Panduan Lengkap Permohonan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di Malaysia
Menurut Laporan Soal Selidik Pendapatan Isi Rumah oleh Jabatan Statistik, terdapat 3,289,500 isi rumah dwipendapatan di Malaysia pada tahun 2024 berbanding 3,141,700 pada tahun 2022, dan angka ini dijangkakan akan terus mengingkat.
Tidak mengejutkan, permintaan pusat jagaan kanak-kanak berdaftar juga kian tinggi, terutamanya di kawasan bandar di mana terletaknya majoriti rumah dwipendapatan ini.

Bagi usahawan yang ingin memenuhi permintaan ini, panduan kami menerangkan proses mendaftar pusat jagaan kanak-kanak berlesen di Malaysia selengkapnya, termasuk:
- syarat membuka pusat jagaan kanak-kanak
- lesen yang diperlukan, dan
- langkah-langkah pendaftaran, termasuk anggran kos dan tempoh
Nota penting: Panduan ini merujuk kepada pusat jagaan kanak-kanak harian yang ditakrifkan oleh Akta Pusat Jagaan 1993 untuk kanak-kanak berusia lebih dari empat tahun dan TIDAK sama dengan taska yang ditadbir oleh Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah.
Jom mulakan!
Jenis pusat jagaan kanak-kanak
Semua pusat jagaan di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Akta Pusat Jagaan 1993 yang mentakrifkan mereka sebagai:
Premis yang menerima empat atau lebih orang untuk dijaga untuk upah.
Pusat jagaan kanak-kanak merujuk kepada orang jagaan antara 4 – 18 tahun, dan ada dua jenis.
Pusat jagaan kanak-kanak harian

Ini merujuk kepada pusat jagaan yang menerima kanak-kanak untuk jagaan selama tempoh yang berterusan melebihi tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari seminggu.
Seringkasnya, ini merujuk kepada pusat jagaan di mana orang yang dijaga tidak tinggal di situ secara kekal, dan akan datang dan pulang setiap hari, contohnya pusat jagaan di tempat kerja.
Pusat jagaan kanak-kanak berkediaman

Ini merujuk kepada pusat jagaan yang menerima kanak-kanak untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya secara kekal, contohnya rumah anak yatim.
Sama ada harian atau berkediaman, semua pusat jagaan kanak-kanak perlu memohon untuk didaftarkan dengan JKM dan dimasukkan ke dalam pangkalan data mereka.

Untuk pendaftaran lancar, pastikan pusat jagaan sudah patuh dengan semua syarat JKM.
Syarat permohonan pusat jagaan kanak-kanak
Kerana jagaan kanak-kanak adalah tangungjawab besar, JKM mempunyai syarat khusus yang melibatkan:
- pendaftaran entiti perniagaan
- nama perniagaan
- sokongan agensi teknikal
- nisbah penjaga – penghuni minimum
- kelayakan penjaga
- kemudahan, menu, dan akitiviti harian
- kebersihan dan keselamatan premis
- penyimpanan rekod penghuni, pekerja, dan pengurusan harian
- promosi untuk pengetahuan orang ramai
Untuk elakkan panduan ini terlalu panjang, kamayi hanya huraikan syarat yang penting sahaja, dan pembaca yang inginkan butiran penuh boleh rujuk panduan JKM atau hubungi kami terus.
Pendaftaran dan nama entiti perniagaan

Pusat jagaan perlu berdaftar sebagai salah satu entiti perniagaan berikut dengan SSM:
- Sdn Bhd
- SSM Enterprise
- Perkongsian
Nama pendaftaran perlu mengandungi ‘Pusat Jagaan Kanak-Kanak’ atau ‘Child Care Centre’ dan tidak dibenarkan menggunakan istilah yang boleh dikaitkan dengan jenis pusat jagaan atau pendidikan lain.
Nisbah penjaga – kanak-kanak
| Kategori | Umur Kanak-Kanak | Keluasan Minimum Ruang Lantai |
|---|---|---|
| Kanak-Kanak | 4 hingga < 10 tahun | 3.5 meter persegi |
| Kanak-Kanak | 10 hingga < 18 tahun | 3.0 meter persegi |
| Kanak-Kanak OKU | 4 hingga < 18 tahun | 3.5 meter persegi |
Sokongan agensi teknikal

Ini lazimnya merujuk kepada surat kelulusan daripada tiga agensi utama:
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Pihak BOMBA
- Pejabat Kesihatan
Mengikut lokasi dan jenis premis, pusat jagaan mungkin perlu dapatkan sokongan agensi tambahan.
Promosi untuk pengetahuan orang ramai

Ini termasuklah:
- kumpulan sasar untuk jagaan
- program/ aktiviti disediakan
- waktu operasi
- fi yang dikenakan
- peraturan-peraturan pengoperasian pusat jagaan
Syarat premis pusat jagaan kanak-kanak
JKM tidak meletakkan syarat khusus untuk jenis premis pusat jagaan, jadi ini bergantung pada Pihak Berkuasa Tempatan di mana pusat jagaan beroperasi (contohnya syarat pusat jagaan PBT Pulau Pinang).

