui untuk tiga tahun (tapi nak kumpul 120 mata tak mudah!)

Yuran

Pembaharuan lesen CIDB pada gred sama melibatkan yuran pemprosesan RM30 dan yuran lesen pada kadar separuh yuran pendaftaran gred tersebut.

Contoh: Yuran pendaftaran sijil G7 adalah RM1,400 setahun, jadi yuran pembaharuan adalah RM700 untuk satu tahun, dan jika diperbaharui untuk tiga tahun, yuran keseluruan adalah RM2,100.

Ini belum termasuk caj perkhidmatan pihak ketiga – tapi kami janji kadar kami cukup berpatutan! 🙂

Langkah proses pembaharuan

Memandangkan anda sudah ada akaun di portal CIDB CIMS, anda hanya perlu log masuk dan pilih untuk memperbaharui pendaftaran.

cidb cims portal untuk perbaharui lesen cidb

Dari situ, platform akan membimbing anda melalui proses pembaharuan, meminta anda untuk memuat naik dokumen, mengemas kini butiran perniagaan, dan membayar yuran pemprosesan.

Portal juga akan bertanya sama ada anda mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah dan Status Bumiputera (STB). Jika ya, kedua-duanya boleh diperbaharui serentak tanpa kos tambahan.

Jika semuanya berjalan lancar, permohonan akan diproses dalam masa dua hari bekerja.

Setelah diluluskan, anda ada 14 hari untuk membayar yuran pembaharuan, dan selepas itu, anda boleh kembali ke tapak pembinaan untuk setahun lagi!

Semoga berjaya, dan jika anda perlukan bantuan, kami sentiasa di sini untuk anda.

Biar MISHU uruskan pembaharuan CIDB anda

Bagi yang kesuntukan masa, gunakan perkhidmatan runner CIDB kami untuk mengendalikan semua keperluan pendaftaran dan pembaharuan CIDB anda – profesional, pantas dan pada harga berpatutan!

Soalan lazim yuran pembaharuan lesen CIDB


  • Berapakah kos memperbaharui lesen CIDB G1?
    💡RM10/setahun.

  • Berapakah kos memperbaharui lesen CIDB G2?
    💡RM40/setahun.

  • Berapakah kos memperbaharui lesen CIDB G3?
    💡RM75/setahun.

  • Berapakah kos memperbaharui lesen CIDB G4?
    💡RM175/setahun.

  • Berapakah kos memperbaharui lesen CIDB G5?
    💡RM350/setahun.

  • Berapakah kos memperbaharui lesen CIDB G6?
    💡RM500/setahun.

  • Berapakah kos memperbaharui lesen CIDB G7?
    💡RM700/setahun.

  • Berapakah caj profesional MISHU untuk pembaharuan lesen CIDB?
    💡Kami mengenakan kadar RM1,000 untuk pembaharuan lesen dan RM1,200 untuk permohonan baharu, tanpa mengira gred (tidak termasuk yuran CIDB).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top