Panduan Membuka Agensi Pekerjaan Swasta Di Malaysia [2023]
Menurut senarai rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK), ketika artikel ini ditulis terdapat 997 agensi pekerjaan swasta berdaftar di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan 661 daripadanya bertempat di Lembah Klang!
Memandangkan tenaga buruh pekerja Malaysia meningkat kepada lebih 12 juta pada akhir tahun lepas, berita ini tak mengejutkan. Statistik ini mencadangkan sektor agensi pekerjaan swasta adalah pasaran yang sentiasa sedia untuk menampung kemasukan baru.
Bagi yang berminat, artikel ini adalah panduan selengkapnya untuk membuka agensi pekerjaan swasta mereka sendiri.
Begini cara kami akan menerangkannya:
- Kita mulakan dengan senarai keperluan yang mesti dipenuhi
- Kami senaraikan proses pendaftaran lazim (termasuk waktu menunggu)
- Kami nyatakan yuran / fi yang relevan supaya anda boleh merancang sewajarnya
P.S. Jika anda gemar membaca akta kerajaan, maklumat di bawah telah dipendekkan daripada Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, jadi jika anda mahukan butiran lanjut, boleh dicari dalam dokumen ini.
Kalau nak panduan yang ringkas, jom mula.
Keperluan minimum agensi pekerjaan swasta
Kami akan membahagikannya kepada tiga bahagian: keperluan syarikat, pengarah dan modal.
Keperluan syarikat
Maafkan kami kerana menyatakan yang jelas, tetapi anda perlu terlebih dahulu memperbadankan syarikat yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JTK:
- Sekurang-kurangnya 51% syarikat mesti dipegang oleh warganegara Malaysia
- Mesti mempunyai nama syarikat yang bermula dengan ‘Agensi Pekerjaan’
- Mesti menggunakan ‘u‘to carry on the business as Private Employment Agency to recruit and place worker/s to another employer‘ sebagai penjelasan aktiviti perniagaan
- Mesti memenuhi keperluan modal berbayar untuk lesen yang diperlukan
- Mesti mempunyai premis yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pengrekrutan
- Mudah diakses dengan pengangkutan awam dan terletak di tempat awam
- Tidak berdekatan dengan premis yang menjalankan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti tidak bermoral (seperti kelab malam)
- Memaparkan papan tanda yang boleh dilihat dengan jelas mengandungi nama dan nombor lesen agensi
- Mestilah premis komersial (rumah kediaman berstatus SOHO atau SOVO dibenarkan)
- Nota: Walaupun ruang co-working tidak dilarang secara nyata, ia mungkin menimbulkan komplikasi dan JTK berhak menolak permohonan mengikut budi bicara mereka
Keperluan jawatan pengarah
Kerana pengendalian tenaga kerja adalah tanggungjawab yang besar, JTK mempunyai syarat khusus buat pengarah agensi pekerjaan swasta:
- Mesti warganegara Malaysia
- Mesti bukan muflis yang dilepaskan
- Mesti memberikan akuan bersumpah bahawa mereka tidak disabitkan atas kesalahan di bawah undang-undang berkaitan dengan pemerdagangan manusia dan buruh paksa
Kami tidak boleh bayangkan sesiapa yang terlibat dalam pemerdagangan manusia akan mengemukakan permohonan kepada JTK, tapi kami hargai keprihatinan mereka.
Keperluan modal
Bergantung pada aktiviti perniagaan, agensi pekerjaan swasta di Malaysia perlu didaftarkan di bawah tiga kategori lesen dengan keperluan modal yang berbeza:
Kategori | Aktiviti Perniagaan | Modal Berbayar Minimum | Wang Jaminan | Wang Jaminan untuk Cawangan Baharu |
A | Penempatan pekerjaan untuk pencari kerja dalam Malaysia | RM50,000 | RM5,000 | RM5,000 |
B | Penempatan pekerjaan untuk pencari kerja dalam dan luar Malaysia Penempatan pekerjaan untuk pembantu rumah asing di Malaysia | RM100,000 | RM100,000 | RM30,000 |
C | Penempatan pekerjaan untuk pencari kerja dalam dan luar Malaysia, dan pekerja bukan warganegara di dalam Malaysia | RM250,000 | RM250,000 | RM100,000 |
Jaminan wang digunakan untuk memastikan agensi memenuhi tanggungjawabnya secara berterusan. Sekiranya wang itu digunakanoleh JTK, agensi tersebut mesti menambah balik nilainya supaya ia memenuhi jumlah jaminan wang minimum.
Kategori lesen yang manakah anda perlukan?
Soalan bagus – lihat jadual di bawah untuk lesesn yang sepadan dengan aktiviti pernigaan anda.
