panduan membuka akaun bank semasa untuk pemilik pks di malaysia

4 Faktor Penting Semasa Memilih Akaun Bank Semasa PKS

Sebuah akaun khas untuk perniagaan adalah wajib bagi Sdn Bhd dan LLP di Malaysia, dan bank yang kurang prihatin terhadap keperluan usahawan kecil dan sederhana boleh merumitkan pengendalian bisnes harian. 

Dalam artikel ini kami berkongsi pertimbangan penting untuk pemilik PKS menapis pilihan bank dan akaun semasa dan mencari rakan perbankan yang sesuai. 

Ada dua bahagian kepada artikel ini: 

  • Empat kriteria yang membuat bank mesra SME
  • Empat cadangan untuk bank di Malaysia yang memenuhi kriteria ini

Jom mulakan.

4 kriteria bank prihatin terhadap PKS 

Kekangan PKS dan para pemiliknya boleh dirumuskan dengan empat perkataan:  masa dan sumber terhad,  dan berikut adalah empat kriteria sesebuah institusi kewangan yang benar-benar memahami isu PKS dan sedia membantu mereka.

1. Servis muka pintu

servis muka pintu untuk PKS

Bank yang menawarkan servis muka pintu akan menghantar staf ke lokasi pemilik perniagaan untuk membantu pembukaan akaun bank pertama mereka. Dengan ini, pemilik PKS tidak perlu pergi ke bank dan menunggu angka giliran mereka dipanggil.

Kami yakin anda tahu berapa berharganya servis ini, dan pada pendapat kami, servis muka pintu adalah isyarat terbaik bahawa bank tertentu menyediakan perkhidmatan pelanggan yang bagus untuk PKS.

2. Mempermudah transaksi / pembayaran pukal

transaksi pukal oleh PKS

Transaksi pukal seperti gaji dan pembayaran vendor adalah sebahagian daripada operasi PKS, dan bank yang mesra PKS akan mempermudah proses ini melalui muat naik fail txt atau csv yang mudah, sementara yang lain menyediakan kelulusan transaksi secara berperingkat. 

Yang pentingnya ialah sesetangah bank membolehkan transaksi-transaksi disahkan secara serentak, manakala ada bank yang memerlukan kelulusan untuk setiap transaksi satu persatu.

Tamabahan lagi, sesetengah bank hanya menawarkan transaksi pembayaran gaji sebagai ciri tambahan berbayar, sementara yang lain menyediakannya secara percuma.

3. Keperluan deposit minimum rendah

bank akau bisnes dengan keperluan deposit minimum yang munasabah untuk PKS

Seperti yang disebut di atas, kebanyakan PKS mempunyai dana yang terhad, dan bank yang mesra PKS akan menawarkan kerperluan deposit minimum yang munasabah untuk membantu para usahawan membuka akaun bank dan menceburi bidang perniagaan. 

Untukrujukan, deposit minimum yang mesra PKS mungkin bermula dalam lingkungan RM500. 

4. Kelajuan membuka akaun 

meter kelajuan kereta sebagai analogi untuk pembukaan akaun bank pantas

Tidak akan ada PKS yang akan mengadu akaun bank mereka dibuka terlalu cepat, dan pada tahun 2024 mana-mana bank yang mengambil masa lebih dari seminggu untuk membuka akaun dianggap agak lambat.

Untuk mereka yang menghargai masa, terutamanya syarikat 100% milik warganegara Malaysia, pertimbangkan pembukaan akaun bank langsung di mana anda membuka akaun bank perniagaan dalam talian dan menikmati faedah berikut: 

  • Tiada penghantaran dokumen (termasuk resolusi bank dan dokumen SSM)
  • Prosedur Kenal Pelanggan (KYC) yang cepat
  • Pembukaan akaun bank dalam masa 24 jam atau kurang

Sebenarnya, jika bernasib baik,  akaun bank perniagaan  boleh dibuka hampir dengan serta-merta

Buka akaun OCBC eBiz anda dalam masa 15 minit atau kurang! 

 Untuk pemilik tunggal, Sdn Bhd, dan LLP milik Malaysia, Akaun OCBC eBIZ membolehkan anda membuka akaun bank perniagaan 100% dalam talian  melalui borang KYC yang mudah tetapi menyeluruh. 

ocbc ezbiz bahasa melayu

Bagi yang berminat, klik di sini untuk lengkapkan borang dan daftar akaun bank anda dalam 15 minit.

Sekarang, izinkan kami kongsikan empat cadangan bank di Malaysia yang mesra PKS. 

4 bank di Malaysia yang mesra PKS 

Demi ketelusan sepenuhnya, MISHU mempunyai hubugan profesional dengan semua bank dalam senarai ini untuk membantu pemilik PKS melancarkan permulaan perniagaan baharu. Kami telah melihat sendiri perkhidmatan hebat yang bank-bank ini memberikan kepada pelanggan kami. 

1. Alliance Bank 

image 10

Alliance Bank, yang ditubuhkan pada tahun 1958, memiliki reputasi kukuh sebagai bank yang mesra PKS, menawarkan penyelesaian perniagaan yang direka khas dan sokongan peribadi kepada PKS Malaysia dengan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan perniagaan mereka, termasuk akaun perniagaan, pinjaman, dan penyelesaian pengurusan tunai. 

2. OCBC 

image 11

OCBC komited untuk menyokong PKS di Malaysia melalui pelbagai penyelesaian perbankan perniagaan dan pengurus hubungan berdedikasi. Dengan fokus pada memupuk perkongsian jangka panjang, OCBC menawarkan PKS akses kepada pilihan pembiayaan yang cemerlang dan perkhidmatan pengurusan tunai. 

3. UOB 

image 12

Dengan pemahaman yang mendalam tentang cabaran yang dihadapi oleh PKS, UOB menawarkan pilihan pembiayaan yang fleksibel, pengurusan tunai, dan perkhidmatan penasihat untuk menyokong perjalanan pertumbuhan mereka. Komitmen mereka terhadap inovasi dan kelestarian menjadikan UOB rakan kongsi yang dipercayai untuk PKS di pelbagai industri di Malaysia. 

4. Ambank 

image 13

Didirikan pada tahun 1975, AmBank adalah institusi kewangan termuda dalam senarai kami tetapi tidak kurang komited untuk menyediakan PKS dengan penyelesaian perbankan yang inovatif dan sokongan peribadi, dengan fokus khusus pada aksesibiliti, kecekapan, dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. 

Jika anda ingin tahu lebih banyak tentang rancangan perbankan khusus dari mana-mana bank ini,  dan kami akan dengan senang hati berkongsi lebih banyak! 

Biar MISHU bantu buka akaun bank anda

image 14

Pasukan MISHU sentiasa sedia untuk membantu usahawan mencari rakan perbankan yang bmoleh enyokong perkembangan bisnes mereka. Hubungi kami untuk mendapatkan butiran tambahan tentang pilihan bank.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top