Senarai Lengkap Kategori & Kod Pengkhususan CIDB

Senarai Lengkap Kategori & Kod Bidang CIDB Untuk Kontraktor (2026)

Seperti gred CIDB menentukan nilai projek, kategori dan kod bidang pengkhususan CIDB menentukan jenis projek yang boleh dilaksanakan oleh kontraktor individu atau syarikat.

electrical box to show example of CIDB construction specialisation code and category
Bukan semua boleh main-main dengan kotak elektrik.

Secara keseluruhan, ada 132 kod bidang di bawah lima kategori utama, dan para kontraktor bebas untuk menambah kategori dan kod pengkhususan CIDB selagi:

  • mereka mampu memenuhi syarat kelayakan kategori / kod tersebut, dan
  • ia berkaitan dengan jenis projek yang dikehendaki

Di bawah, kami telah sediakan senarai lengkap kod bidang CIDB dalam format mudah digunakan – semak jadual isi kandungan dan klik untuk terus ke kod yang dikehendaki.

Dan yang kesuntukan masa, boleh terus hubungi kami.

Kalau tidak, jom mulakan.

Isi Kandungan

Cara gunakan senarai kod CIDB kami

Semua kod pengkhususan CIDB tergolong dalam satu daripada lima kategori:

  • Pembinaan Bangunan (B) ada 29
  • Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE) ada 43
  • Mekanikal (ME) ada 23
  • Elektrikal (E) ada 35
  • Fasiliti (F) hanya ada 2

Di bawah, setiap kategori mempunya seksyen tersendiri dan semua kod di bawahnya disertakan dengan gambaran ringkas dan syarat kelayakan.

Kami cadangkan anda rujuk jadual isi kandungan di atas untuk terus klik kepada kod yang berkenaan.

Pembinaan Bangunan (B)

Nama Keterangan Kod Keperluan

IBS: Sistem Konkrit Pasang Siap

Pembinaan bangunan menggunakan komponen konkrit pasang siap (tiang, rasuk, papak, dinding, dll)B01Surat Tawaran Kerja (LOA) atau SKP KK-T-011 / KK-T-011(A)

IBS: Sistem Kerangka Keluli

Pembinaan bangunan menggunakan struktur keluli (kekuda bumbung, portal frame, dll)B02LOA atau SKP KK-T-008

Pemulihan dan Pemuliharaan

Kerja pemulihan dan pemuliharaan bangunan/strukturB03Surat Tawaran Kerja

Kerja Pembinaan Bangunan

Kerja-kerja pembinaan bangunan secara amB04Personel Teknikal (Diberikan kepada semua kontraktor baru)

Kerja Cerucuk

Pemasangan pelbagai jenis cerucuk bangunanB05LOA atau SKP KK-T-028

Pembaikan Struktur Konkrit

Kerja membaiki struktur konkrit yang rosakB06LOA atau SKP KK-T-027

Hiasan Dalaman

Kerja hiasan dalaman termasuk pemasangan siling dan sesekatB07LOA atau SKP KK-T-006 / KK-T-007 / KK-T-041

Pemasangan Kalis Air

Pemasangan bahan kalis air pada bumbung, tembok, dan lantai bawah tanahB08LOA atau SKP KK-T-010

Lanskap Dalam Bangunan

Kerja lanskap lembut dan kejur di dalam bangunanB09LOA atau SKP KK-T-013

Sistem Paip Air Dalaman

Pemasangan, pembaikan, dan penyenggaraan paip air dalamanB10Permit A (SPAN) atau Sijil Jurugegas (JKR Sarawak) atau Lesen Tukang Paip (Sabah)

Papan Tanda Bangunan

Pemasangan papan tanda, direktori, dan iklan pada bangunanB11LOA atau SKP KK-T-040

Pemasangan Kaca

Kerja pemasangan kaca termasuk bingkai logam atau kayuB12LOA atau SKP KK-T-029

Pemasangan Jubin

Kerja pemasangan jubin pada dinding dan lantai bangunanB13LOA atau SKP KK-T-002

Kerja-kerja Cat

Kerja mengecat bangunan secara amB14LOA atau SKP KK-T-038

Pemasangan Bumbung

Pemasangan atap bumbung termasuk penebat habaB15LOA atau SKP KK-T-030 / KK-T-039

Kolam Renang

Pembinaan kolam renang termasuk perabot (tidak termasuk sistem M&E)B16Surat Tawaran Kerja