Kategori Lesen | Permitted Activities |
A | 1. Menjalankan aktiviti pengambilan pekerja tempatan sahaja 2. Mengadakan sesi latihan untuk pekerja tidak melebihi tiga hari 3. Mengadakan seminar kerjaya, kaunseling, perundingan, dan pameran kerja |
B | 1. Menjalankan aktiviti pengambilan pekerja tempatan dan pekerja domestik asing 2. Mewakili majikan dalam urusan permohonan, pengambilan dan penempatan pekerja domestik asing (termasuk urusan dengan agensi kerajaan seperti KDN, JTK, JIM, dan lain-lain) 3. Memadankan pekerja tempatan dengan pekerjaan luar negara 4. Mengadakan sesi latihan untuk pekerja tidak melebihi tiga hari 5. Mengadakan seminar kerjaya, kaunseling, perundingan, dan pameran kerja |
C | 1. Menjalankan aktiviti pengambilan pekerja tempatan, pekerja domestik asing dan bukan warganegara 2. Mewakili majikan dalam hal berkaitan permohonan, pengambilan dan penempatan pekerja domestik asing dan bukan warganegara (termasuk urusan dengan agensi kerajaan seperti KDN, JTK, JIM dan lain-lain) 3. Memadankan pekerja tempatan dengan pekerjaan luar negara 4. Mengadakan sesi latihan untuk pekerja tidak melebihi tiga hari 5. Mengadakan seminar kerjaya, kaunseling, perundingan, dan pameran kerja |
Tidak kira lesen yang diperlukan oleh agensi anda, proses permohonan tetap sama, lantas kami ke bahagian seterusnya.
Proses & Garis Masa
Walaupun mungkin terdapat sedikit perbezaan bagi setiap kes, pertimbangkan langkah, garis masa dan dokumen/yuran yang diperlukan dalam jadual di bawah.
Langkah | Time Taken | Necessary Documents / Fees |
1: Perbadankan syarikat | 3 – 5 hari bekerja | Daftar akaun di SSM MyCoID dan lengkapkan tempahan nama + pemerbadanan. Anda akan diminta untuk memberikan maklumat berikut: 1. Nama syarikat yang dicadangkan 2. Status syarikat swasta atau awam 3. Jenis perniagaan yang dicadangkan 4. Alamat pejabat berdaftar 5. Alamat perniagaan 6. Butiran lengkap pengarah dan sponsor 7. Pengisytiharan daripada pengarah dan penganjur 8. Pengisytiharan pematuhan daripada individu yang bertanggungjawab untuk diperbadankan Yuran: RM1,010 |
2: Mohon lesen premis dan papan tanda | 15 – 30 hari bekerja | Ini mesti diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut lokasi premis. Anda akan diminta untuk memberikan maklumat berikut: 1. Salinan set lengkap dokumen SSM 2. Salinan Perjanjian Jual Beli ATAU Perjanjian Sewa 3. Salinan kad pengenalan ATAU gambar pasport pemohon 4. Salinan pelan susun atur pejabat anda 5. Gambar-gambar premis perniagaan 6. Salinan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ATAU Sijil Kelayakan (CF)Resit Keluar Sewa (Cukai Tanah) dan Taksiran (Cukai Taksiran/ Pintu) 7. Salinan surat sokongan Bomba/Sijil Bomba 8. Gambar bahagian luar premis anda menunjukkan tempat papan tanda akan dipaparkan 9. Visual warna papan tanda yang menunjukkan reka bentuk, warna dan ukuran fizikal Anda juga perlu menjalani pemeriksaan premis oleh pegawai PBT, dan membuat pengubahsuaian jika diminta. Yuran: Bergantung pada PBT |
3: Mohon Lesen JTK | 30 hari bekerja | Anda perlu mengisi dokumen berikut dan menyerahkannya secara fizikal di cawangan JTK yang terdekat: 1. Permohonan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta 2. Surat Akuan Bersumpah 3. Senarai Semak Permohonan Lesen Baharu Yuran: RM300 |
4: Daftar pekerja agensi dengan JTK | 30 hari bekerja | Seperti sebelum ini, dokumen ini mesti diserahkan secara fizikal di cawangan Jabatan Tenaga Kerja. 1. Permohonan Dokumen Pengenalan Diri 2. Senarai Semak Dokumen Pengenalan Diri Yuran: RM50 (setiap pekerja) |
5: Serahkan laporan bulanan | n/a | Setiap agensi pekerjaan swasta yang berdaftar wajib menyerahkan empat dokumen berikut kepada Jabatan Buruh setiap bulan: 1. Rekod Pendaftaran Pencari Kerja, Penempatan Dan Rekod Fi Dipungut 2. Rekod Pendaftaran Majikan, Penempatan Dan Rekod Fi Dipungut 3. Rekod Kekosongan Pekerjaan 4. Akuan Penerimaan Pekerja Oleh Majikan |
5: Perbaharui lesen JTK | 30 hari bekerja | Setiap kategori lesen adalah sah selama 24 bulan dari tarikh ia dikeluarkan, dan mesti diperbaharui selepas itu.Seperti sebelum ini, dokumen ini mesti diserahkan secara fizikal di cawangan Jabatan Tenaga Kerja. 1. Permohonan Pembaharuan Lesen 2. Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Lesen Yuran: RM100 |
Untuk senarai penuh proses yang terlibat dalam menjalankan agensi pekerjaan swasta, lihat senarai dokumen rasmi Jabatan Tenaga Kerja.
Adakah ini semua yang perlu anda tahu?
