penjelasan cara daftar syarikat sdn bhd sendiri menggunakan protal mycoid 1024x667

4 Langkah Untuk Daftar Syarikat Sdn Bhd Sendiri

Walaupun pemilik perniagaan kerap menggunakan bantuan profesional untuk penubuhan syarikat, kami di MISHU faham mereka yang baru memulakan perjalanan keusahawanan sering perlu berjimat cermat.

dompet kosong untuk menunjukkan usahawan yang baharu ingin berkecimpung dalam perniagaan dan ingin mendaftar syarikat sendiri
Baru berniaga macam tu lah.

Kami tidak mahu kekangan kewangan menghalang cita-cita anak muda di Malaysia, jadi artikel ini akan terangkan empat langkah untuk para pembaca tubuhkan Sdn Bhd sendiri.

Inilah cara kami akan jelaskannya:

  • Butiran wajib untuk pendaftaran syarikat
  • Panduan proses penubuhan
  • Cabaran yang anda perlu bersedia untuk hadapi

Jom mulakan.

Butiran wajib untuk pendaftaran syarikat

Untuk mengemukakan permohonan menubuhkan Sdn Bhd, anda perlu mengisi dokumen yang dipanggil Superform SSM dengan butiran penting syarikat yang dicadangkan.

Berikut adalah senarai butiran yang perlu diisi dalam Borang Superform:

  • Nama syarikat yang dicadangkan
  • Jenis dan deskripsi perniagaan
  • Jenis syarikat (saham vs jaminan)
  • Alamat berdaftar
  • Butiran pengarah
  • Butiran pemegang saham, dan
  • Butiran Setiausaha Syarikat

Bagi yang tidak pasti tentang jenis syarikat atau descriptsi perniagaan, kami cadangkan anda lantik seorang Setiausaha Syarikat dahulu kerana jawatan ini memang sudah wajib untuk semua syarikat di Malaysia.

Setiausaha Syarikat anda akan menasihati anda tentang cara mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Sekarang, mari kita lihat proses pendaftaran itu sendiri.

4 langkah mendaftar Sdn Bhd

Penubuhan akan dilakukan melalui MyCoID, portal web SSM yang direka khas untuk memudahkan penubuhan dalam talian.

halaman utama mycoID untuk pendaftaran syarikat sdn bhd

Langkah 1: Daftar akaun MyCoID

Lawati halaman pendaftaran MyCoID dan isi borang pendaftaran dengan butiran peribadi anda.

halaman mendaftar akaun mycoid

Jika penghantaran anda berjaya, anda akan mendapat pemberitahuan untuk periksa e-mel.

pemberitahuan pendaftaran mycoid yang berjaya

E-mel pengesahan sepatutnya berada dalam peti masuk anda dan akan mengandungi Nombor Rujukan unik anda untuk menjejaki status permohonan akaun anda.

Akan ada e-mel susulan yang meminta anda melawat cawangan SSM secara fizikal untuk pengesahan:

arahan untuk pergi ke kaunter SSM untuk melengkapkan pendaftaran akaun mycoid

Malangnya langkah seterusnya tidak boleh dilakukan di atas talian ๐Ÿ˜Š

Langkah 2: Lawati cawangan SSM terdekat

Anda mempunyai 14 hari dari tarikh e-mel untuk melawat pejabat SSM secara fizikal untuk mengesahkan identiti dan aktifkan akaun MyCoID anda.

Berikut adalah direktori rasmi cawangan SSM, dan ingat untuk bawa bersama:

  • MyKad / MyPR / Pasport anda, dan
  • salinan e-mel pemberitahuan

Kelulusan biasanya mengambil satu hingga dua hari bekerja.

Selepas itu itu anda boleh log masuk ke MyCoID dengan butiran anda.