Prestressing & Post-Tensioning

Kerja prategasan dan pascategasan konkritB17Surat Tawaran Kerja

Kerja-kerja Logam

Pemasangan jeriji (grille) dan peneduh (awning)B18LOA atau SKP KK-T-009

IBS: Sistem Formwork

Teknik pembinaan menggunakan sistem acuan tetap atau mekanikalB19LOA atau SKP KK-T-046

Sistem Paip Gas Dalaman

Pemasangan paip gas di dalam bangunan dan lojiB20Pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) Kelas A/B/C

Pemasangan Perancah

Pemasangan, penyenggaraan, dan merombak perancahB21Sijil Pendaftaran Pengendali Perancah (JKKP)

IBS: Sistem Blok

Pembinaan menggunakan unit batu atau blok konkrit ringanB22LOA atau SKP KK-T-045

IBS: Kerangka Kayu

Pembinaan menggunakan sistem kerangka kayu prefabrikasiB23Surat Tawaran atau SKP

Penyenggaraan Bangunan

Kerja-kerja penyenggaraan bangunan secara amB24LOA atau SKP KK-T-037

Sambungan Paip Kumbahan

Kerja menyambung paip persendirian ke sistem pembetungan awamB25Permit B (SPAN) atau LOA (Sabah/Sarawak)

Kerja-kerja Meroboh

Meroboh bangunan atau loji industriB26LOA atau SKP KK-T-047

Penyenggaraan Air/Kumbahan

Perkhidmatan penyenggaraan sistem air atau pembetungan (tanpa pengendalian sistem)B27Permit D (SPAN) atau LOA (Sabah/Sarawak)

Kerja-kerja Ubahsuai

Kerja tambahan atau pindaan pada bangunan sedia adaB28LOA atau SKP KK-T-036

Kerja Bangunan Kesihatan

Pembinaan projek kemudahan perubatanB29LOA atau SKP KK-T-033
Kembali ke atas

Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE)

Nama Keterangan Kod Keperluan

Jalan dan Pavmen

Pembinaan, penyenggaraan, dan pembaikan jalan serta laluan pejalan kaki CE01 LOA atau SKP KK-T-014 / KK-T-022

Jambatan dan Jeti

Pembinaan dan pembaikan jambatan, jejambat, dan jejantas CE02 LOA atau SKP KK-T-015

Struktur Merin

Pembinaan pelabuhan, wharfs, breakwaters, dan terminal kontena CE03 LOA atau SKP KK-T-016

Empangan

Pembinaan empangan CE04 Surat Tawaran Kerja

Terowong & Sokong Bawah

Pembinaan terowong dan kerja sokongan bawah tanah CE05 Surat Tawaran Kerja

Saliran & Kawalan Banjir

Pembinaan terusan, parit besar, dan sistem kawalan banjir CE06 LOA atau SKP KK-T-012 / KK-T-042

Landasan Rel

Pembinaan dan pembaikan landasan kereta api CE07 Surat Tawaran Kerja

Perlindungan Cerun

Kerja penstabilan cerun termasuk mikropiling dan tembok penahan CE08 LOA atau SKP KK-T-019

Paip Utama Minyak/Gas

Pemasangan dan pembaikan talian paip utama minyak atau gas CE09 Pendaftaran dengan JKKP atau ST Kelas A/B/C

Kerja Cerucuk

Kerja menanam cerucuk pelbagai bahan (konkrit, keluli, dll) CE10 LOA atau SKP KK-T-028

Pembaikan Struktur Konkrit

Pembaikan konkrit menggunakan kaedah grouting atau guniting CE11 Surat Tawaran Kerja

Penyiasatan Tanah

Pengujian tanah untuk menentukan kekuatan dan kandungan CE12 LOA atau SKP KK-T-020

Pemasangan Papan Iklan

Pemasangan papan iklan berserta struktur sokongan CE13 LOA atau SKP KK-T-040

Lanskap Luar Bangunan

Kerja lanskap lembut dan kejur di luar bangunan (taman, pancutan air) CE14 LOA atau SKP KK-T-013

