panduan kursus pengendalian makanan di malaysia untuk pengendali makanan

8 Soalan Latihan Pengendali Makanan Di Malaysia

Peraturan Kebersihan Makanan 2009 oleh Kementerian Kesihatan melarang perniagaan makanan di Malaysia daripada beroperasi sehingga semua pengendali makanan menghadiri latihan pengendali makanan.

Ini tidak mengejutkan memandangkan kekerapan insiden keracunan makanan di Malaysia telah meningkat dua kali ganda antara 2021 dan 2024.

berita tentang kejadian keracunan makanan menyebabkan kematian

Kerana ramai pelanggan MISHU terdiri daripada pengendali makanan, kami juga menawarkan latihan pengendali makanan dengan pelatih kami, Encik Azlan Saw.

Azlan Saw pelatih kursus pengendalian makanan di Malaysia dengan pengiktirafan HRDF.

Azlan menghabiskan lebih sepuluh tahun menguruskan cawangan francais F&B sebelum menjadi pelatih pengendali makanan dengan pengiktirafan HRDF. 

Kami mengajukan lapan soalan paling kerap tentang latihan pengendali makanan di Malaysia, dan berikut adalah jawapannya.

Jom mulakan.

1. Apa topik yang diajar waktu latihan pengendali makanan?

Laithan Pengendali Makanan mengajar staf dan pemilik perniagaan tentang amalan yang diwajibkan oleh undang-undang mengenai penyediaan dan pengendali makanan dan peralatan memasak, termasuk:

  • Membersih dan mensanitasi
  • Kebersihan diri
  • Kaedah menyimpan, menyediakan, dan memasak pelbagai jenis makanan
  • Menangani alahan dan intoleransi makanan
  • Mencegah keracunan makanan, dan
  • Kawalan haiwan dan serangga perosak

Semua ini adalah syarat wajib untuk mengendalikan perniagaan makanan selain menjalani pemeriksaan perubatan dan vaksinasi tifoid.

2. Apakah tempoh sah sijil latihan pengendali makanan?

Pada waktu ini (Jun 2024), sijil pengendali makanan adalah sah seumur hidup, jadi pengendali makanan hanya perlu jalani latihan ini sekali sahaja!

Namun, sebelum ini ia perlu diperbaharui setiap dua tahun, jadi selalu ada kemungkinan Kementerian Kesihatan akan menukar dasar mereka bergantung pada keadaan.

3. Berapa lama latihan pengendali makanan?

Garis panduan Kementerian Kesihatan mewajibkan latihan pengendali makanan berlangsung untuk sekurang-kurangnya tiga jam.

Namun, bergantung pada topik yang perlu dibincangkan dan bilangan peserta, ia boleh mengambil masa lebih lama, jadi perniagaan patut bersedia untuk memperuntukkan satu hari bekerja penuh.

4. Siapa perlu hadiri latihan pengendali makanan?

Peraturan Kebersihan Makanan mentakrifkan ‘pengendali makanan’ sebagai sesiapa yang:

  • terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
  • berhubung dengan makanan atau permukaan sentuhan makanan; dan
  • mengendalikan makanan berbungkus atau tidak berbungkus, atau perkakas, di mana-mana premis makanan.

Ini biasanya melibatkan kakitangan dari perniagaan berikut:

  • Restoran dan kafe
  • Kedai kopi
  • Pasar raya
  • Hotel
  • Kilang produk F&B
  • Tadika
  • Kantin sekolah
  • Dapur hospital
  • Trak makanan, dan
  • Gerai makanan di pasar dan bazar

Jika tugas seseorang melibatkan menyentuh makanan atau perkakas yang digunakan untuk menyediakan makanan, mereka perlu menghadiri latihan pengendali makanan!

5. Berapakah kos latihan pengendali makanan?

Yuran latihan pengendali makanan dikawal oleh Kementerian Kesihatan dan ditetapkan pada RM50 setiap peserta sama ada untuk latihan fizikal atau dalam talian.

6. Boleh latihan pengendali makanan dijalankan online?

Ya, tetapi Kementerian Kesihatan telah menetapkan bilangan peserta maksimum 20 untuk dalam talian untuk memastikan keberkesanan latihan.

Maksimum bilangan peserta buat latihan pengendali makanan secara fizikal adalah 30 orang, jadi perniagaan dengan ramai kakitangan lebih baik memilih sesi fizikal.

7. Apakah penalti tiada sijil latihan pengendali makanan?

Pemilik perniagaan makanan boleh dikenakan:

  • denda sehingga RM10,000
  • penjara sehingga dua tahun
  • kedua-duanya!

Macam mana nak masak nasi goreng dalam sel penjara?

Juga, jika premis anda tidak memenuhi garis panduan KKM, pegawai boleh mengarahkan anda menutup restoran anda – berikut adalah beberapa kes dari 2024:

Juga, akan ada notis BESAR yang memberitahu orang awam yang premis ini kotor dan tidak mencapai tahap keselamatan wajib.

Notis penutupan oleh Kementerian Kesihatan untuk restoran yang tidak bersih
Good luck recovering from this.

Kalau tak nak premis anda diviralkan untuk sebab yang salah, jumpa anda di sesi latihan makanan saya!

Just go for the training already!

8. Bila akan sijil peserta dikeluarkan?

Sijil biasanya dikeluarkan dalam masa tujuh hari bekerja selepas pembayaran dibuat sepenuhnya.

Kuiz pengendali makanan kami!

Sembilan soalan berkaitan aspek berbeza keselamatan, kesihatan, dan cara pengendali makanan seperti yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan dan diajar dalam sesi latihan pengendali makanan.

Jawab tanpa gunakan bantuan Google!

Izinkan MISHU didik pengendali makanan anda

Pasukan MISHU sedia untuk mengajar pengendali makanan di Malaysia tentang amalan keselamatan dan kebersihan, tanpa mengira industri atau saiz perniagaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top