Langkah 3: Lengkapkan permohonan di MyCoID

Log masuk ke akaun MyCoID anda dan anda akan disambut oleh halaman utama.

halaman utama mycoid setelah log masuk

Pilih ‘Direct Incorporation’ dan anda akan dibawa ke halaman pencarian nama untuk memeriksa sama ada nama syarikat yang dicadangkan tersedia atau sudah digunakan.

pencarian nama semasa proses mendaftar syarikat baharu di portal mycoid

Sekiranya tersedia, anda boleh meneruskan dengan mengisi Superform dengan butiran yang kami bincangkan dalam bahagian di atas.

Ia terlalu panjang untuk diterangkan di sini, tetapi anda boleh menyemak Manual Pengguna MyCoID SSM untuk pecahan item demi item cara melengkapkan borang.

Langkah 4: Buat pembayaran

Anda akan diminta untuk membuan pembayaran dan yuran untuk menubuhkan syarikat yang terhad oleh saham ialah RM1,010 dan boleh dibuat melalui kad debit atau kredit.

Jika pembayaran berjaya, anda akan menerima pemberitahuan seperti ini:

pemberitahuan pembayaran untuk pendaftaran sdn bhd telah berjaya

Buat masa ini, tugas anda selesai; biarkan pegawai SSM semak permohonan anda.

Nota: Kami enggan memberikan jangka masa konkrit kerana ia boleh berbeza-beza berdasarkan jumlah permohonan yang sedang diproses. Jangan terkejut jika ia mengambil masa sehingga seminggu untuk permohonan anda disemak!

Apabila diluluskan, anda akan menerima e-mel daripada SSM bertajuk โ€˜Notice of Registrationโ€™ yang akan mengandungi bukti penubuhan anda dalam bentuk dokumen yang dipanggil Notice of Registration atau Seksyen 15.

contoh notis pendaftaran dari SSM

Dan itu sahaja, Sdn Bhd anda berjaya ditubuhkan.

Nampaknya cukup mudah, dan ia mungkin, tetapi izinkan kami meninggalkan anda dengan amaran tentang beberapa cabaran yang anda mungkin hadapi tanpa bantuan berpengalaman untuk membimbing anda.

3 cabaran daftar syarikat sendiri

Pasukan MISHU sudah mendaftarkan syarikat untuk lebih dua ribu pemilik perniagaan, dan dalam pengalaman kami, ada tiga isu yang dihadapi ketika mendaftar syarikat sendiri tanpa bantuan pihak yang lebih berpengalaman.

1. Menulis deskripsi syarikat yang jelas

Jenis aktiviti sebuah syarikat dijelaskan dalam Superform dengan tiga Kod Perniagaan MSIC dan rumusan maksimum 200 patah perkataan.

Perniagaan dengan aktiviti yang kompleks atau luas boleh menghadapi kesukaran untuk menggambarkan dengan tepat bagaimana mereka menjana pendapatan.

2. Menjawab pertanyaan SSM

Jika pegawai SSM tidak berpuas hati dengan butiran borang, mereka akan ajukan pertanyaan rasmi kepada pemohon yang mesti dijawab sebelum menyerahkan semula permohonan.

Pertanyaan ini berkaitan dengan pelbagai topik, dan isu yang lebih teknikal boleh mengelirukan pemohon kali pertama.

3. Menyedari pendaftaran hanya permulaan

Selepas penubuhan, perniagaan masih perlu:

  • memohon lesen
  • membuka akaun bank
  • mendaftar dengan badan berkanun yang relevan, dan
  • seribu perkara lain

Sebelum beroperasi secara sah, dan kerana usahawan baharu terpaksa meluangkan banyak masa untuk menyelesaikan isu ini, mereka tiada masa untuk mengembangkan bisnes.

Kalau anda berpendapat lebih penting untuk anda meluangkan masa menjana pendapatan perniagaan, izinkan MISHU membantu.

Biar MISHU bantu daftar syarikat anda

Pasukan MISHU bersedia untuk membantu usahawan di setiap langkah agar mereka bebas untuk fokus sepenuhnya kepada pertumbuhan perniagaan mereka sejak hari pertama lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top