Pelantar Minyak dan Gas

Pembinaan pelantar minyak/gas luar pantai CE15 Surat Tawaran Kerja

Penyenggaraan Struktur Bawah Air

Penyenggaraan struktur di bawah air seperti tiang jeti atau pelantar CE16 Surat Tawaran Kerja

Lapangan Terbang

Pembinaan terminal, landasan lari (runway), dan menara kawalan CE17 Surat Tawaran Kerja

Tebusguna Tanah

Membentuk daratan baru dari laut, sungai, atau paya CE18 Surat Tawaran Kerja

Sistem Pembetungan

Pembinaan atau pengubahsuaian sistem pembetungan CE19 Permit C dari SPAN (C1-C4) atau LOA (Sabah/Sarawak)

Sistem Bekalan Air

Pembinaan atau pengubahsuaian sistem bekalan air awam CE20 Permit C dari SPAN atau Lesen JKR Sarawak / Jabatan Air Sabah

Pembinaan Kejuruteraan Awam

Kerja kejuruteraan awam secara am CE21 Personel Teknikal (Diberikan kepada semua kontraktor baru)

Padang Permainan Sintetik

Pembinaan trek dan padang permainan sintetik CE22 Surat Tawaran Kerja

Prestressing & Post-Tensioning

Pemasangan produk konkrit kaedah prategasan/pascategasan CE23 Surat Tawaran Kerja

Struktur Menara

Pembinaan menara telekomunikasi, pylon, dan cerobong asap CE24 Surat Tawaran Kerja

Kerja-kerja Meletup

Rock blasting bagi penyediaan tapak bina CE25 Kad Juruletup daripada PDRM

Struktur Berukir

Pembinaan tugu, replika, patung, dan jirat CE26 Surat Tawaran Kerja

Penebatan Haba/Refractory

Kerja-kerja penebatan haba khusus CE27 Surat Tawaran Kerja

Acuan Konkrit Khusus

Sistem acuan konkrit yang khusus CE28 Surat Tawaran Kerja

Pemasangan Perancah

Pemasangan dan penyenggaraan perancah kejuruteraan awam CE29 Sijil Pendaftaran Pengendali Perancah (JKKP)

Penstabilan Tanah

Kerja pemadatan dan dewatering untuk mengukuhkan tapak CE30 Surat Tawaran Kerja

Laluan Kabel Bawah Tanah

Pembinaan lurang dan laluan bagi kabel elektrik/data CE31 Surat Tawaran Kerja

Penyenggaraan Awam

Kerja penyenggaraan am bagi binaan kejuruteraan awam CE32 Surat Tawaran Kerja

Telaga Tiub

Pembinaan telaga tiub untuk bekalan air CE33 Surat Tawaran Kerja

Pemasangan Konkrit Pratuang

Pemasangan komponen konkrit pratuang (longkang, kerb, tiang) CE34 Surat Tawaran Kerja

Ujian Konkrit

Kerja ujian tanpa musnah ke atas komponen konkrit CE35 Surat Tawaran Kerja

Kerja-kerja Tanah

Kerja pemotongan, penambakan, dan penggalian tanah CE36 LOA atau SKP KK-T-021

Cerobong Stesen Kuasa

Pembinaan cerobong asap stesen kuasa CE37 Surat Tawaran Kerja

Penyenggaraan Pembetungan

Kerja penyenggaraan sistem pembetungan CE38 Permit D (SPAN) atau LOA (Sabah/Sarawak)

Penyenggaraan Bekalan Air

Kerja penyenggaraan sistem bekalan air CE39 Permit D (SPAN) atau LOA (Sabah/Sarawak)

Korekan & Kawalan Hakisan

Kerja dredging sungai/pantai dan kawalan hakisan CE40 Surat Tawaran Kerja

Takungan Air

Pembinaan kolam takungan bagi industri pembinaan CE41 Surat Tawaran Kerja

Mengecat Jalan

Kerja mengecat tanda arah di atas permukaan jalan CE42 Surat Tawaran Kerja

Perabot Jalan

Pemasangan guardrails, papan tanda arah, dan penanda batu CE43 Surat Tawaran Kerja
Kembali ke atas

