Panduan buka pusat tuisyen di malaysia

Panduan Lengkap Membuka Pusat Tuisyen Di Malaysia

Bilangan pusat tuisyen di Malaysia telah meningkat dengan mendadak pada tahun 2024, bukti bahawa pasaran tuisyen swasta di Malaysia bukan sahaja stabil tetapi kian membesar.

Penggunaan e-learning akibat Covid-19 juga telah membawa kepada lebih permintaan untuk tuisyen dalam talian kerana senang untuk ibu bapa dan pelajar yang sibuk.

Pertumbuhan permintaan tuisyen dalam talian menunjukkan pasaran yang sihat bagi mereka yang ingin membuka pusat tuisyen di Malaysia.
Sekarang boleh belajar 25 jam sehari!

Pendeknya, ibu bapa di Malaysia tiada masalah untuk membayar buat pendidikan tambahan.

Bagi sesiapa yang ingin membuka pusat tuisyen untuk memenuhi permintaan ini, panduan kami menerangkan bagaimana caranya, termasuk:

  • syarat wajib untuk membuka pusat tuisyen swasta
  • lesen yang diperlukan
  • panduan langkah demi langkah untuk mendaftar pusat tuisyen, dan
  • risiko membuka pusat tuisyen haram

Nota: Syarat khusus berbeza mengikut negeri, jadi gunakanlah artikel kami sebagai panduan umum. Untuk maklumat khusus mengikut negeri, sila hubungi kami.

Jom mulakan!

Syarat membuka pusat tuisyen

Pusat tuisyen di Malaysia tertakluk bawah Akta Pendidikan 1996 dan perlu mematuhi keperluan berikut:

  • Modal berbayar
  • Pihak pengurusan
  • Guru
  • Nama pusat
  • Lokasi dan keadaan premis

Keperluan-keperluan ini adalah untuk memastikan keselamatan pelajar dan kualiti perkhidmatan.

Modal berbayar

Bisnes anda memerlukan modal berbayar minimum RM10,000 untuk mendaftar pusat tuisyen di Malaysia.

Pihak pengurusan

Sebagai pusat pendidikan swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan, sebuah pusat tuisyen mesti diuruskan oleh ahli lembaga pengelola (bilangan minimum berbeza mengikut negeri) dan seorang Pengetua.

Pengetua mestilah seorang warganegara Malaysia dan ada negeri yang mewajibkan mereka mempunyai Permit Mengajar sah dan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman dalam bidang pendidikan.

Guru

Semua guru mesti memiliki:

Ahli lembaga pengelola dan Pengetua boleh menjadi guru jika mereka memenuhi keperluan ini.

Premis

Lazimnya,, pusat tuisyen hanya boleh beroperasi di premis komersil kecuali dengan kebenaran bertulis dari Pihak Berkuasa Tempatan.

Sama ada komersil atau tidak, premis tidak boleh terletak berhampiran:

  • bahan kimia atau bahan buangan yang berbahaya
  • pusat rekreasi, kawasan riadah, atau pasar
  • bahaya kebakaran, atau
  • pusat pembelajaran lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama

Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah anda akan memeriksa premis anda dan mungkin meminta anda membuat pengubahsuaian lanjut untuk selaras dengan keperluan KPM.

Nama pusat tuisyen

Nama pusat tuisyen anda mesti relevan dan bermula dengan ‘Pusat Tuisyen’, dan untuk peluang terbaik untuk mendapat kelulusan, nama yang dicadangkan harus:

  • dalam Bahasa Melayu, dan
  • mengandungi elemen / rujukan Malaysia

Anda juga harus mengelakkan penggunaan kata-kata terlarang berikut:

  • nama tokoh yang masih hidup, tempat, atau jalan
  • singkatan
  • nama yang tidak masuk akal
  • institusi pendidikan tempatan dan antarabangsa yang terkenal
  • ‘yayasan’ / ‘foundation’
  • ‘politeknik’ / ‘polytechnic’

Dan ya, anda boleh menggunakan nama anda sendiri!

Lesen untuk pusat tuisyen

Lesen am

Ini adalah lesen yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan di premis fizikal dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan anda.

  • Lesen premis
  • Lesen papan tanda

Lesen khusus pendidikan

Pusat tuisyen di Malaysia diklasifikasikan sebagai Institusi Pendidikan Swasta (dikenali dalam Bahsa Inggeris sebagai Private Education Institution atau PEI) lantas perlu didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Lesen KPM yang mengiktiraf pusat tuisyen anda berharga sekitar RM150.00 dan sah untuk tempoh empat hingga lima tahun.