Ya dan tidak.
Perlu diingat bahawa ini hanyalah panduan untuk buka agensi pekerjaan swasta di Malaysia.
Walau bagaimanapun, untuk menjalankan dan mengembangkan agensi pekerjaan anda akan memerlukan banyak pengetahuan tentang proses badan kerajaan dan undang-undang.
Sebaiknya, ini adalah sesuatu yang anda rancang sebelum memulakan agensi anda agar memastikan pertumbuhan lancar dalam jangka panjang.
Biarkan MISHU bantu membuka agensi pekerjaan anda
Pemerbadanan Agensi Pekerjaan di Malaysia baharu melibatkan penyediaan dan pemfailan banyak dokumen dengan pihak berkuasa. Jika anda ingin memulakan syarikat baharu, percayalah bahawa anda akan cukup sibuk dengan pelbagai isu lain pada masa sama.
MISHU berpengalaman luas dan mempunyai pasukan yang sedia – izinkan kami bantu menubuhkan agensi anda!
saya ingin membuka agensi untuk menyediakan tenaga kerja caddy di golf club. Boleh consult untuk pembukaan syarikat.
Salam Danial,
Terima kasih – teman sekerja kami akan hubungi anda sebentar lagi 🙂
Sekian,
Pasukan Editorial MISHU
saya ingin membuka agensi pekerjaan lesen c di kuala lumpur, bole emailkan kepada saya sebutharga kos perbelanjaan yang terlibat dan checklist document untuk submit permohonan dan tempoh masa untuk siap sepenuhnya lesen sy daripada tarikh semua dokumen lengkap diserahkan
Salam Citra,
Terima kasih – teman sekerja kami akan hubungi anda tak lama lagi 🙂
Sekian,
Pasukan Editorial MISHU
saya ingin membuka agensi pekerjaan lesen c di bole emailkan kepada saya sebutharga kos perbelanjaan yang terlibat dan checklist document untuk submit permohonan dan tempoh masa untuk siap sepenuhnya lesen sy daripada tarikh semua dokumen lengkap diserahkan
Salam Syed,
Sudah tentu – teman sekerja kami akan hubungi anda secepat mungkin dengan maklumat selengkapnya 🙂
Sekian,
Pasukan Editorial MISHU
Saya ingin buka syarikat pembekal pekerja warga asing. Saya perlukan lebih details dan jumlah perbelanjaan yang sebenar.
Terima Kasih.
Salam Azlan,
Teman sekerja kami akan hubungi anda secepat mungkin dengan maklumat selengkapnya 🙂
Sekian,
Pasukan Editorial MISHU
Saya ingin membuka agensi pekerjaan lesen c di Johor Bahru , boleh tak email kan @whatspp kepada saya sebutharga kos perbelanjaan yang terlibat dan checklist document untuk submit permohonan dan tempoh masa untuk siap sepenuhnya lesen sy daripada tarikh semua dokumen lengkap diserahkan.
** Buat masa kini, Saya bekerja & tinggal di Singapore. Maka lebih mudah untuk menhubungi saya via email.
Sekian Terima Kasih
Salam Gunalan,
Sudah tentu – teman sekerja kami akan hubungi anda secepat mungkin. Semoga berjaya dengan agensi anda 🙂
Sekian,
Pasukan Editorial MISHU
saya ingin buka syarikat pembekal pekerja warga asing.saya perlukan lebih details dan jumlah perbelanjaan yang sebenar.terima kasih
Salam Mursyidi,
Pasukan kami akan hubungi anda secepat mungkin.
Selamat berniaga 🙂
Yang benar,
Pasukan Editorial MISHU
saya ingin buka syarikat pembekal pekerja warga asing di Sabah.saya perlukan lebih details dan jumlah perbelanjaan yang sebenar.terima kasih.
Salam Ismail,
Terima kasih untuk mesej anda – rakan sekerja kami akan hubungi anda secepat mungkin.
Selamat berniaga!
Yang benar,
Pasukan Editorial MISHU
Hi Saya ingin membuka maid agensi do Johor bahru.. boleh email Saya proses dan jumlah pembayaran dari mendaftar syarikat sampai permohonan lesen?
[email protected] ini email Saya
Terima kasih
Salam Thenmolhi,
Pasukan kami akan hubungi anda secepat mungkin, dan kami doakaan bisnes anda berjaya 🙂
Yang benar,
Pasukan Editorial MISHU
saya ingin membuka agensi pekerjaan lesen c di kuala lumpur, bole emailkan kepada saya sebutharga
Salam Zaiman,
Terima kasih untuk mesej anda, teman sekerja kami akan hubungi cik secepat mungkin.
Kami doakan pembukaan bisnes yang lancar.
Yang benar,
Pasukan Editorial MISHU
Saya ingin membuka ajensi untuk mendaftar dan mengendali pekerja asing. Bleh bagi kos dan cara utk memohon
Salam Wan,
Terima kasih untuk mesej anda. Rakan sekerja kami akan hubungi anda secepat mungkin.
Semoga berjaya dengan penubuhan agensi cik!
Yang benar,
Pasukan Editorial MISHU