Mekanikal (ME)

Nama Keterangan Kod Keperluan

Hawa Dingin & Pengedaran Udara

Pemasangan dan pembaikan air-cond serta sistem chillersM01LOA atau SKP KK-T-023

Pencegahan Kebakaran

Sistem penggera dan perlindungan kebakaranM02LOA atau SKP KK-T-025

Lift dan Eskalator

Pemasangan dan pembaikan lift, eskalator, dan conveyorM03LOA atau SKP KK-T-043

Sistem Automasi Bangunan

Sistem automasi industri dan kawalan proses berkomputerM04LOA atau SKP KK-T-024

Sistem Bengkel, Kilang & Kuari

Penyenggaraan peralatan mekanikal di bengkel/kilangM05Surat Tawaran Kerja

Sistem Peralatan Perubatan

Pemasangan peralatan seperti gas perubatan dan kerusi pergigianM06Surat Tawaran Kerja

Sistem Peralatan Dapur

Pemasangan peralatan dapur komersial termasuk sistem LPGM07Surat Tawaran Kerja

Dandang & Tekanan Berapi

Pemasangan dandang (boilers) dan pressure vesselsM08Pendaftaran Syarikat dengan JKKP

Pemampatan & Penjanaan

Sistem pemampat udara dan janakuasa diesel/turbin airM09Surat Tawaran Kerja

Sistem Pendingin Kuasa

Sistem pendingin bagi penjanaan kuasa turbin gasM10Surat Tawaran Kerja

Rawatan Khusus

Penyenggaraan exhaust stacks, reactors, dan grit blastingM11Surat Tawaran Kerja

Loji Khusus

Pembinaan stesen pemprosesan gas dan penapis minyakM12Surat Tawaran Kerja

Pengerudian Luar Pantai

Struktur pengerudian luar pantaiM13Surat Tawaran Kerja

Kawalan Pencemaran

Peralatan kawalan pencemaran udara, air, dan bunyiM14Surat Tawaran Kerja

Kelengkapan Mekanikal Pelbagai

Kelengkapan mekanikal am (rak bergerak, pintu gate hidraulik)M15Personel Teknikal / Orang Kompeten (Automatik jika ada SKP)

Kren Menara

Pemasangan dan pembaikan kren menara dan unit penyenggaraan bangunanM16Surat Tawaran Kerja

Sistem Peralatan Dobi

Pemasangan peralatan dobi komersialM17Surat Tawaran Kerja

Sistem Air Panas

Pemasangan sistem air panas berserta paipM18Surat Tawaran Kerja

Pemasangan Kelengkapan Loji

Loji rawatan air, kumbahan, dan loji asfaltM19Surat Tawaran Kerja

Penyenggaraan Mekanikal Am

Perkhidmatan penyenggaraan sistem mekanikal amM20Surat Tawaran Kerja

Kerja-kerja Kimpalan

Kerja kimpalan landasan rel dan kerja kimpalan khususM21Sijil Kimpalan (Individu)

Sistem Pam

Sistem pam pengairan, saliran, dan boosterM22Surat Tawaran Kerja

SCADA dan Telemetri

Sistem kawalan penyeliaan dan pemerolehan dataM23Surat Tawaran Kerja
Kembali ke atas

Elektrikal (E)

Nama Keterangan Kod Keperluan

Sistem Bunyi

Sistem siar raya (PA system) dan sistem persidanganE01LOA atau SKP KK-T-044

Pengawasan & Keselamatan

CCTV, kad akses, dan sistem penggeraE02LOA atau SKP KK-T-026

Sistem Automasi Bangunan

Automasi industri dan kawalan proses berkomputerE03Rujuk Lampiran 6 (Matrix Penjaga Jentera)

Voltan Rendah

Pendawaian dan penyenggaraan voltan rendah (bawah 1KV)E04Borang Q (ST) atau Borang O (EIU Sarawak)

Voltan Tinggi (sehingga 11KV)

Kerja elektrik voltan tinggi sehingga 11KVE05Rujuk Lampiran 6

Sistem Pencahayaan Khas

Lampu stadium, taman, underwater, dan loji berisikoE06Rujuk Lampiran 6

Telekomunikasi Dalaman

Kabel telefon dalaman dan sistem PABXE07Sijil Kecekapan Telekom (Premis Pelanggan)

