Panduan permohonan kontraktor g1 cidb

Panduan Lengkap Syarat Kontraktor G1

Sebagai gred terendah CIDB, G1 mempunyai syarat kelayakan yang paling minimum berbanding gred lain dan kontraktor G1 dibenarkan melaksanakan projek bernilai hingga RM200,000.

sekumpulan besar kontraktor sebagai simbol bilangan kontraktor CIDB G1 yang ramai di Malaysia
Satu-satunya gred dengan yuran pendaftaran lebih rendah daripada yuran pemprosesan!

Industri pembinaan Malaysia menawarkan banyak peluang kepada kontraktor pada baget ini, dan bagi yang ingin menguruskan permohonan CIDB G1 sendiri, panduan ini menerangkan:

  • bagaimana sistem penggredan CIDB berfungsi
  • syarat kelayakan minimum
  • dokumen sokongan
  • langkah dan yuran pendaftaran, dan
  • syarat pembaharuan sijil

Jom, mulakan.

Bukan semua kontraktor G1 adalah sama

Di bawah sistem CIDB, gred kontraktor mencerminkan keupayaan kewangan, manakala kategori dan kod pengkhususan menentukan kepakaran teknikal.

Ini bermaksud:

  • gred menentukan nilai maksimum projek yang boleh dilaksanakan (RM200,000 bagi G1)
  • kategori dan pengkhususan menentukan jenis projek yang dibenarkan

Oleh itu, pemilihan kategori dan kod pengkhususan yang betul adalah sangat penting tidak kira apa gred pun, dan jika anda belum tentukan kategori anad, sila rujuk senarai kod bidang CIDB kami.

Syarat kelayakan kontraktor G1

Sijil utama bagi kontraktor CIDB ialah Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).

Contoh Sijil PPK CIDB G1

Untuk layak memohon, syarikat perlu memenuhi dua syarat utama berikut:

  • menggaji seorang kakitangan teknikal warganegara Malaysia dengan Sijil Teknikal
  • modal berbayar RM5,000 (RM10,000 jika ingin memohon SPKK)

Syarat SPKK G1

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) bukanlah sijil wajib, namun ia lazimnya akan dimohon kerana melayakkan kontraktor menyertai perolehan projek pembinaan kerajaan.

Contoh sijil CIDB SPKK

Bagi kontraktor G1 yang ingin menyertai tender kerajaan, permohonan SPKK hanya boleh dibuat selepas Sijil PPK diluluskan, dan untuk layak syarat berikut perlu dipenuhi:

  • Sijil PPK G1 yang sah
  • modal berbayar RM10,000
  • penilaian MCORE yang sah
  • bebas daripada tindakan tatatertib atau sabitan mahkamah ketika permohonan dibuat

Syarat STB G1

Kontraktor yang layak dan telah memperoleh sijil SPKK beterusnya oleh memohon Sijil Taraf Bumiputera (STB) bagi melayakkan perolehan projek kerajaan khas untuk kontraktor Bumiputera.

Contoh Sijil Taraf Bumiputera (STB) CIDB

Bagi kontraktor G1, syarikat mestilah dimiliki 100% Bumiputera dalam aspek berikut:

  • pemilikan saham
  • bilangan pemegang saham atau rakan kongsi
  • lembaga pengarah
  • jawatan pengurusan utama
  • kawalan kewangan (termasuk penandatangan cek dan penjamin kemudahan overdraf)
  • pekerja sepenuh masa

Selain itu, syarikat juga mesti mempunyai pejabat fizikal dengan papan tanda yang dipamerkan. Jika berkongsi premis dengan syarikat Bumiputera lain, ruang pejabat hendaklah dipisahkan dengan jelas. Perkongsian premis dengan syarikat bukan Bumiputera pula adalah tidak dibenarkan.

Dokumen sokongan

Secara am, semua pemohon G1 perlu menyediakan senarai dokumen utama yang sama, dan bergantung pada kategori dan pengkhususan, pemohon mungkin memerlukan dokumen tambahan.

