Artikel ini menjelaskan selengkapnya fungsi Pas Lawatan Ikhtisas (juga dikenali sebagai Professional Visit Pass) dan proses permohonan menerusi Jabatan Imigresen Malaysia, khususnya Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD).
Berikut adalah cara kami akan menerangkan topik ini:
- Kami akan mulakan dengan penjelasan tentang tujuan penggunaan Pas Lawatan Ikhtisas
- Kami akan bandingkannya dengan Pas Pekerja agar anda faham mana yang sesuai untuk keperluan anda
- Kami akan senaraikan kategori individu yang layak untuk Pas Lawatan Ikhtisas
- Kami akan membincangkan proses permohonan untuk Pas Lawatan Ikhtisas
- Kami akan cuba yakinkan anda untuk dapatkan bantuan MSIHU!
Jom mula!
Apakah itu Pas Lawatan Ikhtisas?
Pas Lawatan Ikhtisas (PVP) membenarkan bakat asing untuk menetap di Malaysia untuk tujuan pemindahan kepakaran, penyelidikan, sukarelawan, latihan, pengendalian pameran, atau latihan industri bersama organisasi tempatan buat tempoh maksimum 12 bulan bagi setiap pas yang dikeluarkan (enam bulan untuk latihan di hotel atau kilang). Pada akhir tempoh sah, ia boleh dilanjutkan untuk 12 bulan lagi, tetapi ini adalah sepenuhnya tertakluk kepada budi bicara pegawai imigresen.
Nota tentang hotel: Latihan hanya dibenarkan untuk hotel yang mempunyai empat bintang dan ke atas, kecuali untuk pelatih Indonesia yang dibenarkan untuk hotel tiga bintang dan ke atas. Pada setiap masa, sebuah hotel hanya boleh mempunyai sebanyak 25 pelatih.
Kami akan menjelaskan kategori- kategori di bawah, tetapi buat masa sekarang and perlu tahu bahawa definisi ini merangkumi pelbagai jenis pekerjaan dari profesional hingga ke guru agama dan pelajar.
Pas Lawatan Ikhtisas berbanding Pas Pekerja
Dan lebih penting lagi, yang mana sesuai dengan situasi anda?
Secara amnya, Pas Pekerjaan (EP) khusus buat warga asing yang ingin bekerja di Malaysia, sementara PVP merangkumi beberapa kegunaan selain bekerja. Jadual di bawah ini menggariskan perbezaan utama antara pas tersebut.
Pas Lawatan Profesional (PVP) | Pas Pekerjaan (EP) | |
---|---|---|
Umur pemohon | Boleh berada di bawah 18 tahun | Mesti berumur bekerja |
Tujuan | 1. Pindahan kemahiran 2. Penyelidikan 3. Latihan industri | Ketat untuk pekerjaan yang tidak boleh dipenuhi oleh bakat tempatan |
Upah bulanan minimum | Tiada | Sekurang-kurangnya RM3,000 |
Tempoh | 6 – 12 bulan | 1 – 5 tahun bergantung kepada kategori |
Tanggungan | Tidak dibenarkan | Dibenarkan dalam kategori tertentu |
Jika Pas Pekerja lebih sesuai untuk situasi anda, sila baca panduan kami tentang Pas Pekerja (Bahasa Ingerris buat masa sekarang).