Telekomunikasi Luaran

Kabel telekomunikasi bawah tanah dan talian atasE08Sijil Kecekapan Telekom (Rangkaian)

Peralatan Perubatan

Lampu pembedahan dan sistem panggilan jururawatE09Surat Tawaran Kerja

Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan

Pemasangan dan penyenggaraan sistem UPSE10Rujuk Lampiran 6

Kerja Am Elektrik

Kerja am yang tidak tertakluk di bawah Akta Bekalan ElektrikE11Rujuk Lampiran 6

Papan Tanda Elektrik

Papan iklan elektrik dan hiasan berlampuE12Borang S (ST) atau Borang O (EIU Sarawak)

Telekomunikasi Rel

Sistem isyarat dan telekomunikasi kereta apiE13Surat Tawaran Kerja

Kabel Rangkaian Komputer

Infrastruktur pengkabelan ITE14Surat Tawaran Kerja

Lampu Landasan Terbang

Lampu landasan bagi lapangan terbangE15Rujuk Lampiran 6

Lampu Jalan & Isyarat

Lampu jalan raya dan lampu isyarat trafikE16Rujuk Lampiran 6

Kabel Bawah Tanah LV

Kabel bawah tanah voltan rendahE17Rujuk Lampiran 6

Kabel Bawah Tanah (11KV)

Kabel bawah tanah voltan tinggi sehingga 11KVE18Rujuk Lampiran 6

Kabel Bawah Tanah (33KV)

Kabel bawah tanah 11KV hingga 33KVE19Rujuk Lampiran 6

Kabel Bawah Tanah (>33KV)

Kabel bawah tanah melebihi 33KVE20Rujuk Lampiran 6

Talian Atas LV

Talian elektrik atas voltan rendahE21Rujuk Lampiran 6

Talian Atas (33KV)

Talian elektrik atas sehingga 33KVE22Rujuk Lampiran 6

Talian Atas (>33KV)

Talian elektrik atas melebihi 33KVE23Rujuk Lampiran 6

Pemasangan HV (11-33KV)

Peralatan voltan tinggi antara 11KV-33KVE24Rujuk Lampiran 6

Pemasangan HV (>33KV)

Peralatan voltan tinggi melebihi 33KVE25Rujuk Lampiran 6

Camtum Kabel LV (1KV)

Kerja mencantum kabel bawah 1KVE26Rujuk Lampiran 6 (Matrix Pencantum Kabel)

Camtum Kabel (11KV)

Kerja mencantum kabel sehingga 11KVE27Rujuk Lampiran 6

Camtum Kabel (33KV)

Kerja mencantum kabel sehingga 33KVE28Rujuk Lampiran 6

Camtum Kabel (66KV)

Kerja mencantum kabel sehingga 66KVE29Rujuk Lampiran 6

Camtum Kabel (132KV)

Kerja mencantum kabel sehingga 132KVE30Rujuk Lampiran 6

Camtum Kabel (Tiada Sekatan)

Kerja mencantum kabel melebihi 132KVE31Rujuk Lampiran 6

Janakuasa LV

Pemasangan janakuasa voltan rendahE32Rujuk Lampiran 6

Janakuasa HV (33KV)

Pemasangan janakuasa voltan tinggi sehingga 33KVE33Rujuk Lampiran 6

Solar PV (sehingga 72kW)

Sistem solar fotovolta tersambung grid kapasiti kecilE34Pembekal Perkhidmatan PV Berdaftar (SEDA)

Solar PV (>72kW)

Sistem solar fotovolta tersambung grid kapasiti besarE35SEDA Berdaftar & Jurutera Profesional (BEM)
Kembali ke atas

Fasiliti (F)

Nama Keterangan Kod Keperluan

Fasiliti Bangunan & Infrastruktur Am

Perkhidmatan fasiliti bersepadu dan penyelenggaraan infrastrukturF01Personel Teknikal dengan kelulusan FM atau pengalaman 3-5 tahun

