Setelah membaca panduan ringkas ini, pembaca akan faham:
- fungsi sistem piawaian Klasifikasi Perindustrian Standard Malaysia (MSIC), dan
- cara mamadankan suatu perniagaan dengan kod MSIC yang betul
Mari kita mulakan.
Apakah MSIC 2008?
Piawaian Klasifikasi Perindustrian Standard Malaysia 2008 (MSIC) digunakan untuk mengklasifikasikan perniagaan di Malaysia berdasarkan aktiviti ekonomi. Semua entiti perniagaan tertakluk kepada kod yang sama, jadi Enterprise dan syarikat Berhad boleh mempunyai kod MSIC serupa.
MSIC telah dikemaskini beberapa kali sejak diperkenalkan pada tahun 2000, dan MSIC 2008 adalah versi terkini yang menggunakan Klasifikasi Perindustrian Standard Antarabangsa (ISIC) dengan beberapa penyesuaian untuk industri tempatan.
Berikut adalah contoh dari direktori MSIC yang menunjukkan kod MSIC 2000 asal iaitu 75210 dan yang terbaharu iaitu 84210.
Akhir sekali, sebuah perniagaan boleh menggunakan sehingga tiga kod MSIC untuk menjelaskan aktiviti perniagaan mereka dengan tepat.
Fungsi Piawaian MSIC 2008
Peranan utama piawaian MSIC adalah untuk memberikan gambaran yang jelas kepada agensi kerajaan yang berkaitan, iaitu Jabatan Perangkaan, mengenai status dan distribusi sektor ekonomi di Malaysia.
Penggunaan kod yang sama memudahkan kerja pengumpulan data, analisis, dan pelaporan yang kemudiannya digunakan untuk mengubah dan membentuk dasar baru.
Di mana perniagaan gunakan kod MSIC
Kod MSIC adalah penting untuk proses perniagaan berikut:
- Pendaftaran perniagaan
- Memohon lesen perniagaan
- Mendapatkan pinjaman
- Memohon geran
- Pembayaran cukai
3 kaedah untuk mencari kod MSIC anda
Kaedah pertama akan membawa anda ke portal rasmi MSIC kerajaan, kaedah kedua melibatkan fungsi CTRL+F dengan dokumen PDF, dan kaedah ketiga adalah yang paling cepat dan mudah.
Kaedah 1: Direktori MSIC
Buka direktori MSIC.
tDari sini, anda mempunyai tiga cara untuk mencari kod MSIC tertentu:
- Carian berdasarkan struktur
- Carian berdasarkan deskripsi
- Carian berdasarkan kod
Carian berdasarkan struktur
Kami mencadangkan pilihan butiran struktur.
Butiran struktur untuk kod MSIC Medan drop-down bermula dengan perbezaan yang luas dan menjadi lebih sempit sehingga pada akhirnya, huraian diberikan.
Carian berdasarkan deskripsi aktiviti
Sebagai alternatif, anda boleh menyaring kod MSIC berdasarkan kata kunci yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan.
Carian berdasarkan kod MSIC
Pilihan terakhir adalah untuk situasi di mana anda sudah tahu kod MSIC dan ingin mencari aktiviti perniagaan yang diwakili olehnya.
Kaedah 2: Rujuk PDF rasmi
Langkah 1: Buka Senarai Kod Perniagaan MSIC 2008 rasmi dari LHDN.
Langkah 2: Gunakan CTRL+F dan cari salah satu kategori yang tersenarai di bawah:
- Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
- Perlombongan dan Pengkuarian
- Pembuatan
- Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendingin Udara
- Bekalan Air; Pembentungan, Pengurusan Sisa dan Aktiviti Pemulihan
- Pembinaan
- Perdagangan Borong dan Runcit, Pembuatan Kenderaan Bermotor dan Motosikal
- Pengangkutan dan Penyimpanan
- Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman
- Maklumat dan Komunikasi
- Aktiviti Kewangan dan Insurans/Takaful
- Aktiviti Hartanah
- Aktiviti Profesional, Saintifik dan Teknikal
- Aktiviti Pentadbiran dan Khidmat Sokongan
- Pentadbiran Awam dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
- Pendidikan
- Kesenian, Hiburan dan Rekreasi
- Aktiviti Perkhidmatan Lain
- Aktiviti Isi Rumah sebagai Majikan; Aktiviti Mengeluarkan Barang dan Perkhidmatan yang Tidak Dapat Dibezakan oleh Isi Rumah untuk Kegunaan Sendiri
- Aktiviti Badan dan Pertubuhan Luar Wilayah
Ini akan bawa anda ke sektor yang betul di mana anda boleh cari aktiviti perniagaan yang spesifik.
Kaedah 3: Dapatkan bantuan MISHU!
Tak cukup sekadar tahu kod MSIC yang betul – jangan lupa juga pemfailan dan penyerahan dokumen kepada agensi kerajaan yang berkaitan.
Jika anda ingin menubuhkan syarikat baharu atau memohon lesen perniagaan, pasukan kami sedia untuk bantu anda mendapatkan kelulusan dengan lancar.
Perbadankan syarikat anda dengan MISHU
Tanpa mengira struktur perniagaan, pasukan MISHU di sini untuk membantu anda mengenal pasti kod MSIC yang betul dan membantu dengan setiap langkah proses pendaftaran supaya anda boleh memberi sepenuh perhatian kepada perniagaan anda.