Panduan Lengkap Membuka Klinik Swasta Di Malaysia
Menurut laporan Kenanga Research, sektor rawatan kesihatan swasta Malaysia dijangka menikmati pertumbuhan pendapatan, dengan jangkaan pasaran mencecah RM50 juta menjelang tahun 2027.
Permintaan kian meningkat ini menunjukkan kini waktu sesuai untuk para doktor membuka klinik swasta mereka sendiri.

Jika anda seorang pengamal perubatan yang ingin membuka pusat rawatan sendiri, panduan ini akan menjelaskan syarat dan proses membuka klinik swasta di Malaysia selengkapnya.
Begini cara kami akan menerangkannya:
- keperluan wajib untuk membuka klinik swasta
- lesen yang diperlukan
- panduan langkah demi langkah untuk mendaftar klinik anda
- tanggungjawab pematuhan undang-undang tambahan
- hukuman untuk klinik tanpa lesen
Mari kita mulakan.
💡 Isi penting
- Hanya pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia boleh membuka klinik swasta di Malaysia.
- Anda memerlukan premis perniagaan yang mematuhi senarai keperluan dari Kementerian Kesihatan dan akan diperiksa oleh pegawai kerajaan.
- Anda perlu memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendapatkan lesen papan tanda.
- Anda perlu mengisi dan mengemukakan salinan Borang A kepada jabatan kesihatan negeri tempatan anda.
- Anda perlu membuat persediaan untuk pelupusan sisa klinik dan kawalan makhluk perosak dan membuktikannya dalam permohonan anda.
- Selepas anda dibenarkan membuka klinik anda, anda masih perlu mendaftar dengan pelbagai badan berkanun seperti KWSP dan HRDF jika klinik anda perlukan kakitangan.
- Hubungi kami supaya kami boleh membantu anda mendaftarkan klinik anda.
Syarat buka klinik sendiri di Malaysia
Klinik swasta tertakluk di bawah kuasa Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, juga dikenali sebagai Akta 586 dan harus memenuhi syarat berikut untuk beroperasi di Malaysia:.
- Memiliki entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) atau Sdn Bhd yang berdaftar dengan SSM.
- Pemilik haruslah merupakan pengamal perubatan yang berdaftar di Malaysia.
- Mempunyai Sijil Perakuan Amalan Tahunan dari Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
- Memiliki premis perniagaan yang lulus pemeriksaan oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).
Bagi PLT, sekurang-kurangnya seorang dari rakan kongsi harus diiktiraf sebagai pengamal perubatan yang berdaftar, manakala untuk syarikat sendirian berhad, sekurang-kurangnya seorang pengarah diiktiraf sebagai pengamal perubatan yang berdaftar.
Lesen wajib
Terdapat dua jenis lesen: lesen am dan lesen khusus industri.
Lesen am
Ini adalah lesen-lesen untuk menjalankan perniagaan di premis fizikal dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan termasuk:
- Lesen premis
- Lesen papan tanda
Sesetengah PBT menggalakkan permohonan lesen premis dan papan tanda secara serentak di bawah lesen komposit.
Lesen khusus untuk klinik
Ini adalah lesen yang unik kepada usahawan yang membuka klinik swasta di Malaysia, dan termasuk:
- Sijil Perakuan Amalan Tahunan
- Sijil pendaftaran melalui Borang A
- Dokumen bukti pelupusan sisa klinik yang dikemaskini
- Dokumen bukti kawalan vektor yang dikemaskini
Langkah membuka klinik
Langkah 1: Daftar entiti perniagaan dengan SSM
Klinik swasta dibenarkan beroperasi sebagai salah satu daripada dua entiti perniagaan:
Setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri dan bergantung kepada rancangan jangka panjang anda.
Jika anda ingin berkembang sebesar mungkin, Syarikat Sendirian Berhad adalah entiti yang lebih baik.
Jika anda mahu kekal sebagai bisnes kecil, kami cadangkan Perkongsian Liabiliti Terhad.
Langkah 2: Dapatkan lesen papan tanda dari PBT
Lesen papan tanda dari Pihak Berkuasa Tempatan akan membenarkan klinik memaparkan papan tanda di hadapan premis, dan adalah berdasarkan kawasan di mana klinik anda akan beroperasi.
Jenis perniagaan harus dinyatakan dengan jelas pada papan tanda dalam Bahasa Melayu, berserta dengan nama bisnes dan nombor lesen perniagaan.
