Panduan Lengkap Membuka Pusat Jagaan Warga Emas Di Malaysia

Panduan Lengkap Membuka Pusat Jagaan Warga Emas Di Malaysia

Menurut laporan Jabatan Statistik (DOSM) terkini, Malaysia dijangkakan menjadi ‘negara warga emas’ menjelang 2048 apabila 14 peratus daripada penduduk negara berumur 65 tahun ke atas.

Tambahan lagi, baru-baru ini DOSM megklasifikasikan 10 daerah di lapan negeri sebagai ‘zon warga emas’, dan tidak hairanlah permintaan untuk pusat penjagaan warga emas semakin meningkat.

artikel berita tentang keperluan meningkat untuk pusat jagaan warga emas di Malaysia

Bagi usahawan yang ingin memenuhi permintaan ini, panduan kami menerangkan proses mendaftar pusat jagaan warga emas berlesen di Malaysia selengkapnya, termasuk:

  • syarat membuka pusat jagaan warga emas
  • lesen yang diperlukan, dan
  • langkah-langkah pendaftaran, termasuk anggran kos dan tempoh

Jom mulakan.

Jenis pusat jagaan warga emas

Semua pusat jagaan di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Akta Pusat Jagaan 1993 yang mentakrifkan mereka sebagai ‘mana-mana premis yang, untuk upah, menerima empat atau lebih orang untuk dijaga.’

Pusat jagaan warga emas merujuk kepada orang jagaan berumur 60 tahun ke atas, dan ada dua jenis:

  • Pusat jagaan harian: Jagaan berterusan melebihi tiga jam sehari sekurang-kurangnya tiga hari seminggu
  • Pusat jagaan berkediaman: Jagaan orang sebagai penghuni di dalamnya

Semua pusat perlu mendaftar dengan JKM dan dimasukkan ke dalam pangkalan data mereka.

pendaftaran pusat jagaan warga emas dalam pangkalan data JKM

Untuk pendaftaran lancar, pastikan pusat jagaan sudah patuh dengan semua syarat JKM.

Syarat pendaftaran pusat jagaan warga emas

Kerana jagaan warga emas adalah tangungjawab besar, JKM mempunyai syarat khusus yang melibatkan:

  • pendaftaran entiti perniagaan
  • nama perniagaan
  • sokongan agensi teknikal
  • nisbah penjaga – penghuni minimum
  • kelayakan penjaga
  • kemudahan, menu, dan akitiviti harian
  • kebersihan dan keselamatan premis
  • penyimpanan rekod penghuni, pekerja, dan pengurusan harian
  • promosi untuk pengetahuan orang ramai

Untuk elakkan panduan ini terlalu panjang, kamayi hanya huraikan syarat yang penting sahaja, dan pembaca yang inginkan butiran penuh boleh rujuk panduan JKM atau hubungi kami terus.

Pendaftaran dan nama entiti perniagaan

contoh pusat jagaan warga emas yang patuh dengan syarat oenamaan perniagaan jkm

Pusat jagaan perlu berdaftar sebagai salah satu entiti perniagaan berikut dengan SSM:

  • Sdn Bhd
  • SSM Enterprise
  • Perkongsian

Nama pendaftaran perlu menggambarkan perkhidmatan penjagaan warga emas dengan jelas dan tidak boleh gunakan istilah yang berkaitan dengan pusat jagaan lain seperti pusat refleksologi atau urutan.

Sokongan agensi teknikal

Contoh surat sokongan Bomba daripada MISHU
Contoh surat sokongan Bomba.

Ini lazimnya merujuk kepada surat kelulusan daripada tiga agensi utama:

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Pihak BOMBA
  • Pejabat Kesihatan

Mengikut lokasi dan jenis premis, pusat jagaan mungkin perlu dapatkan sokongan agensi tambahan.

Promosi untuk pengetahuan orang ramai

contoh promosi pusat jagaan warga emas untuk patuhi syarat JKM

Ini termasuklah:

  • kumpulan sasar untuk jagaan
  • program/ aktiviti disediakan
  • waktu operasi
  • fi yang dikenakan
  • peraturan-peraturan pengoperasian pusat jagaan

Premis pusat jagaan warga emas

JKM tidak meletakkan syarat khusus untuk jenis premis pusat jagaan, jadi ini bergantung pada Pihak Berkuasa Tempatan di mana pusat jagaan beroperasi (contohnya syarat pusat jagaan PBT Pulau Pinang).

contoh pusat jagaan warga emas menggunakan premis kediaman

Dalam pengalaman kami, kebanyakan PBT tidak ada isu dengan penggunaan premis kediaman dan komersil untuk pusat jagaan jika ia mematuhi syarat keselamatan dan mendapat kelulusan agensi teknikal.

