panduan jenis insurans perniagaan untuk pks di malaysia

6 Jenis Insurans Perniagaan Untuk PKS Malaysia

Memandangkan terdapat pelbagai pakej insurans perniagaan khas untuk PKS di Malaysia, jarang sekali sesebuah PKS pada tahun 2024 benar-benar ‘terlalu kecil’ untuk dilindungi pelan insurans.

bilik stor terbengklai untuk menunjukkan kebanyakan PKS masih perlu dilindungi insurans perniagaan
Kecuali kalau premis anda nampak macam ini.


Namun, sebuah artikel dari 2022 oleh portal berita The New Straits Times melaporkan bahawa 80 peratus daripada PKS di Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans yang cukup. Artikel lain dari hujung 2023 pula melaporkan 85 peratus PKS tidak dilindungi sepenuhnya!

Menurut artikel tersebut, pemilik perniagaan mengutamakan aktiviti yang menjana pendapatan – tetapi kecuali perniagaan tersebut menjana untung berpuluh-puluh ribu setiap bulan, mustahil pendapatan akan melebihi kerugian sekiranya berkalu kemalangan yang tidak dijangka.

Lantas, dalam pos ini, kita akan merangkumi:

  • enam jenis insurans perniagaan yang lazim untuk PKS di Malaysia, dan
  • status potongan cukai bayaran premium insurans

Jom mulakan!


Enam pelan insurans perniagaan utama

Dari pelbagai jenis polisi insurans pernigaan, kami telah sediakan senarai pendek enam yang paling relevan untuk semua PKS tanpa mengira sektor dan industri:

  • Manfaat / Faedah Pekerja
  • Insurans Keyman (kakitangan penting)
  • Insurans Indemniti Profesional
  • Insurans Liabiliti Awam
  • Insurans Liabiliti Produk
  • Insurans Komersial (premis & harta perniagaan)

1. Insurans Manfaat / Faedah Pekerja

Sebuah pelan insurans faedah pekerja merupakan satu paket kesihatan dan perlindungan yang dibeli oleh sebuah syarikat untuk pekerjanya dan boleh merangkumi pelbagai faedah sebagaimana yang dilihat sesuai oleh majikan, termasuk:

  • Penjagaan kesihatan konvensional seperti lawatan doktor dan prosedur perubatan
  • Rawatan pergigian seperti pemeriksaan berkala, pembersihan, dan rawatan
  • Perlindungan perubatan untuk membantu dengan kos ubat yang diperlukan
  • Penjagaan mata termasuk pemeriksaan mata, cermin mata, dan kanta lengkap
  • Perkhidmatan kesihatan mental seperti sesi terapi atau kaunseling

2. Insurans Keyman (kakitangan penting)

Insurans Keyman adalah polisi insurans hayat yang melindungi hayat seorang kakitangan yang mempunyai nilai tinggi kepada syarikat seperti eksekutif C-suite, jurujual senior, atau pengurus / pemimpin kanan.

Jika orang kunci ini meninggal dunia atau hilang upaya secara kekal, perniagaan akan diberi pampasan untuk membantu menggantikan kehilangan pendapatan. Wang yang diterima boleh dilaburkan untuk mencari dan melatih pengganti yang sesuai.

3. Insurans Indemniti Profesional

Insurans Indemniti Profesional meliputi perbelanjaan proses perundangan seperti kos mahkamah dan pampasan yang perlu dibayar kepada pelanggan yang mengalami kerugian kewangan akibat kesilapan atau kelalaian pemilik perniagaan atau pekerjanya.

Tidak kira betapa berpengalaman dan berpengetahuan, pasti akan membuat kesilapan, dan kadang-kala kesilapan ini akan menyebabkan kerugian yang teruk bagi pelanggan. Insurans indemniti profesional melindungi bukan sahaja perniagaan dan pekerjanya, tetapi juga pelanggan yang mengalami kerugian kewangan.

4. Insurans Liabiliti Produk

Insurans liabiliti produk akan menganggung kos mahkamah dan tindakan undang-undang yang berpunca daripada kematian atau kecederaan disebabkan oleh produk yang dijual oleh perniagaan anda.

Meskipun anda berusaha untuk memastikan produk anda memenuhi standard industri, kemalangan masih boleh berlaku. Insurans liabiliti produk memberi perlindungan kepada perniagaan anda bagi kerosakan badan dan harta dalam situasi-situasi begini.

5. Insurans Liabiliti Awam

Insurans liabiliti am melindungi perniagaan anda dari kos mahkamah disebabkan oleh kecederaan atau kerosakan harta yang dialami oleh pihak ketiga (bukan sebahagian daripada perniagaan anda) di premis anda atau semasa operasi perniagaan anda.

Kemalangan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dan mempunyai insurans liabiliti awam memastikan perniagaan anda dilindungi jika ia berlaku. Ini memberikan ketenangan fikiran kepada anda supaya tumpuan sepenuhnya boleh diberikan kepada menjalankan perniagaan anda.

6. Insurans Komersial (premis & harta perniagaan)

Insurans harta melindungi pemilik dan isi kandungan bangunan daripada kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam atau vandalisme dan sabotaj. Ia juga meliputi pihak ketiga yang cedera semasa berada di harta pemilik.

Melindungi premis juga penting dalam kes penutupan sementara yang mengakibatkan kerugian pendapatan, serta untuk menampung kos pembaikan dan penggantian.

Adakah insurans pernigaan layak untuk potongan cukai?

Dalam kebanyakan kes, jawapannya adalah ‘ya’, premium insurans dianggap sebagai perbelanjaan yang boleh dipotong cukai selagi:

  • Ditanggung secara eksklusif dalam pengeluaran pendapatan (tidak boleh untuk melindungi tuntutan terhadap aset peribadi).
  • Tidak mempunyai ‘nilai tunai atau serahan’.
nilai serahan pelan insuran yang meneyebabkan ia tidak layak untuk potongan cukai

Nilai serahan dalam polisi insurans merujuk kepada jumlah wang yang diterima oleh pemegang polisi jika mereka menamatkan atau ‘menyerahkan’ polisi mereka sebelum tarikh kematangan, mengorbankan faedah polisi tersebut untuk mendapat nilai tunai sebagai gantian.

Jenis insurans yang paling biasa yang datang dengan nilai penyerahan adalah Insurans Keyman, tetapi pastikan anda rujuk ejen insurans anda untuk menjelaskan butiran semua polisi insurans anda.

Izinkan MISHU bantu anda cari pelan insurans perniagaan

Co sec Manager Fenny


MISHU bekerjasama dengan rangkaian ejen insurans yang berkelayakan untuk membantu pemilik PKS dari pelbagai industri mencari polisi khas untuk melindungi perniagaan mereka. Hubungi kami hari ini!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top