Kategori Tambahan Pas Lawatan Ikhtisas
Berikut adalah kategori di mana Pas Lawatan Ikhtisas boleh dipertimbangkan:
- Pakar selain mereka yang dikelola oleh Visit Pass Unit (Ikhtisas) Expatriate Services Division
- Joki
- Sukarelawan
- Pelajar di bawah Program Pertukaran/ Mobiliti/ Latihan Industri di IPTA/ IPTS/ Sekolah Awam/ Swasta/ Kedutaan/ Hotel/ Syarikat
- Seniman luar negeri yang menjalankan penggambaran atau persembahan di Malaysia
- Memerlukan kelulusan dari Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) terlebih dahulu
- Guru agama Islam
- Guru agama (termasuk Imam di masjid)
- Guru Al-Quran
- Guru Bahasa Arab
- Pelajar agama Islam
- Checklist asing untuk pelajar 18 tahun dan ke atas dan di bawah 18 tahun
- Permohonan mesti dikemukakan oleh penaja (sekolah) sekurang-kurangnya sebulan sebelum pemohon memulakan pengajian mereka
- Penganut agama lain
- 40 tahun dan ke atas untuk paderi Hindu (Gurukkal), Granthi, Guru Dharma dan Imam
- 35 tahun dan ke atas untuk muzisi agama
- 30 tahun dan ke atas untuk pawang agama
- Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 12 bulan
- Permohonan mesti dikemukakan oleh penaja sekurang-kurangnya sebulan sebelum pemohon memulakan kerja
- Pelajar antarabangsa yang mengambil kursus agama di bawah Seminari Alkitab Malaysia
- Orang yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam program kerjasama kerajaan / atas matlamat kerajaan
Proses Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas
Sebelum memulakan proses permohonan, pastikan dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah sudah tersedia.
Dokumen yang diperlukan
- Gambar pasport terkini
- Salinan pasport (semua muka surat)
- Surat tawaran / perjanjian perkhidmatan / kontrak penaja / tawaran latihan industri di Malaysia (diluluskan oleh LHDN)
- Surat pengesahan daripada syarikat di negara asal pemohon mengenai butiran pekerjaan (gaji, jawatan, tempoh pas dipohon, dll), jika ada
- Borang Jaminan Peribadi (untuk bukan warganegara China) (diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri)
- Jaminan Keselamatan & Jaminan Bank (untuk warganegara China)
- Surat Anugerah / Kontrak, jika ada
Dokumen tambahan untuk aktiviti khusus
Untuk pemasangan / penempatan / penyelenggaraan jentera / peralatan:
- Invois pembelian jentera
- Borang K1 / ZB4 / Lain-lain / Surat Pengesahan dari Jabatan Kastam untuk mengesahkan lokasi fizikal syarikat di FTZ
- Untuk penempatan dalam aktiviti perlombongan: Surat kelulusan daripada Jabatan Mineral & Geosains Malaysia mengenai aktiviti perlombongan, Surat sokongan dari Jabatan Mineral & Geosains Malaysia untuk individu dan Lesen Perlombongan.
- Untuk Penguji Simulator Penerbangan: Surat sokongan dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia
- Untuk latihan industri: Jadual latihan / deskripsi kerja praktikum diperlukan
- Dokumen lain yang ditentukan berdasarkan permintaan
Mengenai dokumen lain yang mungkin diperlukan, ia bergantung pada industri, jadi hubungilah pasukan Pas Pekerjaan kami untuk nasihat berdasarkan keperluan anda.
Membuat permohonan secara dalam talian
Syarikat / penaja perlu mengemukakan permohonan bagi pihak pemohon. Lawati portal ESD, log masuk ke akaun ESD syarikat (atau daftar untuk akaun baharu) dan hantarkan permohonan bersama dengan dokumen sokongan.
Jika semuanya berjalan dengan lancar, permohonan akan diproses dalam 14 – 21 hari bekerja bergantung kepada program.
Setiap permohonan Pas Lawatan Ikhtisas dikenakan caj RM800, tidak termasuk yuran imigresen dan lesen lain.
Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh mengemukakan rayuan.
Sama ada anda membaca ini sebagai majikan atau bakat dari luar negeri, kami doakan anda proses permohonan yang lancar!
Tapi kan, kalau nak jamin permohonan lancar, apa kata anda gunakan perkhidmatan MISHU?
Biar MISHU uruskan permohonan Pas Lawatan Ikhtisas anda
Proses memohon Pas Lawatan menerusi Jabatan Imigresen Malaysia kadang-kala melibatkan kerumitan yang tidak dijangka. Pasukan MISHU berpengalaman luas dalam menyelesaikan isu-isu seperti ini – izinkan kami bantu memohon Pas Lawatan Ikhtisas buat pihak anda!