Langkah untuk buka pusat tuisyen anda

Sekali lagi kami perlu ingatkan para pembaca bahawa mungkin ada perbezaan berdasarkan negeri, jadi anggap langkah-langkah, garis masa, dan dokumen / yuran berikut sebagai panduan umum.

LangkahMasaDokumen / Yuran Diperlukan
1. Penubuhan Syarikat3 โ€“ 5 hari bekerjaDaftar akaun di MyCoID dan lakukan penempahan nama + penubuhan. Sediakan maklumat mengenai:

1. Nama syarikat yang dicadangkan
2. Status (swasta atau awam)
3. Jenis perniagaan
4. Alamat pejabat berdaftar
5. Alamat perniagaan
6. Butiran pengarah dan sponsor
7. Pengisytiharan dari pengarah dan sponsor
8. Pengisytiharan pematuhan dari individu yang bertanggungjawab untuk penubuhan

Yuran: RM1,010
2. Permohonan lesen KPMn/aIsi borang permohonan PEI, yang meminta butiran mengenai:

1. Latar belakang pemohon
2. Nama pusat yang dicadangkan
3. Lokasi premis dan bukti milikan
4. Kurikulum yang diajar, dan –
5. Butiraan Pengetua, pengelola, dan guru

Yuran: RM150
3. Penilaian pegawai KPM6 โ€“ 8 bulanPegawai KPM menjalankan penilaian dan akan memeriksa:

1. Dokumen SSM
2. Pelan lantai dan susur atur
3. Cop syarikat dengan alamat
4. Isu spesifik mengikut kes

Mereka mungkin meminta pengubahsuaian premis
4. Menerima kelulusan KPMn/aSetelah mendapat kelulusan, pemohon mempunyai dua tahun untuk menubuhkan pusat tuisyen mereka
5. Memohon lesen komposit (premis + papan tanda)15 โ€“ 30 hari bekerjaDapatkan dari Pihak Berkuasa Tempatan di mana premis terletak, menyediakan:

1. Dokumen SSM
2. Perjanjian Jual Beli atau Perjanjian Penyewaan
3. Kad pengenalan pemohon atau foto pasport
4. Pelan susun atur pejabat
5. Gambar premis perniagaan
6. Sijil Siap dan Pematuhan atau Sijil Kelayakan
7. Resit Cukai Pintu dan Penilaian
8. Surat sokongan Jabatan Bomba/Sijil Bomba
9. Gambar bahagian luar premis yang menunjukkan lokasi papan tanda
10. Visual warna reka bentuk papan tanda, warna, dan ukuran fizikal

Lulus pemeriksaan oleh pegawai Pihak Berkuasa Tempatan

Yuran: Berbeza mengikut majlis perbandaran

Jangkakan tempoh sekitar sepuluh hingga sebelas bulan dan perbelanjaan beberapa ribu Ringgit untuk menubuhkan pusat tuisyen di premis komersial dengan lesen KPM dan PBT.

Risiko pusat tuisyen tidak berlesen

Pasti ada pembaca kami yang akan tertanya-tanya sama ada berbaloi atau tidak untuk ambil risiko membuka pusat tuisyen secara kecil-kecilan tanpa lesen atau premis sah.

Kami di MISHU bukanlah ingin menjaga tepi kain orang lain, tetapi ingatlah bahawa di bawah Seksyen 132 Akta Pendidikan, pengendali Institusi Pendidikan Swasta yang tidak berdaftar boleh dikenakan hukuman:

  • denda sehingga RM30,000
  • penjara sehingga dua tahun, atau
  • kedua-duanya sekali!

Memang ada pusat tuisyen haram boleh beroperasi tanpa gangguan pihak berkuasa, tetapi satu aduan dari jiran sudah cukup.

neighbour about to complain about illegal tution center to warn business owners to obtaion the right licenses and permits

Kami cuma ingin minta anda untuk pertimbangkan senario terburuk dan sama ada masih berbaloi.

Jika anda memutuskan untuk membuka pusat tuisyen dengan cara yang betul dan memerlukan bantuan, pasukan kami sedia menunggu ๐Ÿ™‚

Biar MISHU bantu daftar pusat tuisyen anda

Pasukan MISHU bersedia untuk membantu kamu memahami keperluan membuka pusat tuisyen yang sah di suluruh Malaysia – hubungi kami hari ini!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top