Lesen wajib pusat jagaan warga emas

Lesen komposit

contoh lesen komposit PBT pulau pinang

Ini adalah lesen yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan di premis fizikal dan memaparkan papan iklan premis dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Perakuan Pendaftaran JKM

Pusat jagaan mesti didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) di bawah kategori jagaan warga emas harian atau berkediaman.

contoh sijil perakuan pendaftaran jkm untuk pusat jagaan warga emas

Setelah semua syarat pematuhan dipenuhi, pendaftaran boleh dibuat mengikut langkah berikut:

  1. Hantar permohonan pendaftaran kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)
  2. Premis akan diperiksa oleh PDBK
  3. Permohonan diproses oleh PDBK dan disokong jika memenuhi syarat pematuhan JKM
  4. Permohonan lengkap dihantar kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk kelulusan
  5. Jika tiada isu, pendaftaran diluluskan dan Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan

Yuran pendaftaran adalah RM50 dan sah selama lima tahun.

Sijil pengendalian makanan

Peraturan Kebersihan Makanan 2009 oleh Kementerian Kesihatan mewajibkan pengendali, pengasuh, dan kakitangan pusat jagaan menerima latihan pengendali makanan terlebih dahulu.

Ini adalah untuk elakkan berlakunya keracunan makanan yang boleh mengancam nyawa.

Berikut adalah beberapa butiran penting mengenai kursus pengendalian makanan:

  • Tempoh minimum kursus adalah tiga jam (dan boleh mengambil masa lebih lama).
  • Kosnya ditetapkan oleh kerajaan pada kadar RM50 seorang.
  • Kursus boleh dijalankan secara dalam talian atau fizikal.
  • Buat masa sekarang, sijil adalah sah seumur hidup.

Pelatih MISHU, Encik Azlan Saw, menjalankan sesi setiap minggu pada hari Jumaat dari 9 pagi hingga 12 tengah hari. Memandangkan latihan ini memang sudah wajib, lebih afdal jika pengajar tampan dan segak!

Langkah buka pusat jagaan warga emas

Terdapat perbezaan kecil mengikut keperluan negeri atau daerah, jadi gunakan jadual langkah, tempoh masa, dan dokumen / yuran di bawah sebagai panduan umum.

LangkahMasa Yang DiperlukanDokumen / Yuran Yang Diperlukan
0. Hadiri latihan pengendali makanan3 jamSetelah selesai, biasanya memerlukan tujuh hari bekerja untuk menerima sijil.

Yuran: RM50 setiap orang
1. Pendaftaran syarikat3 – 5 hari bekerjaDaftar untuk akaun di MyCoID dan lakukan tempahan nama + pendaftaran.

Yuran: RM1,010
2. Daftar pusat jagaan dengan JKM2 – 4 mingguLawati pejabat JKM daerah dan dapatkan dokumen pendaftaran daripada pegawai yang bertanggungjawab.

Mohon dan dapatkan surat kelulusan daripada agensi teknikal yang disebutkan sebelumnya.

Kembalikan ke pejabat JKM daerah untuk mengemukakan permohonan bersama surat kelulusan.

Jalani pemeriksaan premis oleh pegawai JKM. Jika semuanya berjalan lancar, pusat jagaan anda akan didaftarkan dan anda boleh mula beroperasi.

Pendaftaran sah selama lima (5) tahun dan perlu diperbaharui tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat.

Yuran: RM50 untuk 5 tahun
3. Mohon lesen komposit (premis + papan tanda)15 – 30 hari bekerjaDapatkan dari Pihak Berkuasa Tempatan di mana premis terletak.

Jalani pemeriksaan premis oleh pegawai Pihak Berkuasa Tempatan.

Yuran: Berbeza mengikut pihak berkuasa tempatan

Secara keseluruhannya, ia lazimnya akan mengambil enam hingga tujuh bulan dan beberapa ribu Ringgit untuk menubuhkan pusat jagaan yang berlesen sepenuhnya.

Semoga berjaya dengan pusat jagaan anda, dan untuk pertolongan, kami sentiasa di sini 🙂

Biar MISHU bantu buka pusat jagaan warga emas anda

Pasukan Setiausaha Syarikat dan pakar lesen perniagaan kami sedia membantu anda memahami keperluan JKM dan memperoleh permit untuk membuka pusat jagaan secepat mungkin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top