panduan permohonan surat pengecualian lesen pengilang MIDA

Panduan Ringkas Surat Pengecualian Lesen Pengilang MIDA

Pengilang di Malaysia yang tidak memenuhi syarat Lesen Pengilang MIDA sebaliknya perlu mendapatkan Surat Pengecualian Lesen Pengilang, juga dari MIDA.

Gambar pengilang kecil di Malaysia untuk menunjukkan contoh pengilang yang perlu memohon surat pengecualian MIDA sebagai ganti.

Bagi yang tidak pasti mana satu perlu dipohon, panduan ini akan terangkan:

  • cara menentukan sama ada anda perlu surat pengecualian MIDA
  • kesan tidak memenuhi srayat Lesen Pengilang
  • yuran, tempoh sah laku, proses pembaharuan, dan
  • cara menghantar permohonan Surat Pengecualian

Nota: Maklumat ini juga boleh didapati dalam panduan rasmi MIDA. Sesiapa yang lebih selesa dengan sumber rasmi dialu-alukan membacanya–MISHU tetap sedia membantu permohonan anda!

Jom, mulakan.

Lesen Pengilang vs Surat Pengecualian Lesen?

Ada empat syarat yang mewajibkan sesebuah pengilang memohon Lesen Pengilang MIDA:

  1. Pelaburan Modal Per Pekerja (CIPE) sekurang-kurangnya RM140,000.00
  2. Sekurang-kurangnya 80% pekerja sepenuh masa adalah warganegara Malaysia
  3. Sama ada dana pemegang saham minimum RM2.5 juta atau 75 orang pekerja sepenuh masa
  4. Sama ada sekurang-kurangnya 25% tenaga kerja terdiri daripada kakitangan pengurusan, teknikal, dan penyeliaan atau nilai tambah (VA) minimum sebanyak 40%

Pengilang yang tidak memenuhi keempat-empat kriteria ini wajar memohon Surat Pengecualian.

    Kesan Surat Pengecualian Lesen Pengilang

    Tak perlu bimbang jika anda tidak memenuhi syarat Lesen Pengilang MIDA!

    Pengilang dengan surat pengecualian masih layak untuk insentif MIDA, termasuk dua insentif utama:

    • Taraf Perintis (Pioneer Status): Pengecualian cukai pendapatan antara 70% hingga 100% selama lima hingga 10 tahun.
    • Elaun Cukai Pelaburan (ITA): Elaun antara 60% hingga 100% ke atas perbelanjaan modal tertentu.

    Insentif-insentif ini diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam sektor yang bermanfaat untuk ekonomi Malaysia, tidak kira sama ada mereka mempunyai lesen penuh atau surat pengecualian.

    Yuran, tempoh sah, dan pembaharuan

    Ada dua jenis yuran permohonan yang anda perlu tahu:

    PermohonanYuran (RM)
    Pengecualian Lesen Pengilangan1,000
    Insentif Tambahan (contohnya ITA)2,500

    Untuk senarai penuh yuran sila rujuk senarai harga rasmi MIDA.

    Setelah diluluskan, pengecualian biasanya sah untuk lima (5) tahun sebelum perlu diperbaharui melalui saluran sama seperti permohonan asal.

    Cara hantar permohonan surat pengecualian

    MIDA hanya membenarkan permohonan secara dalam talian melalui portal InvestMalaysia mereka.

    Portal InvestMalaysia MIDA untuk permohonan dan pembaharuan Surat Pengecualian Lesen Pengilangan.

    Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu.

    Kemudian, ikut panduan pengguna ini yang menerangkan permohonan langkah demi langkah:

    Jika tiada isu, surat kelulusan sementara akan dikeluarkan dalam enam hingga lapan minggu.

    Anda akan diminta untuk menyertakan dokumen sokongan, dan setelah lengkap, Surat Pengecualian Lesen Pengilang akan diluluskan dalam tujuh hingga 60 hari.

    Kami ucapkan selamat berjaya dengan permohonan anda, dan ingat kami sentiasa sedia membantu!

    Biar MISHU uruskan pengecualian lesen MIDA anda

    Jika anda ada kerja lebih penting daripada mengisi borang dan menghantar dokumen, hubungi kami – kami membantu perniagaan mendapatkan lesen dan insentif MIDA, dan kami sedia membantu anda juga.

    Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

    please include country code

    Scroll to top