Panduan Ringkas Permohonan Lesen Pengilang MIDA / MITI
Semua aktiviti perkilangan di Malaysia diselia oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), agensi persekutuan yang bertanggungjawab untuk sektor ini.

Oleh itu, setiap perniagaan yang ingin menjalankan aktiviti perkilangan mesti berdaftar dengan MIDA, and panduan ini akan menerangkan butiran penting tentang dua lesen utama dari MIDA.
Begini cara kami menerangkannya:
- hubungan antara MIDA dan MITI
- syarat kelayakan Lesen MIDA dan faedahnya
- bagaimana jika tidak memenuhi syarat tersebut
- yuran, tempoh sah laku dan pembaharuan
- lengkah memohon, dan
- cadangan untuk biar kami uruskannya untuk anda!
Panduan ini hanya penjelasan am, tetapi kami telah sertakan pautan kepada sumber rasmi MIDA bagi yang inginkan maklumat penuh.
Jom, mulakan.
Isi Kandungan
Lesen Pengilang MIDA atau MITI?
Kami ingin menjelaskan sesuatu yang sering menyebabkan kekeliruan: Sama ada Lesen Pengilang dikeluarkan oleh MIDA atau Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Jawapannya ialah kedua-duanya: Lesen ini dikeluarkan oleh MITI, tetapi MIDA adalah agensi di bawah MITI yang menguruskan permohonan dan pembaharuan.
Penting untuk diingat adalah ‘Lesen Perkilangan MITI’ dan ‘Lesen Perkilangan MIDA’ adalah lesen sama!
Syarat Kelayakan
Ada dua syarat layak mohon Lesen Pengilang MIDA.

Satu syarat wajib:
- minimum 80% tenaga kerja sepenuh masa adalah warga Malaysia
Serta satu daripada dua syarat berikut:
- sama ada minimum 75 pekerja sepenuh masa atau dana pemegang saham minimum RM2.5 juta.
Untuk definisi ‘dana pemegang saham’ rujuk bahagian akhir garis panduan MIDA.
Kelebihan buat yang layak
Selain merupakan kewajipan undang-undang, Lesen MIDA juga datang dengan banyak insentif.

Kami akan kongsi sedikit tentang dua insentif utama:
- Status Perintis: Pengecualian cukai pendapatan 70% – 100% untuk lima hingga 10 tahun.
- Elaun Cukai Pelaburan (ITA): Elaun 60% – 100% untuk perbelanjaan modal tertentu.
Kedua-dua skim ini diberikan kepada perniagaan yang terlibat dalam sektor yang diiktiraf sebagai bermanfaat untuk ekonomi Malaysia dan dikenali sebagai ‘promoted activities‘.
Para pengilang hanya boleh memohon salah satu daripada dua insentif ini, jadi pilihlah dengan bijak.
Tapi ingat, ini hanya dua daripada pelbagai insentif yang ditawarkan MIDA. Rujuk senarai insentif MIDA untuk lihat banyak lagi skim termasuk yang khusus kepada industri.
Bagaimana kalau tak penuhi syarat kelayakan?

Pengilang yang tidak memenuhi keempat-empat kriteria dalam bahagian sebelum ini perlu memohon Pengecualian Lesen Pengilang MIDA.
Walaupun tidak layak untuk lesen penuh, mereka masih boleh menikmati insentif MIDA yang terpilih, termasuk Status Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan (ITA).
Yuran, tempoh menunggu, tempoh sah, dan pembaharuan
Berikut adalah yuran permohonan utama yang anda perlu tahu:
| Jenis Lesen | Yuran (RM) |
|---|---|
| Lesen Pengilang | 1,500 |
| Insentif Tambahan (cth: ITA) | 2,500 |
| Pengecualian Lesen Pengilang | 1,000 |
Untuk lihat semua jenis yuran, sila rujuk senarai harga rasmi MIDA.
Selpas diluluskan, kedua-dua jenis lesen mempunyai tempoh sah laku selama lima (5) tahun sebelum perlu diperbaharui melalui saluran sama seperti permohonan.
Jom kita terangkan proses permohonan supaya anda boleh ambil langkah pertama tampa berlengah.
Cara hantar permohonan
MIDA hanya membenarkan permohonan secara dalam talian melalui portal InvestMalaysia mereka.

Jika ini kali pertama anda menggunakan platform ini, anda perlu daftar akaun baharu.
Setelah itu, anda ikut sahaja langkah-langkah dalam panduan pengguna rasmi MIDA:
Jika tiada isu, surat kelulusan sementara akan dikeluarkan dalam tempoh enam hingga lapan minggu.
Anda akan diminta untuk mengemukakan beberapa dokumen sokongan, dan setelah lengkap, Lesen Pengilang akhir akan diluluskan dalam tempoh tujuh hingga 60 hari.
Selamat berjaya dalam permohonan anda — dan ingat kami di sini jika anda perlukan bantuan!
Biar MISHU uruskan permohonan lesen MIDA anda
Jika anda dah muak mengisi borang dan berhubung dengan agensi kerajaan, kami telah membantu ramai perniagaan mendapatkan lesen dan insentif MIDA mereka, dan kami sedia membantu anda juga!
💡 Terma dan formula utama seperti yang ditakrifkan oleh MIDA
-
1. Value Added (VA)
Harga Kilang 100% – (% kos bahan mentah/komponen, sama ada diimport atau tempatan). -
2. Indeks Pengurusan, Teknikal & Penyeliaan (MTS)
Jumlah pekerja pengurusan, teknikal & penyelia ÷ jumlah pekerja sepenuh masa. Termasuk pekerja berkelayakan kejuruteraan/teknikal/sains atau kemahiran teknikal lain. -
3. Peratus pekerja warganegara sepenuh masa
Jumlah pekerja warganegara sepenuh masa ÷ jumlah pekerja sepenuh masa. Pekerja yang disumber luar kepada pihak ketiga/tidak dalam senarai gaji syarikat tidak dikira. -
4. Pekerja sepenuh masa
‘Pekerja bergaji sepenuh masa’ biasanya bekerja ≥6 jam sehari dan ≥20 hari sebulan selama 12 bulan setahun dan menerima gaji terus daripada syarikat, termasuk pekerja jualan, kejuruteraan, penyelenggaraan, pembaikan dan pengarah bergaji. -
5. Dana Pemegang Saham
Modal berbayar + rizab + baki akaun premium saham + baki akaun peruntukan untung & rugi. -
6. Nisbah Capital Investment per Employee (CIPE)
Jumlah pelaburan modal ÷ jumlah pekerja sepenuh masa. Termasuk pelaburan aset tetap dan sewaan jangka panjang untuk tanah dan bangunan. Pengiraan berdasarkan Pelaburan Modal pada akhir tahun kewangan ke atas bilangan pekerja sepenuh masa dalam tahun kewangan yang sama.