Dalam pengalaman kami, kebanyakan PBT tidak ada isu dengan penggunaan premis kediaman dan komersil untuk pusat jagaan jika ia mematuhi syarat keselamatan dan kebersihan mereka dan mendapat kelulusan agensi teknikal lain.
Lesen pusat jagaan kanak-kanak
Lesen komposit

Ini adalah lesen yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan di premis fizikal dan memaparkan papan iklan premis dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Perakuan Pendaftaran JKM
Pusat jagaan kanak-kanak mesti didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM).

Setelah semua syarat pematuhan dipenuhi, pendaftaran boleh dibuat mengikut langkah berikut:
- Lengkapkan dan hantar borang permohonan pendaftaran pusat jagaan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)
- Premis akan diperiksa oleh PDBK
- Permohonan diproses oleh PDBK dan disokong jika memenuhi syarat pematuhan JKM
- Permohonan lengkap dihantar kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk kelulusan
- Jika tiada isu, pendaftaran diluluskan dan Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan
Yuran pendaftaran adalah RM50 dan sah selama lima tahun.
Sijil pengendalian makanan
Peraturan Kebersihan Makanan 2009 oleh Kementerian Kesihatan mewajibkan pengendali, pengasuh, dan kakitangan pusat jagaan menerima latihan pengendali makanan terlebih dahulu.
Ini adalah untuk elakkan berlakunya keracunan makanan yang boleh mengancam nyawa.

Berikut adalah beberapa butiran penting mengenai kursus pengendalian makanan:
- Tempoh minimum kursus adalah tiga jam (dan boleh mengambil masa lebih lama).
- Kosnya ditetapkan oleh kerajaan pada kadar RM50 seorang.
- Kursus boleh dijalankan secara dalam talian atau fizikal.
- Buat masa sekarang, sijil adalah sah seumur hidup.
Pelatih MISHU, Encik Azlan Saw, menjalankan sesi setiap minggu pada hari Jumaat dari 9 pagi hingga 12 tengah hari. Memandangkan latihan ini memang sudah wajib, lebih afdal jika pengajar tampan dan segak!
Langkah permohonan pusat jagaan kanak-kanak
Terdapat perbezaan kecil mengikut keperluan negeri atau daerah, jadi gunakan jadual langkah, tempoh masa, dan dokumen / yuran di bawah sebagai panduan umum.
| Langkah | Masa Yang Diperlukan | Dokumen / Yuran Yang Diperlukan |
|---|---|---|
| 0. Hadiri latihan pengendali makanan | 3 jam | Setelah selesai, biasanya memerlukan tujuh hari bekerja untuk menerima sijil. Yuran: RM50 setiap orang |
| 1. Pendaftaran syarikat | 3 – 5 hari bekerja | Daftar untuk akaun di MyCoID dan lakukan tempahan nama + pendaftaran. Yuran: RM1,010 |
| 2. Daftar pusat jagaan dengan JKM | 2 – 4 minggu | Dapatkan borang pendaftaran pusat jagaan daripada pejabat JKM daerah. Dapatkan surat sokongan agensi yang wajib. Serahkan permohonan dan surat sokongan di pejabat JKM daerah. Jalani pemeriksaan premis oleh pegawai JKM. Jika tiada isu, pusat jagaan anda akan didaftarkan dan anda boleh mula beroperasi. Pendaftaran sah selama lima (5) tahun dan perlu diperbaharui tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat. Yuran: RM50 untuk 5 tahun |
| 3. Mohon lesen komposit (premis + papan tanda) | 15 – 30 hari bekerja | Dapatkan dari Pihak Berkuasa Tempatan di mana premis terletak. Jalani pemeriksaan premis oleh pegawai Pihak Berkuasa Tempatan. Yuran: Berbeza mengikut pihak berkuasa tempatan |
Secara keseluruhannya, ia lazimnya akan mengambil enam hingga tujuh bulan dan beberapa ribu Ringgit untuk permohonan pusat jagaan lulus sepenuhnya.
Kami juga percaya bergantung pada jenis premis, ia boleh dimulakan dengan RM10,000, menjadikannya pilihan baik untuk usahawan dengan modal kecil, terutamanya yang ingin berniaga dari rumah.

Semoga berjaya dengan pusat jagaan anda, dan untuk pertolongan, kami sentiasa di sini 🙂
Izinkan MISHU bantu buka pusat jagaan anda
Pasukan Setiausaha Syarikat dan pakar lesen perniagaan kami sedia membantu anda memahami keperluan JKM dan memperoleh permit untuk membuka pusat jagaan secepat mungkin.