Fasiliti Bangunan Penjagaan Kesihatan

Perkhidmatan fasiliti bersepadu bagi bangunan hospital dan kesihatanF02Personel Teknikal dengan kelulusan FM dan pengalaman perkhidmatan hospital
Kembali ke atas

Lampiran 6 untuk kod bidang Elektrikal

Syarat kelayakan untuk kod pengkhususan Elektrik (E) terbahagi kepada:

  • kelayakan syarikat
  • kelayakan individu, dan
  • orang kompeten elektrik

Kelayakan syarikat

Bagi kod-kod ini, syarikat sendiri mestilah mempunyai pendaftaran atau permit sah daripada agensi pengawal selia yang berkaitan.

KodNama PengkhususanPermit / Sijil / Lesen Mandatori
E04Pemasangan Voltan RendahPendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) Borang Q (Semenanjung & Sabah) ATAU EIU Borang O (Sarawak).
E12Papan Tanda ElektrikPendaftaran dengan ST Borang S (Semenanjung & Sabah) ATAU EIU Borang O (Sarawak).
E34Sistem Solar PV (≤ 72kW)Pembekal Perkhidmatan Fotovolta Suria Berdaftar dengan SEDA.
E35Sistem Solar PV (> 72kW)Berdaftar dengan SEDA DAN menggajikan Jurutera Profesional (PE) yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Kelayakan individu

Bagi kod di bawah, syarikat mestilah menggajikan sekurang-kurangnya seorang individu yang memiliki sijil kecekapan khusus.

  • E07 (Telekomunikasi Dalaman): Sijil Kecekapan Telekom (Premis Pelanggan).
  • E08 (Telekomunikasi Luaran): Sijil Kecekapan Telekom (Rangkaian).

Orang kompeten elektrik

Semua orang kompeten yang digunakan untuk tujuan pendaftaran mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) atau Kementerian Utiliti Sarawak (EIU).

Pendaftaran bagi pelbagai kod elektrik bergantung kepada gred Penjaga Jentera (Chargeman) atau Jurutera Elektrik Kompeten yang digajikan oleh syarikat.

  • Penjaga Jentera Gred A0/A1 (ST) atau H1 (EIU): Melayakkan syarikat untuk kod asas seperti E03, E06, E10, E11, E15, dan E16.
  • Penjaga Jentera Gred BO/B1/B4 (11KV atau 33KV): Diperlukan untuk membuka kod voltan tinggi (HV) bagi kabel bawah tanah, talian atas, dan pemasangan HV (E05, E18–E20, E22–E25).
  • Jurutera Elektrik Kompeten (Melebihi 33KV): Diperlukan untuk pendaftaran semua kod elektrik dari E03 hingga E33 tanpa sekatan.

Pencantum kabel

Pendaftaran bagi pengkhususan mencantum kabel ditentukan oleh kelas Pencantum Kabel (PK) yang bekerja dengan syarikat tersebut.

Kelas Individu Yang DigajikanKod Yang Diberikan
PK1 (1KV)E26.
PK2 (11KV)E26, E27.
PK3 (33KV)E26, E27, E28.
PK6 (Tiada Sekatan)Semua kod mencantum kabel (E26 hingga E31).

Cara tukar kod bidang CIDB

screenshot of contractor updating cidb category and specialisation code on CIMS

Untuk menukar atau menambah kategori dan kod pengkhususan, kontraktor perlu melengkapkan Kemaskini Maklumat Pendaftaran melalui profil CIMS mereka, dan diingatkan:

  • permohonan hanya boleh diserahkan oleh pengarah atau pemilik perniagaan
  • butiran orang teknikal perlu dikemaskini untuk pertukaran kategori
  • bukti kelayakan perlu disertakan untuk penambahan kod bidang

Permohonan akan dikenakan yuran RM30 yang perlu dibayar dalam tujuh hari, dan setelah diluluskan, ada yuran pendaftaran RM100 yang perlu dibayar dalam 14 hari.

Biar MISHU bantu anda tukar kod bidang CIDB

Jika anda ingin menukar kategori atau kod pengkhususan, perkhidmatan CIDB kami menawarkan bantuan lengkap dari rundingan hingga penyediaan dokumen agar anda boleh fokus kepada menyiapkan projek!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top