panduan membuka gim di mmalaysia

Panduan Lengkap Membuka Gim Di Malaysia [2024]

Di Malaysia, pusat kecergasan fizikal berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) peringkat daerah tanpa badan persekutuan untuk menyelaraskan gim di seluruh negara, lantas butiran sering sukar untuk diperoleh.

Jika anda sedang mencari maklumat untuk membuka gim atau pusat kecergasan, anda telah datang ke tempat yang betul!

alat senaman bina badan untuk menunjukkan kepada pembaca bahawa ini adalah panduan untuk membuka gim yang betul
Nanti jangan lupa jemput kami main besi!


Panduan ini memberikan gambaran umum syarat dan proses yang terlibat dalam membuka sebuah gim di Malaysia (dan tawaran untuk izinkan MISHU membantu anda!).

Begini cara kami akan menerangkannya:

  • Kami akan mula dengan senarai keperluan wajib
  • Kami akan merangkumi proses pendaftaran gim yang lazim (termasuk jadualnya)
  • Kami akan menyediakan yuran apabila tersedia supaya anda boleh merancang bajet dengan sewajarnya

NOTA: Kami menggunakan panduan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai rujukan, dan akan menyenaraikan panduan Pihak Berkuasa Tempatan lain yang kami ada di hujung panduan.

Mari kita mulakan!

Keperluan wajib untuk gim

Seperti yang telah disebutkan, setiap gim di Malaysia tertakluk kepada keperluan khusus Pihak Berkuasa Tempatan di mana terletaknya premis gim tersebut.

logo pelbagai pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mengatur keperluan gim
Tahukan anda: Ada 155 PBT di Malaysia!

Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menetapkan ini sebagai kewajipan:

  • Pintu masuk utama ke gim tidak boleh dikunci semasa waktu operasi.
  • Lebih daripada 1/4 permukaan pintu masuk gim harus diperbuat daripada kaca jernih.
  • Pekerja di bawah 18 tahun atau yang disyaki mempunyai penyakit berjangkit tidak boleh diupah.
  • Mesti ada cahaya terang dan pengudaraan yang mencukupi.
  • Premis gim mesti sentiasa bersih.

Jika diteliti, syarat-syarat di atas semuanya berkait dengan keselamatan dan kebersihan, dan keperluan secara amnya seragam buat semua PBT – pastikan gim anda selamat dan bersih, dan upah pekerja yang sah di sisi undang-undang. Gagal memenuhi kriteria ini dan gim boleh ditutup dengan serta-merta.

Selain itu, gim boleh dijalankan sama ada sebagai Milikan Tunggal (Enterprise) atau Sdn Bhd (lebih lanjut berkenaan topik ini di bawah).

Proses & Jadual Membuka Gim

MBPJ adalah di antara Pihak Berkuasa Tempatan yang membenarkan permohonan secara dalam talian untuk membuka gim melalui portal eLesen mereka. Tidak semua PBT menawarkan kelebihan ini, jadi periksa dengan Pihak Berkuasa Tempatan anda jika mereka memerlukan permohonan secara fizikal.

Jadual di bawah menunjukkan proses permohonan unutk membuka gim yang lazim.

LangkahMasa DiambilDokumen / Yuran
Langkah 1: Pendaftaran Syarikat3 – 5 hari bekerjaDaftar akaun di SSM MyCoID dan lakukan tempahan nama + pendaftaran.

Yuran: RM1,010
Langkah 2: Mohon Lesen Premis dan Papan Tanda15 – 30 hari bekerjaDiperoleh dari Pihak Berkuasa Tempatan di mana premis anda terletak.

Yuran: RM100 – 200 untuk MBPJ (berbeza mengikut daerah)
Langkah 3: Mohon Lesen Gim30 hari bekerjaDaftar akaun eLesen dan hantar permohonan untuk permit sementara bersama dokumen sokongan yang diperlukan.

Yuran: RM1000 untuk MBPJ (berbeza mengikut daerah)
Langkah 4: Pemeriksaan Premis oleh Pihak Berkuasa Tempatan10 – 21 hari bekerja berdasarkan kesan backlog permohonanPegawai pemeriksa premis anda; jika tiada masalah, anda akan dibenarkan untuk mendapat lesen.

Jika ada isu, pembetulan perlu dibuat dalam jangka masa tertentu (biasanya 14 hari).
Langkah 5: Terima lesen untuk mengendalikan gim14 – 21 hari bekerjaLesen sah selama 1 tahun dan boleh diperbaharui.

Ia mesti dipaparkan dengan jelas di premis pada setiap masa.


Secara keseluruhan, berikan dua hingga tiga bulan untuk memulakan operasi gim dari masa anda mula proses, tertakluk kepada keupayaan pegawai PBT untuk memeriksa premis anda, dan sama ada anda lulus pemeriksaan pertama (biasa untuk memerlukan beberapa pembetulan).

Selain itu, anda tidak perlu menubuhkan Sdn Bhd sebagai entiti perniagaan anda untuk menjalankan gim – sebaliknya, anda boleh mendaftar sebagai Enterprise SSM yang jauh lebih murah dan cepat.

Satu gim kecil untuk menunjukkan bahawa pemilikan tunggal atau enterprise merupakan entiti perniagaan yang baik untuk beberapa gim
Terutamanya jika anda ingin buka gim secara kecil-kecilan saja.


Keperluan gim mengikut PBT

Ini adalah senarai tidak menyeluruh dari pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan, dan kami berjanji untuk menambah lebih lagi apabila kami membantu pemilik perniagaan di seluruh Malaysia membuka gim baru.

  1. Majlis Perbandaran Petaling Jaya
  2. Majlis Perbandaran Selayang
  3. Majlis Perbandaran Subang Jaya
  4. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Sekarang, izinkan MISHU bantu anda!

Izinkan MISHU bantu membuka gim anda

Co sec Manager Fenny


Pasukan pakar lesen perniagaan MISHU boleh membantu anda berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengenalpasti keperluan khusus dan menjadikan proses menubuhkan gim cukup mudah. Hubungi kami hari ini!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to top