Akhir sekali, bahagian Bahasa Melayu mesti diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan lazimnya mengambil masa satu hingga tiga hari bekerja.
Langkah 3: Isi & hantar Borang A kepada UKAPS
Ini adalah pautan rasmi ke Borang A Kementerian Kesihatan.
Ini adalah pautan ke senarai semak rasmi Borang A.
Sebelum anda mengisi borang, ini adalah beberapa perkara yang perlu diperhatikan:
- jika mengisi borang secara manual, gunakan pen hitam dan tulisan HURUF BESAR
- anda perlu menyertakan pelan lantai yang lengkap dilukis pada skala 1:100
- semua dokumen harus disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah
- harus ada dua salinan Borang A (keduanya lengkap dengan tandatangan)
- anda perlu membayar yuran sebanyak RM500 untuk memproses borang anda
Setelah mengisi Borang A, hantar ke jabatan kesihatan negeri relevan untuk anda bersama dengan yuran pemprosesan.
Langkah 4: Jalankan ubah suai premis
Kementerian Kesihatan mempunyai keperluan yang khusus untuk klinik swasta yang merangkumi:
- infrastruktur yang diperlukan
- dokumen yang perlu dipaparkan
- perkhidmatan farmaseutikal
Ini adalah pautan kepada senarai semak rasmi Kementerian Kesihatan.
Langkah 5: Pemeriksaan premis oleh UKAPS
Setelah ubah suai premis selesai, hantar notis CKAPS melalui e-mel atau telefon.
Setelah pemberitahuan diberikan, premis anda akan diberikan tarikh pemeriksaan di mana kakitangan UKAPS akan memastikan ia mematuhi semua garis panduan MOH.
Jika tiada masalah, permohonan anda akan dihantar kepada CKAPS.
Langkah 6: Kelulusan permohonan CKAPS
Jangkakan permohonan ini mengambil masa sehingga 30 hari bekerja sebelum anda akan diberitahu bahawa permohonan anda telah berjaya.
Setelah membayar yuran RM1000, anda akan dibenarkan untuk mencetak Borang B (contoh) yang perlu dipaparkan di klinik pada setiap waktu.
Tahniah, klinik anda kini boleh beroperasi secara sah!
Ingat untuk dapatkan pembekal yang boleh dipercayai untuk bekalan perubatan anda.
Keperluan pematuhan tambahan
Kerana anda perlu mengambil pekerja untuk klinik anda, anda perlu mendaftar dengan pelbagai badan berkanun yang mengawal cukai, gaji, dan sumber manusia di Malaysia, iaitu:
- PCB: Potongan cukai bulanan atas gaji yang tertunggak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- KWSP: Sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- SOCSO: Sumbangan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial
- EIS: Sumbangan kepada Skim Insurans Pekerjaan
- HRDF: Sumbangan kepada Dana Pembangunan Sumber Manusia
Semua ini dikenali sebagai tanggungjawab ‘payroll’, dan terlalu banyak untuk dijelaskan dalam pos ini.
Kami cadangkan anda membaca panduan kami mengenai kewajipan payroll majikan di Malaysia.
Hukuman menjalankan klinik tanpa lesen
Kes-kes klinik dan pengamal perubatan tanpa lesen di Malaysia sering menjadi tajuk utama berita, biasanya selepas pembedahan yang gagal seperti pembedahan plastik di kediaman persendirian.
Pihak berkuasa Malaysia menganggap ini sebagai ancaman serius terhadap keselamatan awam dan kerap menjalankan serbuan ke atas klinik-klinik dan farmasi haram.
Individu boleh dikenakan denda sehingga RM300,000 atau hukuman penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya, dan syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.
Jika anda berhasrat untuk membuka klinik swasta, lakukannya dengan cara yang sah.
Hubungi MISHU untuk buka klinik anda
Soalan lazim tentang membuka klinik swasta di Malaysia
💡Kumpulkan dokumen yang diperlukan, termasuk salinan perjanjian sewa atau jualan, dan gambar serta contoh reka bentuk papan tanda dan kemukakan borang permohonan yang lengkap kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
💡Borang A adalah borang yang harus diisi untuk mendaftarkan klinik swasta mengikut kepatuhan kepada Akta 586, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Swasta 1998. Ini adalah pautan ke Borang A rasmi MOH.
💡Dengan mengambil kira pelbagai yuran kerajaan dan kos pembaharuan, anda sepatutnya menyediakan sekurang-kurangnya RM30,000 untuk membuka klinik asas.