Dokumen sokongan utama

  • salinan MyKad pemohon (pemilik atau pengarah) serta semua kakitangan teknikal
  • sijil akademik bagi semua kakitangan teknikal yang diisytiharkan
  • bukti pekerjaan seperti:
    • penyata caruman KWSP terkini; atau
    • Borang A berserta resit pembayaran bagi semua kakitangan teknikal
  • penyata PERKESO atau slip gaji terkini bagi kakitangan yang berumur melebihi 55 tahun
  • Sdn. Bhd. / Berhad: Penyata Tahunan (Annual Return) terkini serta bukti modal berbayar
  • ROB / PLT / SKM / ROS: Penyata kewangan terkini atau perjanjian perkongsian
  • maklumat syarikat daripada e-Info SSM bagi PLT
  • sijil SKM atau ROS berserta senarai rasmi ahli lembaga pengarah bagi koperasi dan persatuan

Dokumen sokongan tambahan

  • sijil atau kelulusan daripada agensi lain yang diperlukan mengikut pengkhususan, seperti SPAN, Suruhanjaya Tenaga (ST), JKKP, atau PDRM
  • Sijil Pendaftaran Orang Kompeten, jika dikehendaki bagi pengkhususan yang dipohon

Nota: Senarai dokumen di atas hanya merujuk kepada permohonan PPK. Untuk maklumat sijil tambahan sila rujuk panduan kami tentang pendaftaran SPKK dan STB.

Langkah pendaftaran, tempoh sah & yuran

Semua permohonan pendaftaran dan pembaharuan CIDB dibuat secara dalam talian melalui portal CIMS CIDB. Bagi pemohon kali pertama, anda perlu mewujudkan akaun pengguna atas nama pengarah atau pemilik syarikat.

Halaman utama portal CIMS CIDB

Sijil PPK G1 dikenakan yuran pendaftaran RM20 setahun dan lazimnya dikeluarkan untuk tempoh sah dua tahun. Setelah akaun didaftarkan permohonan melibatkan empat langkah mudah:

  1. Pilih kategori, pengkhususan dan gred yang berkaitan.
  2. Muat naik semua dokumen sokongan.
  3. Bayar yuran permohonan RM50.
  4. Setelah permohonan diluluskan, bayar yuran pendaftaran RM40.

Sekiranya semua dokumen lengkap, permohonan CIDB lazimnya diproses dalam tempoh tujuh hari bekerja. Tempoh sah sijil selama dua tahun bermula dari tarikh yuran pendaftaran dijelaskan.

Selepas sijil PPK, kontraktor yang berminat boleh memohon SPKK dan STB jika mahu dan layak.

Tapi nak tidak, semua kontraktor baharu perlu memenuhi syarat pematuhan wajib selepas pendaftaran!

Selepas pendaftaran & pembaharuan

Pengumuman CIDB mengenai sesi latihan Kursus Integriti dan Kod Etika

Sepanjang dua tahun pertama, kontraktor G1 baharu perlu memenuhi syarat berikut bagi layak memperbaharui sijil nanti:

  • menghadiri dan lulus kursus yang berkaitan dengan pengkhususan mereka:
  • memperoleh sekurang-kurangnya 10 mata CCD dalam tempoh setahun
  • memperoleh penarafan MCORE

Pembaharuan sijil juga dibuat melalui CIMS dan boleh diserahkan sehingga 120 hari sebelum tarikh luput. Sijil boleh diperbaharui sehingga tiga tahun bergantung kepada jumlah mata CCD yang terkumpul – untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan mata CCD kami.

Sekiranya syarat dipenuhi, sijil SPKK dan STB juga boleh diperbaharui serentak. Itu saja daripada kami,dan semoga berjaya dengan permohonan anda 😊

Izinkan MISHU uruskan permohonan G1 CIDB anda

Bagi yang kesuntukan masa, gunakan perkhidmatan runner CIDB kami untuk mengendalikan semua keperluan pendaftaran dan pembaharuan CIDB anda – profesional, pantas dan pada harga berpatutan!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top